Saja jer nak larik dari cerita psal makanan. Nampak sangat I takde aktiviti lainkan. Now baru ada masa nak cite pasal anak-anak.Alamak Rayyan bangun pulak baru tidur :(. Biarkan dia dalam kot tunggu dia nangis tak.
Ashraff
Masih manja lagi tapi dah pandai malu. Kalau keluar pergi memana masa bulan puasa and dia tak puasa tapi nak makan, dia mesti makan sorok-sorok. Hari tuh kat Tesco, Belikan kek tuk dorang and Afriena yang sentiasa tak tahan lapar makan la dulu, so Ashraff tengok dia pun nak. Tau tak macam mana dia makan? Dia masukkan kek cecepat dalam mulut, tutup mulut dengan tangan tutup mata and kunyah. Pastu cakap, mama Ashraff puasa today. hahahaha. Kat sekolah pun dia puasa balik bukak puasa. So far memang manjang half day. Takpelah slowly.
Afriena
Ha yang ni lagi manja. Sikit-sikit nangis. Hilang barang nangis. Geram tau kekadang. Kalau mandi 10 jam. Nasib baik takde bathtub macam rumah lama dulu. Pilih baju 5 jam.Kalau main dengan Rayyan, Rayyan tarik rambut pun nangis. Baru lepas 20 minutes makan dah lapar. Paling kelakar kalau ngantuk dia cakap ” Mama I’m so sleepy and my eyes small” hahah maksudnya mata takleh nak bukak. Rajin buat homework tapi handwriting dia, kalah cakar rimau. Tak lawa langsung.
Rayyan
Sikecik ni very suka bermain. Suka tarik rambut kakak dia. SUka di agah oleh abang dia. Paling best suka main air. Kalau pergi swimming pool, melompat lompat nak masuk dalam air. LEtak jer dalam air, kaki dah tolak-tolak air. Kalau time mandi plak suka sangat na meniarap konon dia swimming. Semalam ingat nak snap gambar tapi susah le. Dia meniarap dalam tub and kaki macam nak berenang gitu. Dah boleh angkat dada and bontot esp kalau nampak I lalu depan dia. Dia nak ikut. So bersungguh dia nak datang tapi yang kelakr dia reverse plak. Selalu je jumpa dia tepi sofa or bawah meja TV. So far toys baru 3,sepatutnya 4 tapi hilang. Rugi beli toys mahal. Now beli je yang murah, ada yang gigit-gigit, rattle and buku. Tapi dia still suka nak main dgn remote control.
Sekian lah citer pasal-pasal anak-anak… Looking forward for hari Raya. Baju raya tak beli lagi. Nantilah last minute. But as usual everytime raya kiterang selalu bersederhana. Takde membazir.
Note: Tak sabar nak bercuti-cutian