Tag Archives: Pengat

Resepi: Pengat Pisang Bersagu

Dah lama rasanya tak makan pengat pisang. Hari tuh Kheirul pergi pasar dia beli pisang Abu untuk buat pengat pisang. Ni kirakan favorite Ashraff and off course me. Dia makan bertambah. Dahlah bertambah setiap kali me or Kheirul makan, dia pun join. Afriena tak berapa sangat. Kalau kek ke, roti ke dia jalanlah.

I rasa I tak pernah share lagi resepi pengat pisang ni kot. Kalai ni I letak sagu supaya kuah dia rasa pekat and berisi sikit.

INGREDENT

  • Sesikat pisang abu dalam 10 biji, buang kulit belah dua
  • santan sekotak
  • gula melaka / manisan 2 ketul/kerek
  • 1/2 mangkuk sagu
  • secubit garam
  • daun pandan simpul

METHOD

  • Masukkan santan dengan secawan air, daun pandan dan gula melaka
  • Masak dengan api kecil sehingga gula melaka larut
  • Kacau santan jangan sampai santan mendidih
  • selepas itu masukkan pisang, sagu dan garam
  • Masak sehingga sagu nampak jernih
  • Sedia untuk dihidangkan

Siakap + Murtabak + Pengat

Ramadhan yang ke-7 memang cukop sempoi sekali… Kami berbuka dengan pengat pisang, murtabak dan hidangan istimewa hari ini adalah Ikan Siakap Kukus Serai…… nak resipi… kene tunggu Yatie post nanti ye…

Siakap Kukus

Murtabak Daging Pak Din beli kat Pasar Ramadhan Kampung Pandan

Pengat Pisang buat sendiri… Ashraff belasah sampai dua penggan

sebenornye… gambor tu yang nampak menyelerakan dibulan poser nih…. bukan gambar aja yang menyelerakan… rasernya pon memang sedap.. tarak jual kat kedai punyaa oooo… cuma murtabak tu aja yang ada jual….