Monthly Archives: May 2010

Dah 2 bulan

Pejam celik pejam celik, dah 2 bulan umur Rayyan. Alhamdulillah makin tembam budak kecik tuh. Now, at 2 months old dia dah boleh senyum. Kalau kena agah lagilah dia suka. Sekarang kalau Afriena cakap ngan dia, mesti dia ooo oo jer. As for Ashraff, asal nampak adik dia, mesti dok cium kaki baby, cium tangan, cium muka.
Naik rimas I tengok. si kecik tuh nak tidur pun susah. Mungkin dia suka dapat adik kot. Dulu dapat Adik dia tak reti nak bermain. Now, kalau nak sembahyang ker, suruh dia jagakan kejap. Takleh lama kang dia buat experiment kang.
Bila tengok anak membesar depan mata, rasa happy sangat. :)
Happy 2 months day Rayyan.

As for me, I still berpantang lite lite. I berpantang lagi from makan sayuran sejuk , minuman berais, tapi cold drink I minum sebab I minum yogurt almost everyday, still tak makn deep frying food cuma kekadang termakan sikit fries ke. Most of the time hari-hari makan masakan rebus, stew, bakar or shallow fry. Ikan goreng and ayam goreng belum lagi makan. Seafood like udang, kerang, sotong dsb pun belum makan and still amik jamu.

Afriena Plak yang demam

Ni giliran Afriena plak yang demam.. biasalah dia kalau demam mesti sesak nafas dan perlu amik serombong gas…. Kesian dia.. lepas amik nebulizer suara dia serak… siap cakap tu.. “Afriena No Sound”.. ingatkan macam radio plak no sound.. so terpaksa betulkan english dia cakap… No voice…

Hari nih nampak dah ok dah.. cuma batuk jer… risau plak sekarang nih selalu sangat bebudak demam

Tak Sabar rasanya

Rasanya dah dekat 8 bulan tak balik kampung. Apa taknye adajer program tetiap bulan. Bila dah late pregnancy lagilah tak balik. Eventhough tak balik still jumpa family. No worry. Jumpa kat Singapore and Melaka hari tuh. PAda yang ada mak bapak dekat-dekat best kan. Hari-hari boleh jumpa. Hari-hari boleh makan masakan mak.

Contohnye last 3 weeks masa my bro kahwin, Cadang nak gi Melaka on Sunday tapi bila my mom call cakap , Yati tak nak datang Melaka hari ni ker? Datanglah hari ni, Mak masak asam pedas ikan. Dijawabnya I, tengoklah dulu, kalau jadi I pergilah. Bukan apa tak nak berjanji lagipun I kena siapkan cuppies for hantaran.Siap jer cuppies, terus shoot ke Melaka konon nak suprise tapi parents takde keluar pergi rumah kawan dorang and also…asam pedas nye pasal, paling tersedap kat Malaysia. Kheirul kalau makan mesti bertambah nasi. Tak ingat dah bini.

Nest week nak balik kampung. First kena singgah kat Cameron (aktiviti biasa) then balik rumah my parent pastu ke rumah MIL. This time balik ada kenduri for Rayyan. Buat Aqiqah.Mesti penat and busy nih.Insya’ allah I amik gambar sesikit but not with big camerala.. sbb the photog confirm busy. So I jer amik gambar.

Selain pada tuh, satu lagi aktiviti tetap kalau balik kelantan,food hunting. Dalam kepala dok pikir dah nasi dagang, laksam, tepung pelita, gulai kawah dan banyak lagi….habis ler diet I.

FYI, buat masa ni my weight is 50kg compare masa b4 preggy dulu is 52kg. Oklah tuh. No diet ke apa but still pantang makanan sejuk, air batu and makanan bergoreng.Rasanya macam kurus plak haha tapi nak kena kempiskan perut sikit lagi. Kena tunggu habis pantang 100 hari then bolehlah pergi swimming and exercise.

Sebab nak kasi hilang rindu  ha ni gambar rumah kat kampung. Rumah buruk je…tapi dah byk berubah sbb rumah dah direnovatekan last year. ni gambar lama.Rumah sekarang dah bertambah bilik maklumlah keluarga dah bertambah. NExt July ada lagi kenduri kahwin insya’ allah.

gambar credited to my sis, sidah

Yang best kat belakang rumah ada sungai… kecik-kecik dulu selalu lah terjun sungai, mancinglah, berkelahlah bbq la..

Kat sungai ni jugaklah I belajar berenang.Dengar citer kat sungai ni ada buaya… tah lah betul ke tak..

to know more boleh lah terjah my sister’s blog .

Note: lupa lak nak amik gambar cuppies hantaran hari tuh