Tag Archives: Korea

Masjid Itaewon

20 Dec 2004

Dah menjadi kebiasaan kami, kalau travel mana-mana mesti nak pergi masjid. Jumpa komuniti islam kat sana. Solat Jumaat kat sana.

Part 7 dah… Hari Jumaat, kami ke Masjid Itaewon. dalam pukul 11 macam tu naik bus. i. Sebenarnya, naik bas kat Seoul ni senang sangat. nak nak kami yang tak pernah naik bas.. Sampai je Depan tangga yang tinggi tu..hahaha merangkaklah naik..pastu jalan lagi dan lagi. Tapi kami fun je lah

10 mint gak lah sampai masjid. Kiterang dah ambik wuduk kat homestay siap-siap, so dalam bas jaga je lah wuduk. sampai sana, ada yang sambut depan masjid, . Ramai jugak jemaah.

betapa happy nye bila nampak masjid

So kami solat jumaat hari tu, Khutbah dalam bahasa KOrea dan English.

dah selesai

Habis soalt, ada agihan roti untuk semua orang. Sedap jugak roti tu makan dengan kopi panas kat luar masjid sambil berbual dengan jemaah lain. Habis tu kami turun bawah cari tempat makan.

buat kengana
sapa nak kopi-kopi boleh lah.. but I no longer coffee lover…I more to tea

Next kita pi cari tempat makan.

Cuti-cuti ke Seoul : Tempat penginapan di Hongdae

Part 2, Dah baca part 1?

So kami naim All Stop Train sebab our stop is Hongik Univ. Station. Senang tak payah turun-turun dah. Luggage banyal. Jangan risau , nak naik train senang je. Kami yang bukan selalu naik public transport pun faham, Cuma budak kecik dua orang tu lah tanya, kenapa tak naik kereta. Dorang tak pernah merasa naik train kot.

tengok dia punya stop tu. tak lama pun dalam sejam kot. layan je lah view kat tingkap atau tidur. tapi jaga barang tau

kami sampai awal, check in sepatutnya pukul 1300, tapi tuan rumah sangat baik hati. Dia bagi kami check in awal,

keluar train… nampak Roti Boy… Malaysia mari… bau sedap je..

1130 dah bagi masuk. tempat penginapan kami ni, kami booking direct dengan owner yang direkomenkan oleh my kakak ipar.

tempat penginapan. Dekat je dengan bustop, train, kedai, Daiso, groceries.. semua lah

Kami booking untuk 7 orang selam 6 malam. Total hangus, KRW1020000. convertlah sendiri mengikut tukaran semasa, Satu unit, takde bilik ada katil cukup untuk 7 orang, lengkap dengan washing machine and dryer, dapur lengkap semua, toilet, meja makan dan TV.Sampai tu,

Tempat tidur selama 6 malam

dah siap check in, kami makan dulu. makan maggi cup dulu, lepas tidur. hehehehe, tidur lah sejam dua, lepas tu keluar cari makan untuk dinner.

Kedai pun dekat. boleh lah nak beli telur, sayur and buah. Yang lain tak halal.. Banana Uyu segala jenis uyu pun mutah KRW dari tempat lain

Nect post pasal dinner plak..tempat makan yang best