Masih lagi terasa penat badan ni. Dari hari Jumaat pagi sampai lewat petang ahad, kiterang satu family berkampung di Stadium Panasonic Shah Alam sempena Stanicc 2015. Kira acara tahunan Taekwondo lah. Pagi jumaat kiterang berlima dah ada kat sana. Thank youto our kids sbb veru understanding dan rajin menolong . Dorang pun involved dalam organising . Tolong masukkan kad nama untuk buat tag, tolong seniors pasang mat. Dan yang paling penting tolong behave well sepanjang masa. Tak kacau orang lain buat kerja. I belikan lego dan kasi dorang duduk diam, Kadang tu dorang pergi main kat luar dengan kawan kawan, tak pun main game…ha gitu lah gayanya. Bak kata orang satu family involved stanicc.
baru nak start bekerja… bebudak dah keluar kat dewan tolong pasang mat
Stanicc 2015 kali ni, Afriena join event untuk pertama kali nya. Dia kata dia nak masuk tournament. Risau rasanya dia masuk sparring sebab dia kan kurus kering. Takut orang sepak dia ke…kang meraung kat situ takde pasal plak.Tapi semangat dia tinggi. Dia masuk untuk pertama kali…first round dia menang. Second round kalah. ok lah tu. dapatlah merasa…Sempatlah I amik video dia…
Ashraff masuk jugak, untuk first round kalah dah… Dia sedih, dah lah dia kata lama tunggu. Serious lama tunggu. Kena komplen kat organiser lah. Budak cepat bosan kalau tunggu lama. Masa Ashraff sparring, I tak amik gambar sebab , I masuk duduk tepi ring jadi coach (konon) lah kasi semangat perhati dia sparring. Ashraff sparring dah banyak improvement. Dulu sparring malu-malu, sekarang nampak berani. Cuma skill kurang. Kena praktis lagi. I knew…dia sedih kalah sebab Afriena menang sekali. Oh ya Afriena dapat gangsa…Tapi dia tak naik pentas, sbb dia masuk main-main dalam bilik urus setia..pastu TIDUR
Sabtu sangatlah penat. Pergi sana..pergi sini sebab tengok anak-anak dan teman seperjuangan masuk event. Takde gear lah… Dorang tu semua training sekali ngan I. Kejap-kejap…auntie lambat lagi ke start? Auntie, Irfan hilang, Auntie helmet takde…Event habis kat pukul 12 kot, but we stayed till pukul 1am lebih sbb uruskan benda-benda urus setia. Giler penat. Walaupun rasa malas nak balik rumah, nak check in hotel je, tapi toilet rumah dan katil memanggil ku…
participant dari Aussie pun ada… Dapat masuk final laki bini ni.. Bini dia dapat mas rasanya, while husband dia dapat perak. Both lawan ngan Malaysia
2 malam balik lambat…
first night balik pukul 2.30..sampai rumah 3pagi, pastu tidur, pukul 5.30 dah bangun, lepas subuh terus ke stadium. Rasa macam blurr, sakit kepala, mata pedih gitu
second night balik pukul 1.30 sampai pukul 2 lebih, mandi-manda, solat isyak terus tido. Esoknya bangun pukul 5.30 marah-marah kat alarm sebab bising, last pukul 5.45 bangun, lepas subuh terus ke stadium tapi singgah beli kopi dulu. Next time, masa tournament, nak suruh sesapa bawak coffee maker, letak dalam bilik urus setia…biar senang minum kopi untuk semua orang sebab ngantuk sangat masa mula-mula nak start
third night…. pukul 7.30 sampai rumah… makan pun mals dah nak makan. Makan je apa yang ada kat rumah. hahahah..
tapi ada lagi yang lagi awal datang dan lagi lambat sampai…. Bayangkan kepenatan itu
Memang turun berat badan kalau buat gitu selalu. Tapi I love it..
Tahniah Afriena dan Ashraff sebab wakil sekolah dan Selangor… bolehlah untuk build confident. Anak-anak didik Fuqaha, tak masuk kali ni sebab nampak dorang belum bersedia. Insya Allah tahun depan.