Lately rasa macam kehabisan idea tau nak masak apa. mungkin sebab malas gak kot. Hari tuh…. I buat Mee Wantan. Terlebih rajin, buat dumpling and sup dumpling. Masak simple macam ni memang terangat, makan panas-panas semasa hujan.
Budak-budak memang sukalah. Nanti I letak resepi ye, now nak kena masak untuk lunch dulu sebab dah pukul 10 kena bawak makanan untuk Ashraff plak.
UPDATE: Resepi Mi Wantan
INGREDIENT
- Sepeket mi sanggul – dicelur
- bawang putih goreng dan bawang merah goreng
- minyak bawang putih / minyak bawang merah
- 2 sudu kicap pekat
- 1 keping Ayam bahagian dada – dicelur
- 1 ikat sayur sawi – di celur
- 10 ekor udang – bersihkan dan dicincang halus
- 1 mangkuk daging ayam cincang
- 15 keping kulit wantan
- 1 pokok daun bawang
METHOD
cara buat wantan
- gaulkan udang dan ayam cincang bersama daun bawang
- rasakan dengan garam dan serbuk lada putih
- isikan inti kedalam kulit wantan
- buat bentuk 3 segi, sapu air kat kulit wantan supaya lekat (refer gambar)
- goreng separuh wantan sehingga garing
- lagi separuh boleh buat sup dengan air yang rebus ayam tadi
Cara buat mi
- mi yang telah dicelur di gaul dengan kicap pekat,minyak bawang dan bawang goreng
- hidangkan dengan sayur yang telah dicelur, daging yang yang telah dicelur dan sup