Ini Adalah Posting Berbayar
Bila bercerita tentang dessert, mesti terbayang dessert yang manis, yang banyak calori yang memang bila makan, lepas tu rasa menyesal. Betul tak? Semalam saya ada beli yogurt. Kat rumah ni yogurt memang benda yang sentiasa ada dalam peti sejuk, Sebab yogurt, memang digunakan untuk masak kari, buat ayam tandoori, buat smoothies, buat salad buah.
Memandang anak-anak saya suka sangat makan yogurt jadi saya cuba buat dessert yang sihat. Bukan seperti selalu, kalau dessert je mesti manis dan berlemak. Saya buat Grilled Strawberry Granola Trifle.Cara nak menyediakan dessert ni sangat senang. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak.Dan yang paling penting, cepat disediakan. Cuma mengambil masa lebih kurang 20 minit je.
Kita tengok apa bahan-bahan dia
Bahan-bahan yang diperlukan
Dari kiri: oat, bijiran sarapan pagi,oren, stroberi dan walnut.
Bahan-bahan
Masa penyediaan : 20 minit
Hidangan untuk 2 orang
- NESTLÉ Natural Set Yogurt
- 6 biji stroberi
- ½ buah oren – ambil jus dan parut kulitnya
- 1 sudu bijiran oat
- 3 sudu bijiran sarapan pagi yang berkacang (saya guna banana clusted nut breakfast cereal)
- 1 genggam walnut – tunmbuk kasar
- 3 sudu sirap penkek
- 2 sudu gula perang
Cara-cara
- Panaskan oven dengan suhu 180 darjah
- Campurkan parutan oren, jus,bijirin oat, campuran bijirin, walnut , sirap penkek dan 1 sudu gula
- Gaul rata dan bakar di rak atas sekali selama 15 minit untuk menjadikan granola
- Sementara itu panaskan kuali gril
- Salutkan stroberi dengan gula dan panggang diatas kuali sehingga berkaramel
- Selepas 15 minit, keluarkan granola, sejukkan seketika.
- Apabila sejuk, granola akan mengeras dan rangup
- Hidangkan trifle, dengan cara melapis granola- yogurt-stroberi-yogurt-granola-stroberi
- Taburkan sedikit gula perang diatas stroberi
Stroberi yang sedang dipanggang
Tadaa dah siap. Senangkan. Boleh terus dimakan.Bayangkan keenakannya. Bayangkan rasa rangup granola bersama rasa lemak berkrim NESTLÉ Natural Set Yogurt yang sejuk bersama rasa manis strawberi yang di panggang.
Sedap, cepat, senang ,ringkas dan sihat