Tag Archives: Salmon

Kari Kepala Ikan Salmon

Dah lama tak menaip resepi. Semalam keluar berdua ngan Rayyan sebab nak renewe lesen yang sebulan expired. Hahahaha sebulan expired baru teringat . Masa tak ingat bawak kereta merata, bila dah ingat mata dok melilau takut kena tahan polis. Bila dah keluar semalam kat AEON tu, Pejabat pos kat AEON je, so boleh lah singgah kat supermarket. Saja , terapi tu kalau masuk supermarket. Mula-mula ingat nak beli lala… tapi tengok lala macam tak happy je muka dorang sekali kat sebelah tu nampak kepala ikan salmon fresh lagi. Sekilo 29.99, amik dua keping dapatlah RM14. Catikk nih buat kari memandangkan semua suka makan kari kat rumah kan. Ashraff dan Afriena dah jadi macam mama dorang lah, kalau makan kari mesti kuah banjir.  I kalau makan kat kedai mamak, makan nasi daun pisang, mintak kuah banjir, mamak yang tuang kuah tu, geleng kepala sambil bulat mata tengok banjirnya kuah atas nasi. hahahha… Memang suka makan kari kan. Tu belum kuah asam pedas lagi.

Ok ok meh kita citer pasal kari kepala ikan salmon. First time ni masak kari kepala ikan salmon sebab selalu rasa macam pelik je bila pikir kepala ikan salmon masak kari kan. Tapi semalam bila dah masak, kena dengan pedas kari, rasa asam dia, mmmm subhanallah memang sedap. Rasa lemak ikan sangat sesuai dengan pedas kari.Rempah kari tu , I gua yang takde jenama pun, beli yang timbang kati kat pasar tani MAEPS. Rasa  rempah kari ni sedap. Lagi sedap dari yang jual kat kedai.

image

Ok lah ini resepi dia. Sama je dengan kari lain tapi biarlah kita share kat sini

  • 2 keping kepala ikan salmon
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu kecil rempah campur
  • 7 Bawang kecil -mayang halus
  • 3 Bawang putih   -mayang halus
  • seinci Halia -mayang halus
  • 2 sudu Cili kisar – tak letak sebab budak-budak tak tahan pedas
  • 5 -6 sudu  Serbuk kari ikan – tapi I main, tuang je
  • 2 senduk kecil santan pekat
  • 2 Asam keping
  • 2 tomato dan bendi ikut suka banyak mana
  • air 2 cawan
  • garam secukup rasa
  • Tumis daun kari  dan rempah campur (ala yang ada biji sawi, halba, jintan)  sampai naik bau
  • masukkan bawang yang dimayang dan halia , tumis lagi sampai layu
  • bila dah layu masukkan cili kisar yang dibancuh dengan serbuk kari dan air – tumis sampai pecah minyak
  • Bila dah pecah minyak, masukkan air dan santan,asam dan garam gula
  • bila dah mendidih, masukkan ikan
  • Masak lebih kurang 15 minit dgn api pelahan supaya kari masuk dalam ikan
  • Bila dah masak, masukkan sayur, nampak sayur bendi tukar kaler hijau menarik atau tomato dah nak lembik tutup api.
  • Biar je sayur masak dgn kepanasan yang ada
  • siap untuk dihidangkan

Note: tujuan masuk garam dan gula sebelum ikan adalah untuk mengelak kita dari selalu mengacau kuah, takut ikan hancur.

 

Baked Salmon again!!!

salmon

Jeng jeng jeng… nilah our dinner last nite. Baked Salmon with Lemon Sauce served with Potato Salad and Grilled vegie.

Ni bukan apa…. ini dikirakan post birthday dinner for Kheirul. Baru nak buat on Saturday. Hajat dihati nak makan kat Seafood terminal tapi penangan Salmon tidak boleh ditempis. Salmon ni dibeli kat Jusco Mid Valley. So kalau you all nak resepi boleh lah cari kat SINI.

This time I match Salmon dengan potato salad.Nanti I letak resepi. Potato Salad tu memang ler laku sbb budak-budak suka, lagipun senang nak buat and cepat.

Baked Salmon

INGREDIENTS

  • Salmon Steak – 2 pcs
  • salt, Dill and Pepper
  • 1/2 of lemon
  • Capsicum – Diced
  • Cherry Tomato – Quatered
  • Onion Diced – steamed
  • 1 tbps of Honey

METHOD

  • Preheat oven for 20 minutes at 200 celcius
  • Season salmon all over with salt, dill and pepper
  • Taste all the cut vegie with salt and pepper
  • Place salmon in baking dish with vegie and bake for 20 minutes
  • then pour some honey on the dish and bake for another 5 minutes
  • Once done, pour or sprinkle with lemon butter sauce
  • to prepare lemon sauce, heat a spoon of butter and add lemon juice untill boiled.
  • Serve with fried pasta.