Tag Archives: Singapore

Makan-makan @East Coast Lagoon

Baru nak bercerita pasal ni kan…. MAsa masuk Singapore hari tu, since sekejap jee, so we decided untuk pi makan kat East Coast. Sebab tepi pantai.  Sebab ingat nak makan sate yang sedap n Sup tulang merah. Lepas tu senang bebudak nak berlari. So, terus je kesana. HAri tu pernah pernah pergi makan dengan sepupu-sepupu so dah tau lah.

Sampai je sana, first mencari toilet dulu budak-budak ni, kecuali Rayyan lah sebab dia lapar. Kiterang order sikit-sikit dan pakat makan

image

Sup tulang merah

image

Kasi close up sikit… haaaa… ni rupa dia. Walaupun orang kata kat Beach Road sedap… yang ni punn sedap gak. Sedap yang tersendiri. Kalau yang kat Beach Road rasa sedikit manis, kuah dia pekat, tapi kat sini rasa dia more berempah dan kurang manis. Dua-dua I suka. NI kira menu wajib makan kalau kiterang pergi Singapore. Actually, I dah jumpa rempah nak masak tulang merah kat supermarket dia, tapi tak beli sebab, I pikir, kalau nak makan datang Singapore je. Cuma bila pikir pasal currency tu macam mencekik darah. Order S$10 je

image

NI dekat gerai yang sama order chicken chop. Ha kau …CHicken chop pun kaler merah. Ashraff kata sedap. Kuah dia macam kuah Sup tulang merah. Harga dia S$6

image

Ni Rayyan n Afriena punya… Nasi goreng seafood. Dorang share tapi kiirakan semua angkat pinggan sudu sama-sama sebab banyak. Lagipun dorang makan sate jugak. Sate kambing kat gerai sebelah sedap sey…$6

image

Carrot Cake. Kheirul yang order . Sedap. Susah nak jumpa ni. $5

image

ORang tak ramai lagi sebab kiterang sampai before lunch hour. Dah kat nak balik baru nampak orang. Air order sorang satu, sebab semua haus. Kat Singapore panas dia lain. Gambar Sate takde plak sebab, Sate sampai dulu, terus kena serbu. Rasa sate yang sedap, sampai lupa nak bergambar dengan sate.

I letak harga tu bukan apa, senang sapa-sapa nak pi makan sana, dah boleh agak berapa duit nak kena belanja. Harga air dalam $2-$3, so agak lah berapa. Harap membantu. Anyway we had fun. Pi sana , sapa nak sewa basikal pun boleh tapi kiterang takdelah naik basikal bagai, panas berjeruk badan.

A Day Trip to Singapore

image

baru sampai…. I tolong snap gambar

Day trip je pergi Singapore. Macam naik motor je kan. Teringat zaman muda dulu, naik motor day ride pi merata tempat. Penat terkangkang lah trip. Tapi kali ni ke Spore sbb sepupu nikah. So kiterang pi satu hari. Tolak pukul 3 pagi, lepas tu stuck dalam traffic jam selama dua jam sebab lori terbalik. Rasanya, JPJ kena tumpukan kepada ciri ciri keselamatan lori kot bukan pada cermin gelap atau nombor plet. Sebab kerap sangat lori eksiden sengsorang. Terbalik melintang jalan. Memang buang masa atas jalan. Off enjin keter jelah. Punyalah lah lama dok dalam kereta akat Pedas-Linggi tu. Tapi Alhamdulillah pukul 5.30 boleh gerak. Sempat untuk cari tempat solat subuh. Singgah kat RnR mana tah.RnR yang takde surau, terpaksa solat kat bangsal. Memula orang tengok pelik, lepas ada sorang dua pun follow benda sama. Siap ada yang tanya mana kiblat. Apa lah RnR bukan susah pun nak buat satu surau. Kalau toilet boleh buat surau pun boleh apa?

image

acara bergambar ngan pengatin

Oklah…lepas subuh, kami terskan perjalanan. 1 jam lepas tu dah sampai JB. Sempat lagi singgah ZZ sup tulang sarapan mee rebus. Lepak tak lama, lepas makan kiterang sinnga Petronas. Singgah mandi. Mandi koboi betul tapi gosok gigi tau. Mandi, salin baju pakai tudung semua dalam kereta. Kat checkpoint imegresen pun masih dok betulkan tudung. Pukul 11 lebih dah sampai tempat kenduri. Baru nak start akad nikah. I duduk semeja ngan my cousin. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Lepas tu apa lagi kita layan bergambar dan makan lah.. sambil tunggu sepupu lain sampai.

