Tag Archives: Ramadhan

6 Ramadhan dan 7 Ramadhan

Malas nak citer, tengok gambar je. 6 Ramadhan, masak tomyam, telur dadar and ulaman. Pastu for kids plak nasi goreng. We went to PARAM kat Wangsa Melawati sebab nak cari Puding Raja.Alhamdulillah ada, all the way from Pekan.

7 Ramadhan plak masak sup daging. Pelengkap dia ulam jugak n telur masin and daging masak merah sikit. Alhamdulillah habis semua. Sat lagi menyusul resepi ye

Juadah 5 Ramadhan


Takde apa nak  citer tengok gambar je la ek….ayam golek (orang mengidam beli) kuih kaler hijau (oklah, tu yang malas nak beli kuih tu) Murtabak sedap giler beli kat PARAM serdang jaya and nasi goreng ketam sempoi

KUih ok lah…tapi orang buat kuih ni tak pandai sangatla…I rasa kalau nak meniaga biarlah masak bebetul

Ayam bakar ni sedap. no wonder Kheirul dah baper hari cakap nak beli. Hari ni nak masak apa ek

Ikan Pari Bakar Portugis untuk 4 Ramadhan

Salam pagi Jumaat… hari ni tak nak iter banyak, just nak share apa yang saya masak semalam. Gambar di atas tu ialah Ikan Pari Bakar Purtugis.Pedas, manis dan masa,

I cuma masak ikan bakar, sup sayur dan buat bubur pulut hitam. Buat seperiuk besar and now tinggal semangkuk. Bebudak makan ulang-ulang. Banyak betul dorang makan. favourite dorang. Yang lain tuh, murtabak 3 keping, sedap murtabak dia semua cukup. I makan sampai sekeping tuh. Pastu ada pedal and telur bungkus yang dimasak khas oleh suami tercinta. Semua makanan habis. Alhamdulillah tak membazir.

Oh ya nak resepi ikan pari bakar portugis tak? ok sila lihat dibawah

Resepi Ikan Bakar Portugis

INGREDIENT

  • 2 keping ikan pari
  • 2 sudu besar cili giling
  • 2 biji buah keras – kisar
  • 8 ulas bawang merah, dikupas
  • 2 ulas bawang putih di bakar
  • 1 batang serai, dihiris halus-halus
  • 1/2 sudu teh belacan
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji limau kasturi – ambil jus nya
  • 1/2 sudu kicap pekat
  • garam dan gula

 

METHOD

  • Kisar bawang, cili, buah keras dan belacan
  • tumiskan bahan kisar bersama serai sampai pecah minyak
  • masukkan kicap, jus limau, daun limau dan kacau
  • Rasakan dengan garam dan gula
  • curahkan kuah ke atas ikan yang diletak atas daun kunyit
  • Bakar dalam oven selama 30 minit atau sampai ikan masak
  • Nanti nak makan boleh pecah limau kasturi lagi
  • boleh juga digunakan untuk bbq sayur bendi, terung,kacang botol atau petai