Monthly Archives: January 2009

Budak yang Mengada dan manja

Meet my daughter yang begitu manja….. Ashraff selalu cakap”sikit sikit nangis” kalau dia dah bosan dengar adik dia nangis

ni semalam sbb papa dia tak layan dia…. dia suruh amik gambar dia dulu tapi kiterang sebok nak amik gambar for Chinese New Year…. hahah

Lawa tak baju dia… semalam dia suruh I pakai baju sama. sbb nak tayang kat abang dia.

boleh gitu???

Resepi Honey Lemon Roasted Chicken

INGREDIENTS

  • 1 ekor ayam medium saize -bersihkan
  • 5 biji kentang
  • 1 biji lemon
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar madu
  • 2 sudu kecil Rosemary
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar – potong 4
  • 1 sudu mentega

METHOD

  • perap ayam semalaman dengan garam,lada hitam dan Rosemary
  • Ayam yang diperap semalaman di keluarkan dari peti sejuak 2 jam sebelum dimasak
  • Panaskan Oven selama 30 minit dgn suhu 250 darjah
  • Rebus kentang dengan bawang putih dan lemon
  • bila kentang empuk keluarkan, toskan gaul dengan garam dan lada hitam dan separuh bawang besar
  • lecek bawang putih yang telah direbus, sapukan keatas ayam tadi
  • lemon diperah jusnye ke atas ayam sehingga rata diikuti pula dengan madu
  • sumbat ayam dengan kulit lemon dan bawang besar
  • letakkan kentang diatas dulang pembakar bersama ayam
  • sapu sedikit mentega ke atas ayam
  • bakar dengan api atas bawah di rak bawah sekali selama 30 minit
  • selepas 30 minit, bakar ayam selama 30 minit di rak paling atas dengan suhu 180 denag api atas sahaja, dan sila balikkan ayam setiap lima belas minit.
  • Bila ayam masak sedia untuk dihidangkan