Yearly Archives: 2009

Dietku hancuss

Mana tak hancuss diet hari senin malam??? makan pizza… Kes nye bermula bila Ashraff jumpa Shakeys flyer kat mana tah. So dia tunjuklah kat kiterang.

Ashraff: Mama look pizza, I want to eat pizza

Papa: You want pizza?

Mama: Pizza lagi ke?? ala camner nak diet..(tapi dalam hati, ok gak ni tak yah masak)

Papa: Ok we eat pizza, papa belanja (tu yang nak dengar tuh).Mama call pizza ok.

Mama :ok boss

So I call je Shakeys, order 2 large pizza with 1 coleslow and 1 mash potato. tapi bila sampai, kiterang dapat additional ayam 6 ketul and 1 botol C**E (apala, mamat Shakeys I dah cakap I tak nak C**e, I banned semua barang Israel tuh, tapi dia kasi gak ). Tapi Shakeys ni sapa punya ek?

Anyway, memang tak habis pun pizza tuh walaupun kiterang kenduri dgn my SIL, so Kheirul bawak pi opis kenduri kat sana plak….

Walaupun hancuss diet malam tuh tapi, tgh hari semalam diet balik, I just mkn nasi sikit with sup cendawan… kat foodcourt sini tu la lauk paling healthy lain semua oily…and sup cendawan tu dah lebih seminggu i dok makan unless kalau boring, I makan roti dengan yogurt je.

Malang Menimpa

Just nak bagitahu, hari ni kami ditimpa nasib malang apabila kereta kami telah bergesel ngan sebuah keter lain. Tetapi kami tetap bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecedeaan dan syukur juga kerana tidak menimpa musibah yang lebih besar. Walaubagaimanapun, kami tetap redha dengan ketetapan Allah dan menerimanya dengan tabah dan sabar.

Begini ceritanya, petang tadi dalam jam 3:00pm, kami singgah di Esso jalan Sg Besi untuk membeli makanan dan parking kereta ditepi jalan… sudah jer Yatie beli barang dan masuk dalam kereta, tiba-tiba sebuah kereta Volvo dengan tergesa-gesa masok parking depan kami dan terus gesel bucu kereta kami sebelah depan…. mula-mula raser marah gaks tapi sabar sbb kemarahan tidak boleh menyelesaikan masalah.. so keluar keter tanya driver volvo tu… dia cakap dia mintak maaf dan suruh report polis aja dan claim insurans… pas tuh dia tergesa-gesa ketandas…. hampeh.. korang jangan tergelak ye.. keter kitaorang kene gesel ngan orang yang nak terberak… hampeh… nak marah pon dah tak jadi marah.. tapi kitaorang tunggu gaks sampai dia melepaskan hajat dia…

Sesudah jer tu… dia pon muncul balik.. dan bincang cara baik dan dia bersetuju untuk membaiki kereta kami pada hari Isnin….. so tunggu berita selanjutnya nanti…..

Ni la ghupernye

abis kemek-kemek dan calar-calar kat depan tu…

ni ler keter yang tuan punyenye yang nak terberak tu…

kita tunggu cerita dia hari Isnin nanti….

Review Roti Canai

Semalam… kiterang, sawanila family telah pergi makan-makan roti canai di BB Salak Tinggi.FYI, my best friend , Sue aka Hotmama punye husband baru je bukak Kedai Roti Canai. So we took the chance untuk rasa kesedapan dan kelembutan roti canainye. So dalam kul 9.30 bertolak… gedebak-gedebuk singgah sana sini, kul 10.30 gitu dah sampai. So apalagi…as usual Kheirul snap-snaplah aksi tebar roti canai.

Tengoklah aksi si An tuh… FYI, the roti canai memang lembut walau dah sejuk. Normally bila kite makan kat mamak, bila roti tuh sejuk je, it turned to be like a kulit kerbau. Tapi si An nye roti canai very different. FYI, Ashraff boleh mkn separuh roti canai which normmaly dia cuma makan 2-3 cubit. And the Roti canai not oily at all mcm yang selalu kite makan kat luar tuh. At the moment dia cuma buat roti kosong and roti telur je.

Maybe u can see how he prepared the roti telur, dia tak pecahkan telur tuh terus kat atas roti tapi dia pecahkan dalam mangkuk then baru curah kat atas roti tuh.. compare kalau kat mamak, u all imagine la sendiri ye… tema semalam biru kot, sbb apron pun kaler biru…

tengok tuh roti dok tgh nak masak… kasi crispy ye bang

siap potong lagi.. SODAP tau, sejuk pun lembut lagi

Well done Sue and her husband. Oh ya, tempat dia meniaga tuh, ada gak jual nasik campur… sambal belacan dia begitu menyiksakan, pakkal je i dah santap roti canai kalau tak dah di ngap nasi sepinggan. BTW, ashraff makan nasi gak kat situ, habiskan Afriena nye.

After makan, kiterang pi melawat rumah sue, lepak-lepak tgk HBO sambil bebudak tuh dera kucing. Sian kucing tuh, nasib baik tak keguguran tau.

For those readers yang nak rasa roti canai Hotmama’s husband yang best tuh bolehleh kesana.Nak tau camner nak kesana? ni alamat dia:

Restaurant Ala Kampung,Taman Seroja,Bandar Baru Salak Tinggi

and sue said “Sapa-sapa yang tak berapa pasti tempat ni kat mana dan teringin nak makan,bolehlah tinggalkan phone number kat anuorismail@gmail.com.I will contact you all direct okay.Sorry no pic yer,esok baru start so esoklah baru nak snap apa-apa pic.Datang ramai-ramai na…..’

NOTE: finally,sesapa yang nak Sawanila buat review pasal makan boleh lah contract kiterang ye!! and sesapa ada tempat makan yang best boleh lah share kat dalam forum tuh!