image

suka betul bebudak ..tempat kenduri dekat ngan playground

lepak-lepak..sembang-sembang…selfie…wefie… pastu pukul 3 kiterang pun angkat kaki. Balik KL. Tapi sebelum tu, singgah masjid buat yang wajib, tukar baju pastu singgah tempat shopping favorite. Beli barang dapur sikit. Barang dapur beli kat Singapore kau….bukan apa murah. Kalau convert pun still murah. Memang suka lah pergi Ang Moh tu. Bebudak ni sukalah angkat bakul amik barang..Lepas pi makan, pastu baru balik  KL. Ada lah berhenti 2-3 tempat…. toilet, solat, cuci muka minum kopi and Alhamdulillah pukul 11.30 sampailah KL. Fuhhh penat betul tapi best…

ga,mbar

I takde kakak… so they are my sisters dunia akhirat.We grew up together :)

Panduan Memandu Kenderaan Malaysia Ke Singapura

Ramai rakan saya bertanya saya tentang macamana procedure untuk memandu kenderaan Malaysia ke Singapura. Jadi, saya tulislah serba ringkas bekaitan dengan panduan memandu kenderaan Malaysia ke Singapura. Sebenarnya bukannya sukar sangat pon untuk memandu di sana, cuma apa yang perlu kita ambil tahu ada procedurenya sahaja….

PANDUAN INI UNTUK KENDERAAN PERSENDIRIAN SAHAJA

Soalan: Bang… apa yang perlu saya ada sebelum memandu ke Singapura bang?

  • Nombor satu kene ada kenderaan yang berdaftar di Malaysia dan cukop sifat, sihat tubuh badan serta mempunyai cukai jalan dan insuran yang sah dan belum tamat tempoh
  • Lesen memandu yang sah dan belum tamat tempoh
  • Salinan pendaftaran kenderaan (geran) – sekiranya diminta semasa beli Autopass
  • Salinan insurans (cover notes or policy) – sekiranya diminta semasa beli Autopass

Soalan: Bang… saya dah sampai kat JB nih bang… saya nak ikut jalan mana?

  • ada dua jalan yang boleh seberang ke Singapura. Ikut Tambak Johor atau boleh Ikut Tuas (link Ke-2)

Soalan: Apa yang perlu saya tahu bang???

  • kene tahu serba sedikit pasal procedure memandu. Kene tahu pasal:
    • VEP – Vehicle Entry Permit.
    • Autopass – ala… macam touch n go ler kat Malaysia nih
    • ERP – Electronic Road Pricing… ala kira cam toll laa….
    • speed limit – jaga-jaga…..max 80kmh aja…
    • cara pemanduan

Soalan: Apa semua benda tu bang?? VEP, Autopass, ERP tu???

  • VEP (Vehicle Entry Permit)
    • nih macam permit masok kenderaan ler..
    • SG$20/sehari dikenekan untuk VEP pada hari bekerja (Isnin – Jumaat dari jam 2pagi – 5ptg)
    • TETAPI yang syoknye setiap kenderaan Malaysia layak untuk mendapat 10 hari pengecualian dalam setahun.. so free 10 hari ler tidak termasuk hujung minggu dan cuti am Singapura.
  • Autopass
    • nih macam touch n go ler.. tapi dia terikat pada nombor pendaftaran kenderaan
    • tidak boleh tukar milik/kenderaan… segala maklumat kemasukkan kenderaan direkodkan menggunakan autopass ni
    • autopass nih boleh tahan 5 tahun.. pas tu kene renew.
    • Kalau jual keter.. make sure simpan autopass nih untuk buat cancelation nanti…
  • ERP (Electronic Road Pricing)
    • nih macam toll la… tapi bayaran toll diorang berubah-ubah ikut waktu…
    • jangan risau sangat pasal nih.. untuk kenderaan Malaysia amik aja flat ERP nih SG$5 SG$10 sehari (hari bekerja)…… round ler satu pulau tu pon cuma SG$5 SG$10 jer sehari(hari bekerja)….. bayar masa keluar dari Singapore nanti menggunakan Autopass kat checkpoint Tuas or Woodlands…

Soalan: OK Bang!… boleh tak abang ceritakan satu per satu, step by step bang… camne saya nak masuk ikut Tambak Johor bang?

