Tag Archives: Ramadhan

Lamb Chop for the 4th Ramadhan

The 3rd Ramadhan kita orang tak masak.. just bought nasi beriani gam dari Bangsar and murtabak.. Tapi agak mengechiwakan sebeb nasi beriani tu TAK SEDAP…. pasal dia campur beras basmati ngan beras biasa… pas tu plak  cara masakannya yang kurang taste.. so setengah star aja dari 5 star boleh bagi kat Nasi Beriani Gam Bangsar tu…Murtabak tu so so ok la…. rasenye gerai dah sama dgn tahun lepas punye. tapi taste dia ada skit kureng jika dibangdingkan dengan rasa tahun lepas… maybe nak jimat rempah kot…..

Oleh kerana the 3rd Ramadhan kurang menyelerakan.. kita orang balas dendam fot the 4th Ramadhan..

nih dia.. homemade BBQ lamb chop

Cara penyediaanye cukop senang sekali.. just hot pan fried aja selepas diperap dengan sos BBQ… mudah kan

dan just rebus brocoli tu jer…

dan last sekali buat mashed potato and gravy

Ramadhan Kedua Sungguh Menyelerakan

Just a short posting… hari kedua Ramadhan.. cukop sempoi sekali

Mee Hoon Sup daging… sememangnya sedap dah  berkhasiatt…. ditambah plak dengan begedil kentang.. wwuuuuhhhhh memang mendatangkan mudarat kepada sesapa yang menengoknye

Tengok ler sendiri.. Ashraff to kalau jumpa sup…memang tak ingat punye…  kuah sup saja pon jadi… janji sup….

Selain drp tu.. untuk sahur… just beli Roti Iran.. tengok la roti ni panjang mana… memang sedap roti ni.. lembut dan just perfect for everything

Hati-Hati Buffet Ramadhan yang tidak dapat sijil halal

Assalamualaikum semua,

UPDATE TERIKI: JOM SEMAK SENARAI TERKINI 2012 di SINI

Saya tergerak untuk tulis posting pasal Buffet Ramadhan kali ini dimana sana-sini kita nampak iklan yang menawarkan buffet Ramadhan disepanjang bulan puasa ini.

Yang menjadi persoalan sekarang ini adalah hidangan buffet Ramadhan itu sah mendapat Sijil Halal ataupon tidak?

Saya juga tidak terlepas daripada menerima beberapa jemputan dari vendor-vendor dan sahabat handai untuk berbuka dihotel-hotel ataupun tempat-tempat yang menyediakan buffet Ramadhan ini. Dalam minggu ini sahaja saya menerima tidak kurang dari 3 jemputan untuk berbuka dihotel di sekitar Kuala Lumpur tetapi agak mengecewakan saya terpaksa tolak kesemua jemputan tersebut atas sebab status halal hotel-hotel tersebut masih diragukan.

Saya dah buat skit homework dan saya dapati sangat senang untuk periksa status halal secara online dengan merujuk kepada lama http://www.halal.gov.my. Saya agak terkejut dan terkujat apabila saya dapati kesemua  hotel-hotel terkemuka bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur masih boleh diragui status halal mereka.

Continue reading