Yearly Archives: 2010

Our Vacation Wishlist

Semalam masa dok lepak tengah tengok TV, tiba-tiba boleh keluar tajuk pasal vacation wishlist. Pastu tetiba je dapat idea nak buat posting. hahaha.

Our vacation wishlist are

  1. Morocco – memang dah lama berangan nak pergi untuk honeymoon tapi takde duit lagi. Kitrang nak pergi sana sebab suka tengok keadaan kat sana, nak try makan makanan kat sana and offcourse nak merasa berposing kat bangunan dorang yang lawa and also berjalan dalam Assouq
  2. Japan – Nak pergi disneyland and nak tengok cara hidup orang Jepun kat sana
  3. Gold Coast -tetahujelah kenapa
  4. Europe – preferably Eastern Europe, sebab kat sana masih ada lagi tinggalan bangunan lama, makanan yang pelik-pelik, scenery yang lawa-lawa. Yang ni kalau boleh nak round naik Motor. hahaha ni tak tau boleh buat ke tak.Kena pakai duit banyak nih
  5. Egypt – Sebab nak tengok piramid??? Entahla… from the day 1 Kheirul dok cerita pasal  Mesir yang sangat trill tuh, I teringin nak pijak kaki ke sana…
  6. Pulau sipadan – yang ni kena tunggu anak besar, sebab we want to dive

Most of the reason pergi vacation adalah kerana nak merasa and tengok tempat orang. FYI I am not really into shopping. Cukup sekadar sightseeing. Kalau beli pun ala kadar jer. Bila lah dapat merasa one of them nih..

Ada lagi satu tempat we all nak pergi…Mekah. But this is not a vacation. Ia adalah untuk beribadat. Insya’ Allah dengan izinnya akan sampai nanti.

What is your vacation wishlist?

Ni gambar Kheirul masa dok Mesir…

My Birthday Wishlist

Tengah dok sedap tengok Rayyan tidur sambil menikmati rasa Horlick suam yang segar, I dok pikir.. apa aku nak buat posting nih? Ting mentol lampu keluar…. My wishlist

My wish list for my birthday……..Tak banyak sikit jer

  1. Actually tak tau nak hadiah apa and normally I’m not asking for hadiah pun just a few kisses from the love ones. So untuk suamiku tak payah la beli hadiah memahal ke apa… hand bag mahal ker cos I’m not interested and barang kemas pun dah banyak…. SO no need to waste the money
  2. A birthday cake….birthday cake yang lawa and sedap and off course I buat sendiri hahaha. Yang kat kedai too sweet for us and me and Ashraff have problem with sweet stuff.
  3. A honeymoon.. yang ni susah sikit nak dapat sebab sapa nak jaga anak-anak. FYI we never left anak-anak dengan sapa pun. Takut menyusahkan orang so most of the time honeymoon bawak anak-anak.
  4. Bunga- tak payah bunga membazir sebab I prefer bawak pergi makan tempat best , I love seafood
  5. Cuti-cuti , ikutlah dalam Malaysia or luar Malaysia
  6. Last, a me time. En suami, saya nak mintak off day from being a housewife for one day. Let me go out have fun and let you be with 3 kids. Don’t worry me not going for  clubbing. dah stop dah semua tuh

So mana satu yang akan saya dapat? Kalau boleh nak semua but I may want no 6,5 and 3

Note: Birthday saya lambat lagi but normally dapat hadiah awal…:)

Rayyan Gelak Sakan

Suka tengok si Rayyan yang dok gelak sakan nih…. Dia naik congek cakgung. Dah macam budak besarkan…. Hari ni genap 4 bulan umur Rayyan. Cepat betul masa berlalu. Now Rayyan dalam proses nak meniarap. Kalau letak mulalah berusaha nak pusing. Kalau tak dapat gak cam marah jer dia. Pastu kiterang tolong dia sikit… then dapat meniarap senyumlah…

Tengoklah video nih.. nanti tengok ada orang dok jeles.. sapa lagi kalau bukan the drama queen. Kakak dia. Kalau adik dia dapat lebih dia jeles. Then kalau dia dapat lebih Abang dia jeles. Last sekali abang dia je dapat lebih. hihih Cute tak Rayyan???Lepas habis turn Rayyan, Afriena pulak naik congek cakgung.Nasib baik Ashraff tak mintak nak naik, kalau tak sure patah kaki papa dia :)