  1. Sebelum sampai checkpoint Kastam Malaysia. Sila pastikan
    • Petrol isi penuh-penuh.. petrol kat SG mahel nak mamposs
    • dah isi WHITE CARD(Singapura) + Passport Malaysia. takde white card nanti kat CIQ mintak dan isi…
    • duit SG$ yang mencukopi..
    • bawak alat GPS kalau ada.. supaya senang tak sesat jalan….
    • pen jangan lupa bawa
  2. Sampai jer kat Kastam Malaysia Tambak Johor.
    • pandu lalu jer mana mana booth kastam
    • turunkan cermin kereta dan bagi salam dulu(kalau Islam ler)
    • senyum dan bagi passport untuk diperiksa
    • ucap terima kasih… dan terus pandu menuju ker Singapura……
  3. Sampai CIQ Singapura plak
    • pandu lalu jer mana-mana booth yang tulis MALAYSIAN/FOREIGN VEHICLE…
    • turunkan semua cermin kenderaan dan bagi salam (jika Islam)
    • bagi passport + white card yang sudah diisi… or takde white card mintak dan isi
    • make sure passport dikembalikan beserta keratan white card tu… jaga bebaik keratan white card tuh kalau taknak ada masalah masa keluar dari Singapura nanti…
    • terus memandu ke inspection booth.
  4. Sampai kat Inspection booth.
    • buka semua tingkap
    • buka bonet belakang dan driver kene turun dari kenderaan.
    • ikut arahan pegawai yang bertugas..
    • jangan lupa cakap terima kasih selepas diperiksa….
    • pssst… alah… diorang periksa takut ada orang seludup minyak masak, beras, gula, petrol,rokok……. etc….
    • terus memandu ke RED LANE untuk membeli AUTOPASS counter (untuk yang belom ada Autopass ler) Kalau dah ada Autopass, Step no 5 nih takyah buat….
  5. <UPDATE-2022> PROCESS UTK AUTOPASS SUDAH TUKAR… SILA RUJUK https://onemotoring.lta.gov.sg/content/onemotoring/home/driving/entering_and_exiting_singapore/cars-and-motorcycles-registered-in-malaysia.html
    • parking kenderaan elok-elok.
    • jumpa dengan attendant autopass tuh.. tanya dia “Kak/Abg, Saya Nak Beli Autopass”
    • then dia akan tengok road tax, lesen memandu dan apabila dia selesai periksa.. dia akan bagi kita satu slip..
    • bawa slip tu ke counter Autopass dan bayar SG$10
    • yabedabedu!!!… dah ada Autopass….  ingat… lepas nih pi cari 7-Eleven.. untuk top-up Autopass nih.. kalau tak nanti ada masalah plak nak keluar sebab tak cukop credit…..
  6. Dah dapat Autopass tu…. terus memandu ler ke destinasi yang nak dituju…
    • saya ikut GPS aja…. senang…..sebab tak tahu jalan….
    • SELESAI PROCESS MASUK…..

Soalan: Bang…lepas tu ada apa lagi saya nak kene buat bang??

  • pertama sekali cari 7-Eleven untuk top-up Autopass tu. sebab Autopass nih boleh digunakan untuk macam-macam seperti parking, bayar toll dan sebagainye… top-up ler dalam SG$30 senang….
  • pas tu ikut suka ler ko nak pi kemana lepeh tu…

Soalan: Ok.. saya dah tahu cara masuk.. Cara nak keluar dari Singapore plak bang camne..???

  1. Make sure Autopass ada credit
  2. boleh keluar ikut Woodlands or Tuas (link-2)
  3. Bayaran Toll
    • Woodlands = SG$1.20
    • Tuas = S$3.20
  4. Pandu lalu kat mana mana booth tulis MALAYSIAN/FOREIGN VEHICLE
    • jangan lupa bagi salam (untuk Islam)
    • bagi passport + keratan white card
    • turunkan semua cermin kenderaan
    • senyum kat pegawai kastam Singapura
    • slot-in AUTOPASS untuk bayar toll dan ERP….
    • terus pandu ke Malaysia
    • jangan lupa cakap bye-bye Singapore yer…
  5. Sampai di Tambak Johor (MALAYSIA)
    • pandu lalu kat mana mana booth
    • bagi salam…….
    • serahkan passport untuk pemeriksaan
    • gunakan TOUCH N GO untuk bayar toll
    • jangan lupa cakap terima kasih…….
  6. SELESAI…………

Oklah.. itulah serba sedikit.. kalau nak tahu lebih lanjut boleh tanya…..

=============

INFO TAMBAHAN DARI LTA.GOV.SG

Foreign motorists without an In-Vehicle Unit (IU) in their cars (ala.. Alat macam Smartag untuk bayor tol tu)

1. Can I drive a foreign-registered car without an IU on ERP-priced
roads?

A: Yes, you can drive on any ERP-priced roads during ERP operational hours without installing an IU in your car. You will be charged an ERP fee of S$10 for each day you drive on ERP-priced roads.

This fee is payable with your Autopass card when you depart from the checkpoint. Just remember to have your Autopass card topped up (at 7-Eleven stores, selected petrol stations, top-up booths near the checkpoints and local bank ATMs) with sufficient cash balance to pay for ERP fees, VEP fees and toll charges before you proceed to the checkpoint.

2. How do I pay the ERP fees incurred?

A: The ERP system would detect foreign-registered cars without IU driving past any ERP gantry during ERP operational hours. On your departure at Woodlands or Tuas Checkpoint, the appropriate ERP fees (at a daily rate of S$10) would be deducted from your Autopass card.