Ini dikira kali kedua untuk kami sekeluarga berkhemah. Kalau untuk Rayyan yang comel itu, kali pertamalah untuk dia. Dulu masa Ashraff dan Afriena kecil lagi, seumur 1- 2 tahun kami pernah berkhemah di tepi pantai balok. seronok tau… Sebenar nya, rancangan untuk berkhemah dibuat pada saat-saat terakhir. Lusa nak pergi berkhemah, malam nak tidur tu baru cakap. Esok petang baru pergi cari barang. Cari barang pun tak banyak, cuma beli sedikit, makanan dan BBQ pit. Senang bawak yang sendiri punya. Barang lain semua dah ada. Khemah plak, khemah yang 10 tahun lepas beli masa untuk berkhemah tepi pantai.
sungai kuali…
Jadi, hari Jumaat lepas solay Jumaat, makan yang ringan je, terus kami ke Janda Baik. Hari hujan, harap bila sampai sana tak hujan lah. Alhamdulillah sampai sana hari tak hujan. seronok anak-anak… turun atas tanah terus berlari. Sambil-sambil tolong pasang khemah. Dah siap pasang khemah, Rayyan dah merengek lapar. Biasalah kat tepi sungai sejuk, perut mesti lapar je kan. MUjur ada mee goreng lebihan dari rumah. Haaa makan yang ni dulu ye. Sambil dia makan, sambil dia lari. Nampak kucing, nampak angsa seronok, nampak ayam pekik.
Dah selesai pasang khemah, kami hidupkan api BBQ. Mula nak masak..sambil tu bersedia untuk mandi sungai. Nanti bila mandi sungai, mesti sejuk terus nak makan…haa boleh terus makan.
Untuk perkhemahan kali ni, kami dah buat menu siap-siap, supaya tak bawak barang yang tidak diperlukan. Nanti saya buat buat senarai menu ye. Ni makan lepas mandi kira makan malam lah. Lepas makan malam sambung mandi, lepas tu tukar baju bersedia untuk solat maghrib. Lepas solat maghrib , duduk tepi BBQ, sebab masing-masing sejuk dan sambil tunggu kopi siap sebab nak makan biskut cicah kopi, Biskut cicah kopi bukan makanan yang selalu kami jumpa kat rumah tapi bila berkhemah, makanan ni jadi sedap. Sambil makan, lepas tu seronok-seronok buat asap keluar mulut.
Habis je makan, kami semua beramai-ramai pergi toilet hahahaha..maklumlah hari tu cuma kami je kat tapak khemah tu. beratur pergi toilet, amik wuduk solat,
lepas tu Rayyan ajak masuk tidur. Penat sangat lah tu dia. Seronok anak-anak dapat tidur dalam khemah ramai-ramai. Saya susun atur siap-siap tempat tido, Ashraff-Rayyan-Afriena-Mama-Papa… tapi pagi tu, tengok Rayyan dah tukar tempat ngan Afriena. Mama dia jugak dia cari tau. Malam tu tidur punyalah sejuk, PUkul 12.30 dah bangun sbb nak pergi toilet. Ashraff boleh pergi toilet sorang je, dalam 10 meter jalan kaki… kalau suruh mama dia, huhuhu memang terkucil tengah jalan. Dia biasa je.
Pukul 6 masing-masing dah bangun. Bangun untuk solat, dan masak. Masak semasa berkhemah adalah sesuatu yang menyeronokkan. Buat kopi panas, masak sausage, baked bean, scramble egg dan bake potatoes. Lepas makan tu semua sambung masak Chicken, lamb and sausage dan jugak maggi. Sebab bila dah pergi celup badan dalam air, memang sejuk lepas tu lapar. Kami kat sana sampai pukul 12. Lepas tu kemas barang dan balik. Sepanjang berkhemah dapat merasa makan madu segar sebab ada orang datang jual. Madu tualang. Dapat semangkuk honeycomb. Sedap.
Info tempat berkhemah
Tempat: Sungai Kuali campsite
Harga tapak: RM20
Kemudahan : Ada tandas bersih, sungai yang bersih, kawasan yang terjaga elok, ada tempat memancing, ada gazebo dan chalet. Tuan punya tempat plak sangat peramah
No telefon : 0139620089
Pelan Menu Berkhemah
Makan Malam
BBQ – Chicken Wing, Lamb Chop and sausages
Maggi kari
Minum malam
Kopi O’ dan Biskut Jacob
Sarapan
sausages, baked beans, baked potato ,scramble egg dan kopi O. Ada jugak yang layan biskut ngan kopi.
Makan tengah hari
BBQ – Chicken Wing, Lamb Chop and sausages
Maggi Ayam
Kami jugak bawak sebungkus roti dan nutella. Bawak sedikit sayur untuk campur dalam maggi, 10 biji telur untuk masak maggi dan sarapan. Untuk pengetahuan semua, maggi ni macam makan mewah untuk anak-anak sebab bukan selalu dapat makan. hehehehe. Untuk air minum plak, kami bawak 12 botol air 1.5L. Air nilah kami guna untuk buat kopi, minum dan masak. Untuk BBQ, sebab kami buat dua bekas, satu untuk malam satu untuk sarapan. Untuk sarapan makanan yang diperap kami simpan dalam kotak putih ais tu. Tahan . Pagi esok tu bukak masih beku sikit-sikit. Jadi makan tak rosak. Air minum kami waktu pagi macam air dalam peti sejuk…punyalah sejuk pagi tu.
Perasaan berkhemah? Bagi yang suka adventure memang sesuai. Kalau yang bawak-bawak anak-anak, pastikan mereka selesa. Cukup bantal selimut dan makan minum. Dan lepaskan mereka untuk berlari. Sekarang kami sedang mencari campsite baru pulak untuk rancangan akan datang.
Barang yang kami bawa
2 biji periuk , satu utk masak kopi, satu lagi untuk masak Maggi
aluminium foil- sgt berguna – boleh guna untuk masak telur, tutup periuk, masak ubi kentang
Makanan yang perlu saja- rancang menu dulu
cawan dan pinggan- bawa yang bileh guna semua bukan jenis polisterine sbb tak mesra alam. Saya memang tak suka polisterine
khemah, sleeping bag, bantal dan selimut
baju cukup utk 2h1m
jumlah perbelanjaan cuma RM100 termasuk tol
duit petrol… tak masuk takut minyak asyik naik