Tag Archives: Ikan Bakar

Ikan Cencaru Sumbat

Hari ni kita resepi pulak ye ibu-ibu, bapak-bapak sekalian. Mudah , senang dann sedap. Resepi ni, I dapat from MIL. Hihi, hari tu balik kampung dia masak, I pun ngendeng-ngendeng tanya macam mana nak masak. So dia cakaplah macam mana…Since we all ni suka sangat makan ikan kan, macam-macam caralah kena belajar untuk menikmati ikan.

Resepi dia adalah seperti berikut

INGREDIENT

  • 3 ekor Ikan cencaru , bersihkan belah belakang tapi jgn tembus
  • semangkuk kelapa, goreng tanpa minyak tapi jangan gelap
  • 2 batang serai – hiris
  • 1 inci halia -tumbuk
  • 2 ulas bawang putih -tumbuk
  • 4 biji bawang merah – hiris halus
  • 1 sudu cili giling
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1 biji telur

METHOD

  • campurkan semua bahan kecuali ikan
  • bahan campuran tuh sumbatkan dalam ikan
  • Bakar ikan sehingga masuk, jangan overcook nanti tak moist

Selamat mencuba. I made 2 version swith/without chili takut bebudak nak makan. tapi dorang tak makan pun, dorang makan sup sayur jer. Rasa dia sedap sebab ada rasa serai. Kalau tak nak letak telur pun takpe, tapi kenalah letak air sikit dalam kelapa tuh.

Sekian

Pembuka Selera Ramadhan Pertama

Alhamdulillah,

Semalam merupakan hari pertama kita berpuasa di Bulan Ramadhan untuk tahun Hijrah 1431 ni. Dan semalam merupakan hari pertama Ashraff & Afriena berpuasa… walaupun berpuasa sekerat hari untuk bebudak yang berumur 5 dan 6 tahun tu, tapi ini merupakan langkah latihan pertama untuk mereka berpuasa.

Dan sebagai pembuka selera untuk Ramadhan pertama semalam, Yatie dah buat satu hidangan yang cukup istimewa.

Pembuka selera yang sunggu sedap sekali. KUEH SAGU BERENDAM……. memang syok.. tak terkata bila telan dan masuk ke tekak tuh.. huh.. nyamaaaannnn… nak nak bila tgh haus tu.. terus terasa hilang hausnya bila makan kueh ni

Dan juadah utama adalah SIAKAP CILI BAKARRR… memang terbakar makan ikan siakap nih… susah nak digambarkan rasanya… memang sedap… takda jual kat kedai… Fresh dari dapur sendiri yang dijamin sedap.

Hehehe.. tentu korang kata blog nih menyiksa zahir dan batin korang nak nak masa bulan poser nih kan…. jgn cakap cam gitu… itu semua dugaan tu…

Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram

Dah lama rasernya tak makan seafood so hari Sabtu lepas we all satu family pergi makan seafood kat Aroma Ikan Bakar di Pantai Jeram. Untuk info you all, kalau nak makan kat sini kena booking awal awal sebab limited seat only dan takut ikan ikan semua habis dikebas orang lain… Kalau nak booking, kat gambar atas tu ada no teponya……

Persekitaran restoran tu bersih dan well maintain. Perjalanan dari KL ke Pantai Jeram tu mengambil masa dalam 1jam 30 minit aja… jalan pon tak susah sangat.. kalau guna alat GPS sangat membantu merancang perjalanan.

Sampai-sampai jer meja sudah tersedia dan dah reserved… siap bubuh tu nak makan kul baper….

Seperti biasa, ikan-ikan segar perbagai jenis sedia untuk dipilih… tersenarai tanda harga so senang untuk buat budjet

Kalau kat hostel dulu, saya panggil ikan ni Ikan Jaket, ada orang panggil ikan cencaru, kalau kat sebelah pantai timur tu orang panggil Ikan KERONGE….

Selain drp tu, ikan semilang, pari, bawal mas, bawal hitam, dan macam-macam ikan segar lagi ada.. pilih jer..

Hari tu, kami pilih ketam bunga, sotong, ikan pari, dan udang sebagai hidangan…..

Sementara menunggu makan siap.. bebudak ni pi berjalan ditepi pantai bersebelahan restoran.. Angin pantai bertiup memang syok sekali…..

Hah ni dia.. Ikan Pari Bakar dengan sos pedas…..  Ikan pari ni sangat segar hingga tidak berbau sedikit pon … tidak seperti ikan pari yang beli kat pasar mesti direndam dengan air asam dulu untuk hilangkan baunya… rasa ikan pari bakar ni memang sungguh sedap dan menyelerakan sekali… sekali lagi 5 bintang untuk rasa dan kesegarannya….

Hidangan No.2 kami… nih dia… Ketam Bunga Masak Cili.. Secara jujur saya katakan hanya 3.5 bintang untuk rasa dan 4 bintang untuk kesegarannya… Rasanya sedap tetapi cara masakkannya ada sedikit kurang bagi lidah saya. Ini kerana, ketam ni diorang rebus sehingga masak dan hanya curah kuah atasnya… so rasa sos tidak sebati dengan isi ketam… itu sebab kurang skit.. kalau rasa sos sebati ngan isi ketam tu.. peeerrrhhh terus kasi 5 bintang punya…..

Hidangan No.3 plak… Udang Butter…. Yang ni saya bagi 4 bintang aja.. Sebab… udang terover cooked dan mentega terlampau banyak digunakan dan sedikit oily. Secara keseluruhannya boleh dikatakan sedap jugalah.

Hidangan No.4. Sotong Goreng Tepung. Saya bagi 4 bintang juga…. Cukup segar sotongnya, dan cara masakannya saya tidak boleh komen sangat sebab saya makan 2 ketul aja dan Yati makan seketul aja.. selebihnya dihabiskan oleh Ashraff….. 2 ekor sotong gergasi tu dia makan seorang jer.. so kalau si Ashraff tu dah makan banyak tu.. so kira lulus ujian kesedapan la bagi sotong goreng tepung nih….

Untuk sayur.. Kailan ikan masin….. sedap… lain dari yang lain…

Tidak dilupakan… Telur dadar.. sedikit oily….. tapi sedap…

Secara keseluruhan.. kami tidak membazir.. semuanya habis licin dimakan.  Jadi boleh dikatakan sedap dan diterima oleh tekak kami.

Tentang harga…. Rm100.40.. not bad….

Lastly, komen kami untuk Restoran Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram ini L.U.L.U.S ujian kesedapan dan kami syorkan kepada semua untuk mencubanya…..

GPS Position: N3 13.446 E101 18.322


View Larger Map