Tag Archives: Keselamatan

Tips Keselamatan Handbag

Salam semua,

Setiap hari saya memandu tidak kira motorsikal ataupun kereta saya selalu terpandang betapa kurangnya kesedaran keselamatan terutama dikalangan orang wanita. Hari ini saya ingin menyentuh pasal handbag.

Secara ringkasnya saya ingin berkongsi tips-tips keselamatan bagi handbag dan antaranya adalah:

Jangan letakkan handbag diatas kerusi penumpang (sebelah kiri) ketika memandu.

Ia memang mengundang padah dimana meletakkan handbag diatas kerusi penumpang itu diibaratkan sebagai “meletakkan gula untuk semut makan”.

Jika terperangkap dalam kesesakkan lalulintas, or traffic light penyangak/pencopet/perompak dan sewaktu dengannye yang biasanya yang menggunakan motor akan berhenti di sebelah kenderaan dan memecahkan cermin kereta dan seterusnya… ehem ehem… dengan senang hati dia akan kaut handbag tu lalu cabut….

Situasi macam ini adalah amat sukar dimana.. kereta tak bleh bergerak.. pasal jem.. kedudukan pemandu (sebelah kanan) memang takkan dapat capai punye… panik… terkezutt,… takut… terkedu… dan tak tahu nak buat apa….

So sebelum situasi ini berlaku, baiklah kita elakkan dengan meletakkan beg diatas lantai kereta dan terlindung daripada pandangan orang luar. Tak kira lah sebelah penumpang ker or sebelah driver… janji atas lantai.. kalu sebelah driver tu… make sure handbag tu tidak mengganggu pemanduan seperti handbag yang terlalu besor ker.. satu lagi.. make sure handbag tu takde Ayat/Surah/Al-Quran sebab tak elok dan berdosa meletakkannye dibawah / dilangkah. Seeloknya keluarkannye dulu dan letakkanlah Al-Quran itu ditempat kat lain.

Jangan pegang/sendang handbag menghala ke jalan raya ketika berjalan.

Kejadian kes ragut yang paling kerap berlaku ketika berjalan ditepi jalan dimana mangsa akan diragut apabila handbag itu senang untuk dicapai oleh peragut.

Apabila berjalan ditepi jalan pastikan berjalan berlawanan arus dimana kita nampak kenderaan yang datang dari arah depan dan bukannya berjalan mengikut arus. Contohnya disini, sekiranya kita berjalan disebelah kiri jalan, kenderaan datang dari arah depan disebelah kanan kita dan handbag mestilah berada disebelah bahu kiri kita supaya dapat kurangkan risiko diragut.

Jangan ikat handbag pada bakul motorsikal.

Sudah ada beberapa kes dimana mangsa mendapat kecederaan serius atau menginggal dunia semasa diragut apabila handbag diikat pada bakul motorsikal. Kes ini kerap berlaku dimana mangsa tidak dapat kawal motorsikal dan tergolek semasa diragut.

Untuk mengelakkan situasi ini daripada berlaku, pakailah jaket ker, dan simpan handbag tu didalam jaket. takper… nampak kembung kat bawah ketiak tu takpe… janji selamat. Selain daripada itu, penggunaan kotak barang paling berkesan dan paling selamat seperti kotak Givi. Simpan aja handbag tu dalam kotak, abis citer.

Jangan pakai handbag terlalu besar dan menarik perhatian.

Biasanya kaum wanita ni suka pakai benda-benda yang menarik perhatian umum seperti handbag yang besar-besar, berwarna-warni, berpemata berkilau-kilau, berjenama (walaupon beli kat PS Butique) seperti elvi lah, guci lah, farahgomo lah dan sebagainya. Kadang-kadang tu handbag tu punyelah besar, dah la tu.. segala harta karun disimpan kat dalam handbag tu bukan tu aja.. dalam handbag tu pon ada beg lain plak tu.. tak caya.. pouch kecik kira beg lagi la tu…

Kebiasaannya, benda wajib ada dalam handbag adalah IC, duit, credit card, bank card, macam-macam card, alat solek, tisu, kunci rumah dan segala jenis kunci, handphone, dan sebagainya.. bukan tu aja… makanan macam roti, biskut, air kotak pon ada disimpan gaks… tak lupa.. kekadang tu nappie baby pon ada.. ehhehehe… kalau handbag tu kene ragut… sure very long list item masa nak buat police report nanti…

Ok… dinasihati pakailah handbag yang biasa aja… tidak terlalu besar, dan make sure tali handbag itu tidak terlalu panjang kerana tali handbag juga memain peranan risiko untuk diragut. Selain drp itu, kalau boleh pakailah handbag yang ada ciri-ciri “anti-theft handbag”… Banyak ada jual kat pasaran cuma Sawanila.com jer tak jual lagi… Antara jenama anti-theft handbag yang popular adalah Pacsafe. boleh google it out pasal anti-theft handbag ni..

Itu dia serba sedikit tips-tips untuk dikongsi bersama. Kira hanya merancang dan Allah yang menentukannya.

Sekian.

Olahan:
Kheirul
5th Degree Black Belt MGTF