Macam biasalah..dah tengah bulan pasa ni baru nak cari baju raya. MAcam biasa simple. Beli sorang sepasang je. Pakai raya pertama. Aktiviti shopping raya bermula hari Ahad. Adeii penat tau pi shopping bebudak ni. Rayyan…sampai je terus cakap..mama lapar nak makan. Heee budak ni baru makan kat rumah tadi. Dia memang kuat makan. Tapi takpe I like. Suka melayan selera dia yang memang kalah orang tua. Tapi badan tetap kurus. Ashraff plak, baru masuk IKEA nak cari lambu bilik dia n Rayyan dah dapat lampu dia dah sibuk nak balik. Afriena rileks lagi sebab dia nak kasut so takde bunyi lagik. Dapat je kasut dia pun samalah..mama bila nak balik????
Ye kena ke IKEA sebab nak cari lampu tidur untuk budak laki berdua tuh. Cari lampu malap untuk dorang. Pastu cari matress protector untuk Rayyan sbb without that, tilam dia panas. Dah dapat semua tuh, baru pi beli food untuk Rayyan. Makan lah dia sambil orang dok tolak dia dalam stroller,
Dah habis IKEA, pi tempat fav KHerul plak…kedai hardware 45 min kiterang menunggu. Thanks IKEA sbb ada tempat budak lepak. Lepas ke Metrojaya plak cari baju Melayu. Baju Melayu kat situ not bad lah harga dia, kualiti kain pun bagus. Reason tak pergi Jalan TAR sebabnya bebudak i memang takkan pergi lah tempat panas..pastu bila tengok bersesak dengan harga yang sama je kat Metrojaya… baiklah pi tempat aircond. Fuhhh lama jugak nak menunggu lelaki-lelaki kacak try baju…. macam-macam peel. Sejam jugak lah dok tunggu dorang..pastu baru ke surau then baru sambung beli kasut Afriena n me….Habis je membeli terus balik rumah…Ba lik masak plak…
Shopping Raya bersambung masa cuti Nuzul Quran plak… Kiterang ke BAngi. Ingat nak ke Jalan TAR… wah suami I dah pot pet panas jem… hahaha .. Ke Bangi je lah. Sempat ke Jakel tgk baju Melayu n Kurung… peghhhh harga mengarut je esp baju kurung dgn labuci. seribu lebih sepasang… baiklah ke Bangunan sebelah. Bangi apa benda lah nama dia. Beli baju kat situ je. Baju Afriena yang penuh labuci..suka lah sangat dia, lepas cari baju I…simple je Cekak Musang Pahang. Kejap je pergi pukul 11 pukul 2 balik… So sekarang dah settle…
Tema warna tahun ni… Purple for kids and blue for parents. ok lah tu… dah settle baju raya maka boleh duduk diam kat rumah. Afriena dapat baju penuh manik suka lah dia. Glamer lah dia kan. Takpe lah dia dah besar kena pandai melawa…
So you all dah siap baju raya? Dalam membeli baju raya, janganlah kita membazir, Ingat orang-orang yang susah di sekililing kita. Kalau ada duit lebih, sedekah lah sikit.
ok ciao