Yearly Archives: 2010

Pap Smear, Rubella and Serina Redzuawan

Petang tadi , pergi check up. Bukan checkup pregnant ok. Check up lepas bersalin. Normally I buat 6 weeks lepas bersalin tapi sebab almost every weekend travel so takde maselah nak pergi. Alhamdulillah hari ni sempat pergi.So tadi pergi, kena buat scan, check rahim bla-bla.Lepas tu doctor buat pap smear test sekali.Oh ya.. tadi timbang kat clinic. My weight now is 49kg!! dulu before pregnant berat was 52kg. Terima kasih kepada BF.

You all buat tak pap smear? Jangan amik ringan tau. I buat setahun sekali. hehehe.. Mungkin ada yang sogan nak buek.. tapi selamba kodok jer I sebab doctor tu doctor perempuan. no problem. Cuma masa dia buat tuh rasa tak selesa sikit.

Lepas abis pap smear, kena pulak inject MMR. Kennapa? sebab last pregnancy myrubella nye bacaan dah rendah so doctor suruh amik sekali. haha being me yang penakut jarum.. siap boleh tanya.. eeerrr kena inject ker doctor?ouch… doctor pun cakap.. apalah sangat dengan injection tuh kalau nak dibandingkan yang you dah tempuh sakit bersalin. tidakkkk mmg tetap kena inject. Keluar jer dari bilik doctor, staff kat situ… hahah kena injectlah tu.. muka monyok jerrrr…hahah mmglah friendly dorang…sbb dah bertahun asyik jumpakan. Ohya masa consultation ada gak tanya doctor pasal IUD and IUS… tengah nak pikir dulu ok ker tak…Sapa yang pernah pakai IUS tolonglah share info

Ohya kat klinik.. masa tunggu nak jumpa doctor… tetiba nampak Serina anak chef wan.. Oh dia pun jumpa doc sama.ingat nak tegur tapi tak sempat. I dah kena panggil jumpa doctor and dia kena amik urine. Bila I keluar, dia plak masuk. So sempat senyum jelah….

BTW, ni nak war warkan sikit…Primanora ada buat event Pregnancy and Baby Day 2010.

Below details:

Day, Date and time: Saturday, 19th June 2010, 9am-5pm

Venue : PrimaNora Mediacal Centre, Plaza TTDI KL

Ada macam-macam interesting topic and yang menarik ada hadiah up to RM2000 worth prize. So jangan lupa untuk pergi. I insya’ allah peri kalau takde hal.You all boleh check the details kat sini

The Kra Project – Part 2

Daripada Perancangan Asal The Kra Project. Kami terpaksa mengubah route perjalanan atas sebab-sebab keselamatan.

Oleh kerana tahap keselamatan masih lagi tidak dapat dipastikan di 3 wilayah Selatan Thai yakni di wiliyah Narathiwat, Yala dan Pattani, kami mengambil keputusan untuk mengubah laluan. Dari Kota Bharu kami akan ke Alor Setar dahulu dan bermalam disana sebelum menyeberang ke Thailand.

So, total distance pun dah bertambah menjadi 2050km berbanding 1950km sebelum ini. Harga untuk petrol di Selatan Thai pun dah dapat iaitu RM3.80 – RM4.20 seliter. Jadi senanglah untuk kami merancang kos petrol di sana nanti…..

The Kra Project

The Kra Project 2010.

Kuala Lumpur – Kota Bharu – Hat Yai – Krabi – Bukit Kayu Hitam – Batu Feringgi – Kuala Lumpur.

Perjalanan sejauh 1950km merentasi 2 negara dan 7 negeri di Malaysia dan 7 wilayah di selatan Thai akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Kami merancang untuk membuat ekspedisi ini dengan kenderaan keluarga kami dan mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Projek Kra ini merupakan satu projek yang dah lama kami rancang dan harap-harap kali ini tertunailah hajat kami untuk membuat penjelajahan ke Selatan Thai dengan memandu kenderaan sendiri. Kami akan bermula di KL dan ke Kota Bharu dahulu. Perjalanan  kami merentasi sempadan akan bermula di Kota Bharu dan kami merancang untuk merentasi Sg Golok dan terus ke Hat Yai melalui beberapa wilayah seperti Narathiwat, Pattani dan Songkla di Selatan Thai. Di Hat Yai kami merancang untuk bermalam di sana dan meneruskan perjalanan ke Krabi. Di Krabi, kami merancang untuk menikmati pantainya yang indah dan suasana percutian disana. Mungkin kami akan menghabiskan masa selama 2 hari di sana dan akan menyusuri pulang ke Bukit Kayu Hitam. Jika tidak bermalam di Bukit Kayu Hitam, kami akan berehat dan bermalam di Dannok di wilayah Satun Thai sebelum meneruskan ke perhentian terakhir kami di Batu Feringgi Pulau Pinang. Satu hari di Pulau Pinang sebelom kembali semula ke Kuala Lumpur.

Huh.. Satu pusingan penuh dan kami rancang mengambil masa selama seminggu……. Buat masa sekarang nih kami tengah mengumpul info tentang harga petrol di Selatan Thai dan route perjalanan serta bayaran Toll sekiranya ada di sana. Selain drp itu, info berkaitan dengan penginapan dan kos kos lain juga mesti dirancang juga.

Ini merupakan perancangan lagi buat masa sekarang ini dah harap-harap ia dapat menjadi satu kenyataan. InsyaAllah. Jika ada sebarang pandangan dan cadangan sila ajukan di ruangan komen yer………..

UPDATE: The Kra Project Part 2