Tag Archives: Mutton

Mutton Chillis

INGREDIENTS

  • 300 gm daging kambing kisar
  • 1 sudu kecil jintan manis – kisar
  • 1 sudu besar biji ketumbar – kisar
  • 1 sudu pes cili – kisar
  • 1 labu bawang besar- kisar
  • 1 inci halia – kisar
  • 1 sudu kicap
  • 1 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tomato
  • 2 biji kentang – potong dadu
  • 2 biji tomato -potong dadu
  • sedikit minyak

METHOD

  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bahan kisar sehingga garing
  • bila dah naik bau, masukkan daging kambing
  • kacau sata sampai tukar colour
  • then masukkan kicap, sos cili and tomato, kentang dan tomato
  • masak sehingga kentang empuk
  • bila masak, bolehlah di jamu dengan roti perancis, nasi atau roti arab

Note: Anda juga boleh tambah kacang pis , baked bean atau kidney bean dalam masakan ini. Resepi ini di cipta sendiri… so kalau tak sedap jangan marah…

Last night dinner and today’s lunch

Malam semalam raser cam malas nak makan nasi.. so Yatie masak satu masakan baru yang belom pernah dimasak oleh mana-mana orang dalam dunia… Dia siap cakap tu.. kalau tak sedap jangan complaint… hehehe… I tanya kat dia.. apa nama masakan tu.. dia cakap… Sawa Mutton Chillis.. resepi hentam ajalah….

Tapikan… memang sedap beb… daging kambing yang diimport dari Australia yang dikisar hancur tu bila siap dimasak memang cukop untuk membuka selera sesiapa saja… bukan tu aja.. baunye pon sudah membuat jiran sebelah menyebelah dok jenguk-jenguk sebab sedap sangat…. sudah memadai dengan makan ngan roti keping aja… semang sedap….

Tengahari tadi plak.. I takde ler teringin nak makan apa-apa.. cuma dalam kepala tu ada terfikir nak makan nasi ayam… tup-tup aja.. Yatie cakap.. tgh kang kita makan nasi ayam ok… I pon set aja laa…

Ni la nasi ayam resepi turun-temurun Sawanila.com.. sapa yang tak pernah try lagi tu boleh request kat Yatie yer….. raser nasi ayam ni belom pernah ada orang celen lagi setakat ni.. Ayam yang digoreng pon ada.. yang dikukus pon ada…. hehehe..

korang mesti cakap apalah.. bikin meleleh air liur aja…..kehkhekehkhekhe