Dah sampai episod terakhir cerita umrah keluarga kami. Tapi kenangan ni takkan lenyap dari ingatan. Insya’ Allah. Ashraff pun selalu tanya bila nak pergi lagi. Best katanya. Oklah, meh kita tengok tips umrah dengan anak-anak kecil. Takdelah kecil mana Ashraff and Afriena tapi Rayyan consider kecil yang jenis takleh duduk diam.
Tips seperti di bawah
Sebelum pergi
persediaan ilmu
Terangkan pada anak-anak tentang umrah. Anak -anak kadang tak ambil port pun. Jadi buat satu salinan atau bukak je youtube tunjuk orang pergi tawaf dan saie supaya mereka faham. Bab niat semua tu, boleh diajar masa kat sana. Mungkin sejam sebelum. Kena terangkan rukun dan syarat wajib. Dorang pun ada hak untuk ilmu kan. Seperti solat jenazah, solat sunat boleh diajar semasa disana jugak. Ajar dan praktis. Kalau dorang tak nak buat jangan lah paksa. Tentang bacaan tawaf, boleh diajar zikir mudah seperti Subhanallah, Alhamdulillah,La ilahaillallah,Allahu Akbar atau baca Asma ul Husna. Jangan susahkan mereka. Kita pun boleh baca sama dan berdoalah.(macam ustazah plak) sekadar berkongsi, kalau salah tolong tunjukkan.
Gadjet
Ikut keselesaaan masing-masing. Kalau you all nak bawak gadget untuk anak main ke , ikut suka tapi kiterang tak bawak ipad. Kiterang cuma bawak beberapa buah buku je sebab kami berpendapat tablet tu semua tak patut dibawa. Bila tak bawa takdelah bebudak ni fikir nak main je kan. Nanti hilang fokus plak kan. Hasil tak bawak tablet? ok je bebudak ni. Dorang cari game lain lah. Dorang main card yang Emirates kasi, baca buku sikit-sikit, main gurau-gurau pastu ikutlah daya imaginasi diorang.
keperluan peribadi
Ni sapa yang perempuan bawalah pad, panty liner dari tanahair terchenta ye sebab kat sana, barang -barang ini adalah mahal. Lepas tu tak banyak choices. Tisu dan wet sipes digalakkan bawak. Senang untuk guna especially dengan anak kecil dan untuk diri sendiri. Sapa pakai contact lense bawak solution secukupnya. Anak yang pakai disposable diapers, bawak secukupnya. Sebab mahal. Kiterang tak bawak tapi sbb Rayyan kena cirit birit, takut apa jadi dalam bas masa ziarah kan. jadi bersedialah
Ubat-ubatan
Bawak ubat yang mencukupi. Kalau perlu doktor, sila jumpa doktor untuk ubat. Macam kiterang, Bawak ubat yang doktor bekalkan. Ubat demam, ubat batuk, ubat asthma. Ubat sakit perut pun bawak sebab senang sangat anak-anak nak kena muntah dan berak. Bukan kat sana takde tapi sebotol ubat batuk sangat mahal. Dalam harga 40 Rial dan harga sentiasa berubah. Ubat mata pun bawaklah sebab berhabuk kat sana. Jadi senang bawak.
Baju Sejuk
Ni kena bawak sebab time subuh sangat sejuk kalau kat Mekah. Tapi kat Madinah lagi sejuk.Masa kiterang pergi, masa tu akhir musim sejuk. Kadang time zuhur pun bebudak pakai baju sejuk. Subuh lagi lah tak payah cerita lah.
Dalam perjalanan
flight yang selesa
Pilih flight yang selesa. Kami melalui tempahan 3 pakej. Yang pakej 1, Ni sapa nak pergi umrah boleh tanya sapa agent dia, memang tak rekomen. Masa kat Madinah jumpa few jemaah dari agent tersebut yang bercerita ketidakpuasan hati kat kiterang . Janji lain jadi lain. Masa kiterang kat Malaysia lagi, dorang dok main tarik tali and last sekali katanya naik Air Asia. Tak nak lah naik Air Asir dengan bebudak untuk perjalanan yang lama. Paling lama boleh tahan 4 jam je tu pun tengok time lah. So we have to cancel. Amik Saudi Air tapi agent ada problem and last sekali Emirates. Bukan sebab berlagak macam bagus ke apa…keep it aside.Kena pilih flight yang betul adalah sbb bebudak akan cepat bosan kalau duduk je dan kiterang tak bawak gadjet. Lepas tu 7 jam perjalanan mesti 2 kali makan. 1 meal dalam Air Asia tak cukup , maka kena cari yang menyediakan makanan. Lepas kiterang tak nak banyak komplen lah nanti.
Semasa di sana
dalam masjid
Jangan risau kalau you all fikir anak-anak akan mengamuk ke, lari sana-sini dalam masjid ke apa. Sebab diorang akan jadi anak yang baik sangat dalam masjid kecuali anak arab lah. I tengok dorang panjat sana-sini..haih pening kepala. Kalau dorang ngantuk suruh je dorang tidur, tapi macam Ashraff dan Afriena takde masalah.
Cuba makanan tempatan
Macam bebudak ni, nasi adalah bukan makanan ruji. Jadi kena lah ajar makan makanan orang arab. Since dorang tak suka nasi, kiterang kasi makan roti. Nasib baik dorang suka. Jus kat sini pekat dan sedap cuma manis untuk kiterang hehehe.
Semasa Ziarah
selalu ziarah naik bas kan. Bebudak mesti excited. Biarkan dapat seat sendiri dan jangan lupa bawak makan kegemaran seperti potato chips, yogurt, roti atau biskut.
Cuaca yang sejuk
Ini masalah untuk yang sensitif. Macam I, darah hidung adalah normal. Pergi tempat sejuk je, hari kedua hidung berdarah. Kawan yang duduk Qatar ajar, kalau macam tu kena kasi minum laban. Saya cuba laban supaya dalam badan kita sejuk. Alhamdulillah menjadi. Laban tu macam yogurt tapi lebih pekat.Rasa dia sedap lah. 100% full fat. Susu apa tak tau tapi I takde plak kena lactose intolerance macam biasa.
Itu je kot tips dia. Lupa plak tetiba. Cuma kat sana sangat ajaib sebab anak-anak jadi dengar kata, senang suruh tidur, senang suruh bangun tidur dan duduk diam dalam masjid. Alhamdulillah. Sentiasalah berdoa untuk dipermudahkan urusan kita di Tanah Suci ye. Harap tips ini akan membantu anda semua yang akan berpergian ke Tanah Suci bersama anak-anak. Dan diharap anda semua tidak salah faham dengan entri -entri saya sebelum ini. Saya sekadar berkongsi pengalaman dan kegembiraaan. Jangan pula ada yang fikir kami ini ingin menunjuk-nunjuk atau sebagainya. Entr-entri lepas diharapkan dapat mewujudkan rasa ingin kesana . Semoga kita semua dijemput Allah (lagi). Insya Allah
Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka