Tag Archives: Melaka

Makan Asam Pedas Melaka

Masa pi Melaka hari tu… kiterang makan asam pedas kat Dataran Pahlawan. Ala area Downtown Melaka, Newton Foodcourt. Kalau dari Mahkota Parade to, haaa kat belakng tu je. Dah rasa macam orang Melaka dah, kalau mencari tempat makan kan? Sebenarnya, tak tau nak makan apa, since duduk town area, driving is no no, so jalan kaki cari makan lah . Sekali nampak Newton Foodcourt. Masuk jalan dalam tu… boleh kata banyak gerai jual asam pedas. Kiterang tgk mana yang menarik hati je lah, Last last makan kat gerai asam pedas JR… ye kot tu nama dia. Tak ingat.

Bebudak makan masakan panas gerai hujung, kiterang je makan asam pedas. Lapar ni, lunch cuma makan kuih nyonya yang beli kat Baba Charlie. hahaha tu je.  So I ambil asam pedas ikan pari, Kheirul plak, ikan parang. Lapar sangat, malaslah nak amik ikan parang…menguji kesabaran je. Rasa sikit je,

IMG_0488

Ni lah rupa set asam pedas. Ada telur masin dan ulam. Kheirul amik kupang. Kupang tu sedap tapi sebab over cook, jadi tak sedap lah… BIla overcook, kupang jadi kecut dan keras. Kalau asam pedas tu, kalau tanya Kheirul, dia kata bini dia masak lagi sedap… hahahhaha

Forme not bad lah… takdelah wow factor tu biasa je, sebab normally my asam pedas mesti ada daun kesum, sebab rasa daun kesum tu sedap, pastu ada bendi… Tapi asam pedas ni ok dah… cuma terlebih masin..mungkin sbb banyak belacan. Asam pedas ni, overpowered by belacan. Kena kurang kan belacan sikit…

Habis lah kena lahabau sat lagi, komen asam pedas orang Melaka…Maafkan saya.. mungkin citarasa saya lain … citarasa orang lain plak lain… Tapi hari tu makan asam pedas kat gerai tepi jalan masa konvoi tu, sedap plak.. apa nama tempat tu pun dah tak ingat heheheheIMG_0491

Tengok muka Ashraff dah macam kucing tengok ikan… My kids memang ..kalau asam pedas , sekarang main hirup je kuah.. Dah pandai makan asam pedas.  Memang licin lah kuali tu, Ashraff hirup kuah asam pedas…Kira sedap lah untuk dia… :)

Harga dia pun boleh lah tahan, kalau town area… boleh lah… bergelas kiterang order air, pedas giler …

Kuih -kuih Nyonya @ Baba Charlie, Melaka

Memang set dah dalam kepala hahaha actually memang ada dalam plan pun, kali ni pi Melaka nak makan kuih Nyonya. Since  selalu pergi tapi tak pernah nak beli kuih-muih. Oleh kerana bebudak ni suka sangat kuih-kuih talam and pulut, memang peluang lah ni. Dah beberapa kali tengok TV citer pasal kuih Nyonya kat Melaka yang kat Baba Charlie. So nak kena cuba ni. Pernah keluar dalam AFC and TV8. Mesti cuba ni. Yang unik dan yang menarik perhatian sebenarnya kuih dia banyak yang letak warna dari bunga telang. Masa tengok TV tu dia ada tunjuk kuih yang special iaitu kuih pulut yang warna biru lepas tu makan dengan kaya.

So apa lagi, set GPS kite pi ke Tengkera Melaka. Senang je cari… cuma kena masuk dalam jalan sempit sebab dia kawasan perumahan. Takpe ada side board. Dia dekat ngan Masjid TEngkera. Masjid Lama. Masa bayar kat kaunter, cashier dia siap cakap… kat sini ada Masjid, Masjid lama… Mungkin dia nak remind  or memberi direction pasal kejap lagi The Boys nak pergi Solat Jumaat.  tq…

 

IMG_0497

Sampai je dalam kedai tu… apa lagi…dah lah breakfast pau sebijik sorang harus lapar… semua kuih nak. macam-macam kuih dan warna. Macam biasa setiap orang ada fav dorang. Kalau Rayyan suka kuih lapis, Afriena suka kuih yang berpulut, Ashraff semua makan kecuali kuih koci dan Ang Ku… dia takleh telan…dia rasa lekat kat anak tekak..

tengok lah kuih-muih dia…

IMG_0496

kuih koci tu..Kheirul suka… Yang kaler biru tu kuih sagu…. I suka cara hidangan kuih sagu tu. boleh try buat sendiri nanti….sedap sangat…bebudak pun suka. Satu kuih ni pakat suap sikit sorang. Seri Muka dia sedap… huhuhuhu

IMG_0495

Ni Kheirul yang suka…. I makan satu je. Lain dia makan…

IMG_0493

Yang ni..pulut inti MUST BUY n’ TRY. perfect…IMG_0489

Berpinar mata tengok kuih…kalau boleh semua kuih nak amik. Tapi kena sabar…IMG_0498

Kuih ni yang dorang fokuskan masa dalam AFC kot… pulut ni dimasak lepas tu dia tekankan  kasi padat. Lepas tu makan dengan kaya. Sedap dan sangat special.

Kuih-kuih yang kiterang beli ni.. banyak Makan- makan ada lagi. Sampai esok pagi simpan. Boleh buat makan pagi dah sebab tak balik pun kuih dia. Janji kuih tu dalam balutan plastik dan uoll tak pegang ngan tangan atau gigit dia.

Boleh lah next time pi Melaka untuk singgah lagi…

 

Naik Beca Pusing Bandar Melaka

Last Sunday, we all satu family pergi Melaka. Kira cam small gatheringlah. Actually Kheirul’s gathering. Kiterang follow jer. Lepak sampai petang pusing-pusing tgk peninggalan sejarah kat Melaka.

But my kids tak kisah semua tuh. bukannye dorang appreciate dengan architecture and history. yang dorang excited sangat is beca.

Bising mulut, I want to ride beca. Nah finally, I bawak dorang naik beca while Kheirul busy with work.

melakatrip013

Ha ni bukti gambar kiterang naik beca.. pakcik beca bawak beca laju giler….Ashraff cam marah sbb dia dah tak sabar naik beca tapi pakcik tu amik gambar dulu

melakatrip014

Pastu atas beca bukan main tersengih lagi dia… pakcik tu bawak pusing dalam 15 minut jer… harga dia dalam RM 15. Ok lah dia akan stop untuk bergambar semua. Setiap tempat dia lalu dia akan explain apa nama tempat, apa jadi kat sini. tapi budak-budak ni mana kisah semua tuh…Lepas abis naik beca dia pun citer kat sekolah cikgu ada ajar macam mana nak spell beca.. pot pet pot pet la dorang pas tu…

Petang dalam kul 4 nak balik… dalam keter boleh lagi request naik beca… next time jelah anak-anak, mama tak larat panas sgt kat sana