Tag Archives: Maggi Kari Ketam

Maggi Kari Ketam – D’Syaz PCB

k0

Ini adalah maggi termahal yang pernah kami makan. Hahahaha… Sebab ada ketam dalam tu. Ini semua member Kheirul punya pasal lah ni, ajak kita orang makan maggi, adoiii punya lah sedap maggi ni. Sebelum ni orang dok berserita, maggi ketam kat PCB , cubalah sedap, bla bla bla. Selalu kalau balik Kelantan jarang dapat peluang makan kat luar sebab kami lebih suka mengada-ngada ngan ibu masing-masing nak makan itu ini. Mak masak lagi sedap tau. hahahaha

k1

Tengok ni, amacam mengagumkan? menarik? menyelerakan? Satu bekas ada 4 ekor cukuplah untuk share 5 adult, 4 kids. Rayyan tak makan dia dah sampai London. Actually dia ada yang semangkuk dengan sekor ketam, tapi sebab makan ramai-ramai, baik order yang ni. Kalau yang semangkuk tu rasanya dalam RM25 kot. Tapi rasanya harga ikut berat ketamlah…

k2

Tengoklah besar mana? Afriena memula kata tak nak makan…dia memang maggi kurang sikit..nak nak perasa kari. Tapi dia makan banyak malam tu. Hahahaha tak pernah-pernah akan maggi kat kedai, merasa jugak kat sini.

K3

Rasa dia? let me think…. S.E.D.A.P. Ketam yang segar dengan rasa manis bercampur dengan rasa maggi kari yang sedap. Memang perfect rasa dia.Ketam dia besar-besar, gemuk, isi padat. Bila kopek isi ketam lepas tu letak dalam sudu , campur dengan maggi dan kuah kari dia pedas sikit…pehhhh gua tak perduli sapa kat belakang. Jangan kacau. ngeh ngeh ngeh. Sapa yang pi Kelantan memang kena cuba ni.

k4

Kalau ke PCB, sebelum masuk ke tepi Pantai akan jumpa ini kedai. dia dok tepi jalan je. Tengok apa hasilnya setelah di makan oleh beberapa orang??? manyak syiookkk ohhh.

Maggi Kari Ketam @ Bucida Court

Alkisah cerita selepas melawat kawasan 1U, Kami pergi makan kat  Bucida Court. Inilah Kheirul yang cakap, Dia bilang, kawan dia bilang, makan situ sedap. Makan Maggi Kari Ketam. Maka kami peminta ketam pergilah makan kat situ. Dekat je dari 1U. Nama gerai yang jual Segala jenis masakan ketam ni ialah Miss Pah Hot Pot’s. Kami sampai masa tu dah pukul 6. Ada lebih kurang 10 gerai kat situ. Tapi Miss Pah je yang nampak mula ambil order. Yang lain, bila nak order semua tak de dalam menu lagi, belum masak lagi, belum bukak lagi. Aiyo…too bad lah peniaga, It’s weekend, bukalah awal sikit, Nanti senang nak order. Budak-budak ni kan suka makan western, tapi semua yang dorang nak takde, terpaksa order mee hot plate kat Miss Pah. Nasib baik dorang makan. Next time kalau nak datang sini, we will come a bit later after Maghrib.

IMG_0764

Ini lah rupa menu yang saya order. Saya request ketam bunga, sebab kalau ketam nipah masak dalam kari, saya tak berapa nak “in”, Ketam nipah.. saya cuma suka kalau buat chili crab, black pepper, or any dry dish. Tapi nxt time kalau datang, mesti mau order 2 ekor ketam. Talak cukup la seekor. Rasa dia???? Kuah kari dia pekat lemak berkrim…Kena plak dengan jus dari ketam kan. Jus ketam bunga rasa dia lagi tajam penuh perasa memang sesuai untuk kuah kari. Memang makan pun senyap je sedap. Ketam plak di masak dengan sempurna. Tak overcook tak pulak undercook. Memang sedaplah…

IMG_0765

Yang ni ketam nipah. Buat masak sweet sour. Ni Kheirul punya. Dia makan dengan nasi. Saya kalau ketam macam ni suka makan kat rumah. Kalau makan kat kedai, mesti orang tengok tak nak buat besan. Bersememeh nanti. Rasa dia, Ketam tu je pun sedap. Rasa yang fresh, mana tak fresh…pilih masa dok merangkak dalam kotak lagi. Kena dengan sos masam manis… hehehe dapat lah jugak merasa kaki dia satu tu sebab Kheirul kedekut taknak share.

IMG_0769

Tengok licin mangkuk saya. Punya sedap. Miss Pah mesti happy tengok pelanggan makan licin. Sampai kulit ketam pun takde.

IMG_0772

Haaa nilah kedai Miss Pah Hot Pot’s. Sapa yang datang sini, jangan risau ada surau kat depan parking tu, ada toilet yang bersih kat belakang. Masa pergi toilet tu bersih dan mendapat kelulusan dari Rayyan, Ashraff dan Afriena. Sebab kalau toilet kotor berlendir , hampeh dorang tak nak masuk.

Macam mana nak pergi sana?

Ini ada peta lokasi Bucida Court

peta

 

Alamat Bucida Court

Lot 2816 Jalan Damansara, Sungai Penchala, KL

GPS Coordinate

3.159550, 101.615959

Sekian….