Monthly Archives: February 2009

Makan Malam yang syok….

Alhamdulillah.. Syukur… sebab masih lagi boleh menikmati rezeki yang Allah S.W.T berikan….

Malam tadi kami sekeluarga makan hidangan yang sungguh luar biasa…. Hidangannya cukop simple tapi memang jarang ataupun susah nak dapat kat Kuala Lumpur ni dan saya rasa tak ada kedai di Kuala Lumpur yang jual lauk cam gini… Lauknya… emmm…. Masak Lemak Ikan Duri Masin dengan nenas…. hehhe.. Ikan duri masin diimport khas dari Machang, Kelantan…. pas tu plak… dikahwinkan dengan Sambal Belacan European plak.. terangkat… korang mesti pelik.. kenapa dinamakan sambal belacan european plak.. tadi masa buat sambal belacan tu.. cuka buatan Malaysia takde.. cuma ada Apple Vinegar… so.. hentam ajalah labu….

Swimming

Inilah aktiviti setiap weekend. SWIMMING…… Dah 2 minggu dah tak pergi swimming, Hari Insini baru berkesempatan. Apa tak nye, 2 minggu lepas dorang demam then minguu lepas hujan. So on Monday morning dorang dah cakap nak swimming. so petang tu lepas Asar, bawaklah swimming. Aktiviti sekeluarga. I pergi swimming to fix my tulang belakang with kids and Kheirul pergi Gym.

Tengoklah aksi dorang….

Afriena dok tunjuk tangan dia yang dah kecut tuh…. Ashraff cam biasalah… terjun sana sini… dia sekarang dah boleh berenang without the floater tapi I still kasi pakai sebab senang I nak swimming sana sini….

Shirring dress – tutorial

Seperti yang dijanjikan, I letak tutorial yang ringkas for the shirring dress.

Bahan penting yang diperlukan ialah benag elastic.Benang elastic ini hendaklah dipasang pada bobbin.Sila longgarkan sedikit bobbin anda supaya benag getah tak tersangkut. kalau dia tersangkaut nanti benag atas akan putus.

Bila bobbin dah siap pasang, setkan lebar jahitan kepada no.4 kerana lagi lebar jahitan anda lagi lawa kedutannya.

Selepas itu jahitlah fabrik anda seperti biasa. make jarak jahitan pertama dan kedua dan seterusnya tidak terlalu jauh atau dekat. buat dalam jarak 1cm je.Semasa menjahit, tarik fabrik anda supaya anda tak jahit atas kedut.Refer pada gambar di atas.

You all boleh tengok gambar di atas macam mana rupa baju yang telah dijahit. Bergantung banyak mana you all nak jahit bila dah siap terhasil seperti diatas. Cara shirring ni boleh di aplikasikan keatas baju, skirt, bantal dan macam -macam lagi.