Yearly Archives: 2009

Helppp!!!!! Snake…

kalau dah nama budak kan.. memang tak reti dok diam.
Contohnye Ashraff and Afriena. Masa kat Kuantan hari punyalah tak reti dok diam
geram jugak la sebab Orang nak tidur, dorang nak merayap kat bawah. maklumla kan chalet atas tanah.ada je kerja dorang. paling dorang suka sapu sampah. FYI, ashraff dari kecik lagi suka sangat sgt sapu sampah.
ha ni nak citer masa tuh I dok syok tidor… jap dorang kejut, Mama, I want to go to toilet, ok bangun la pi bawak toilet, tidur balik , aleh kena kejut lagi, sorang lagi nak pi toilet
pastu I letak budak 2 orang main toys kat atas katil then sambung tidur.
Syok tidur ala ala dah sampai London tetiba,

“Mama, mama wake up!!! help help..Mama mama snake, mama wake up”
terperanjat jugak betul ke ada snake rerupa nya, bila I bangun tanya mana snake , there in TV there. Rupanya dorang dok tengok citer Majalah Tiga (bila masa plak dorang tengok Majalah 3)
Angin nye.. dah lah I tengah syok tidor dorang boleh buat suspen. Ingat kan ular betul…
tapi nak marah tak jadi sebab cam kelakar plak. Last sekali 2 beradik tuh tidur jugak.

Jahat ke Mat Rempit??

Jahat ke Mat rempit…. bila dengar orang citer pasal Mat Rempit, automatically kita terbayang kan kejahatan dorang. Kadang-kadang I tak puas hati bila orang labelkan yang mat rempit ni jahat. Sebenarnye, Mat Rempit tak semuanya jahat. mungkin sebilangan nye sahaja yang bersikap ganas dan jahat.
Ye memang betul dorang suka melakukan perkara yang tak berapa disukai orang lain.
Contoh bawak motosikal secara merbahaya dan membahayakan keselamatan pengguna jalanraya yang lain, tapi pernah tak kite terfikir yang masalah utama mereka ini adalah kurangnya tempat yang sesuai untuk diorang tunjuk skill diorang seperti trak lumba yang sesuai. Memang tidak dinafikan ada trak… tetapi bayarannya adalah terlampau mahal. Sekali pergi boleh la , berkali-kali mana nak kaup duit. Sebab tu lah dorang suka buat kat atas jalan raya.
Ada orang kata Mat rempit samseng… memang betul tapi tahu tak kenapa jadi macam tuh?? sebab dorang tak di respect… bagi yang tak pernah naik motor memang takkan rasa perasaan tuh…especially kalau orang bawak kereta mewah. Asyik hon je dorang.. tu yang hangin tuh… kekadang kereta kita kena hentak ke sepak ke, mesti bersebab tuh,mungkin kita himpit jalan dorang ke, apa ke…
So jangan asyik labelkan Mat Rempit tu jahat.
Sebagai individu yang pernah lepak dengan Mat and Minah rempit, I tak nampak pun yang dorang ni jahat. Sebenarnye dorang ni baik, semangat persahabatan dorang kuat kalau nak compare dengan orang atasan. Susah sama tolong senang sama rasa. Geng rempit nih, kalau kena gaya memang dorang baik, hormat orang tua…So, nasihat saya jangan la tengok dorang bawak motor kecik tayar sotong, terus label mat rempit, dah lah label mat rempit, kita boleh cakap dorang samseng plak. Macam kat TV semua tuh, buat citer pasal mat rempit, banyak tunjuk yang hitam jer, cuba la berdampingan dengan dorang, jalani hidup seperti dorang. Jangan labelkan dorang jahat, berilah mereka peluang.
Pendapat saya:

untuk mengurangkan mat rempit merempit atas jalan, saya berpendapat buat trek free entry dan sewa murah untuk gear so that dorang boleh tunjuk skill. Secondly espect each other.

NOTE:hormat orang lain kalau nak orang hormat kita.

motor1

Ni dia mat rempit yang sebenarnya… Hampir kesemua mat-mat motor besor ni semua pernah merempit…
Nasik Tambah Skit dari Kyoll: Jom kita bincang topik panas ni……. Kepada Mat-mat rempit diluar sana jangan malu untuk memberi komen anda….. Marilah kita membersihkan nama BIKERS kita….

Welcome to Phuket

We were in Phuket….but not Phuket, Thailand, It’s Phuket seafood restaurant

This is Restoran Phuket kat Tanjung Lumpur… memang tak sah kalau pergi Kuantan tak makan seafood.

tengok le seafood dia….

Apalagi… kita pilih itu seafood

seafood yang begitu segar….

Tengoklah kawasan restoran yang begitu luas…

sesuai untuk kanak-kanak yang hyper yang tak reti duduk diam…siap ada playground lagi tuh

Apple juice and Lime juice – untuk hilangkan loya , 5 bintang

Hasil tangkapan – udang masak sweet sour , esp for kids. Udang ni rasanye overcook sikit… maybe dorang goreng lama sangat… tapi kuah dia sedap juagk cukup dengan rasa masin, manis and masam and tak pedas ,3 bintang

telur dadar – compusory for us.Telur ni biasa jer but very oily la for me

Ikan Aji-Aji Bakar – sedap ikan bakar nih. Ikan bakar bersambal ni sedap, kesegaran dan kemanisan ikan ada lagi. Isi dia lembut and sambal ngam -ngam tak pedas sangat. I kasi 5 bintang. Memang sedap sekali… mesti cuba “MUST TRY”

Chili crab, first time order ketam harimau not bad rasa dia, but as a pecinta makanan laut, I was a bit upset sbb sedikit overcook on my crab but crab manis cuma sikit keras sbb deep fry (they should steam the crab). BTW kuah dia sedap sbb sikit pedas, 2 bintang

Kailan ikan masin… tidak menghampakan sbb cukup segalanya, masin, and the freshness of the vegie – 5 bintang

The side dish is the timun and sambal belacan yang sangat pedas

and nasi yang tak baper luak sbb byk mkn lauk jer

tgk muka I dua beranak yang suka mkn seafood … NOT BAD

Secara ringkasnya, inilah markah SawaScore dari kami: