Sapa pernah makan itik serati? Ok Ok Soalan pertama yang perlu di tanya, Sapa kenal itik serati?Kalau sapa tak kenal, meh sini saya cerita. Itik serati ni spesis itik jugak, tapi badan dia lebar. Pastu kalau dia jalan memang terkedek-kedek. Kalau kat Kelantan, mesti ada orang bela dia. Ye lah nanti dah cukup haul, boleh sembelih dan makan. Dulu masa kecik-kecik dulu kat kampung ramai orang bela itik serati. Lepas tu kan itik serati ni suka berak merata. Hish dah berapa kali saya kejar itik tu masa kecik dulu.
Walaupun dari kecik suka lah sangat kejar, suka buli serati tu, saya tak berapa ingat saya pernah makan serati ke tak? Rasa macam pernah makan tapi tak ingat dah rasa dia . Jadi bila dah tua macam ni bila dapat rasa makan memang rasa woww sedapnya. Jumaat lepas kan cuti tapi Ashraff dan Afriena sekolah, jadi lepas hantar dorang pergi sekolah, kami bertiga pergi sarapan. Sesutu yang jarang dapat buat ni. Nak kena tunggu Rayyan sekolah, baru boleh merasa dating berdua or perhaps a honeymoon trip. Kan bang? Kami singgah di Kelate Corner. Kelate Corner ni kat Merab, lokasi dah berubah . Dulu kat tempat buat U-turn, sekarang dah pindah sebelah Ramal Seafood, bertentangan dengan Sekolah Abu Bakar Baginda. Alaaaa mesti boleh cari punya lah. Kalau dari SILK, nak ke Bangi mesti lalu Sek Abu Bakar Baginda. Sebelah Sekolah tu Kedai Kak Mah Nasi Dagang Gate 1, situ pun sedap makan. Kalau terus plak, seberang jalan Kelate Corner. Nanti nampaklah kereta berderet..haa situlah tempat dia.
Jumaat lepas, mulut Saya ada ulser, tapikan mesti mau makan,Perut sudah lapar. Jadi Saya order Nasi Kerabu dengan Gulai Serati. Kheirul plak order Nasi belauk gulai serati.Nasi Kerabu sedap dengan budu yang banyak dan sambal yang pedas. Kena plak dengan Teh O.Rayyan tak makan dia tido dalam stroller. Jadi kita bungkuskan dia, Pulut Sekaya, Kuih Lopes dan Akok. Haa Dia makan 2 keping each kecuali akok, dia makan semua.
Apa rasa gulai serati?
Subhanallah…sedap sangat. Rasa macam makan lauk ayam yang berperisa kambing. Cukup dengan rasa lemak disertai dengan kekenyalan daging serati. Memang kalau orang ajak makan lagi, laju je saya mau pergi. Rasa macam nak ternak serati plak. hahahaha
Punya banyak minyak, tapi saya tapis minyak tu… hehehe nanti habis segala kalori yang dibakar ..hahaha.