Tag Archives: halal food

Halal Food Shanghai: Hui Pin Wei Restaurant

There is a Halal restaurant called 

Pin Hui Wei in Shanghai, which is known for its Northwest Chinese cuisine. The restaurant has been positively reviewed for its food, service, and clean ambiance. 

Location and contact

  • Address: 285 Changshou Road, near Xikang Road (长寿路285号, 近西康路).
  • Landmark: It is conveniently located near Exit 4 of the Changshou Road Stations (on Metro Lines 7 and 13). 

Features

  • Cuisine: Northwest Chinese cuisine, which includes dishes inspired by Uyghur, Kazakh, and Hui influences.

Last day kat Shanghai sebelum bergerak ke Xi’an, Kami pergi makan kat Hui Pin Wei. Tengok review best, nak pergi sana pun macam senang je. Tengok kat AMap, ohh dekat je lah. . Kedai dia besar. Kami naik tingkat atas, dia bagi satu bilik untuk makan-makan. Layanan tiptop. Manager dia yang ambil order. Boleh cakap English tiga empat patah, lepas tu dia ngaji sikit sikit, arab sikit, yang lain tu chinese. Saya boleh cakap cina sikit-sikit, tapi pronunciation dorang lain bebenor, makanya guna translator sedikit sebanyak.

sebab ” saya je yang yang boleh cakap chinsese” MAka saya yang kena order. hahahaha.

OK done order… lapar ni. Skip breakfast ..

Dia bagi makan ni dulu.dried apricot, biji labu dan haw candy aka asam gambir kegemaran kita kecil dulu

OK kudap-kudap dulu. Dia bagi free homemade yogurt dorang. sangat sedap dan creamy. ok makanan sampai..

Hand pulled lamb. Makan panas smentara lemak masih mencair.
sebab kami orang Asia Tenggara, kami kena makan nasi. hahaha kami order nasi lah. MEsti mau nasi baru hati ada senang

stir fried beef.. Ke chicken ah dah lupa..

dumpling soup. Order makan macam dah berapa hari tak makan. Semua nak

i must say… Mee dorang ni sedap. Kenyal, rasa cukup.

ikan stim.. Tah lah ikan apa sebab tak nampak Kerala dia.

steam fish. Ikan ni dah dibuang tulang. Dia steam senang nak makan. Dia ada rasa masam sikit Dan pedas. Nak kata macam ikan stim limau ala Siam tu ada lah sikit.. Tapi bukan. Dia ada masam2 Dari sayur jeruk. Kuah dia tu memang padu

Sayur campur

sayur nI simple je tapi wanna dia menarik. Ada broccoli, snow peas , lotus dan Chinese yam. First time makna Chinese yam. Rasa dia manis sikit, crunchy and sedikit berkanji. Sedap rupanya masak macam ni

Kacang parking goreng

Manager dia rekomen sayur ni, so kami pun cubalah. mulanya tak nak sebab alh..kacaoreng dengan sirlonng panajng je pun benda selalu jumpa kan. Sekali bila dia sampai pehh.. dorang mengekalkan identiti kacang panjang tu, dengan potongan panjang. Dia goreng dengan sirloin. Goreng letak cili il cuka dan kicap. sekejap je licin. memang ide ayang terbaik untuk rder sayur ni.

sampai berdiri kita makan wak…sedap sanga

ada surau kat sini. Boleh lah kami tumpang solar. Alhamdulillah.

mari lah kita menuju ke Steven Keretapi Shanghai. Senang je nak ke Pin Hui Wei ni. Naik train turun kat steseen ni ha.. Now kami menuju ke Shanghai Train Station untuk ke Xian. Oh ya kat bahagian bawah pun ada meja untuk makan. Tapi duduk atas selesa. Ada jugak jual snack and roti kat bawah. buah-buah dan juice pun ada. Kita orang beli roti bekal untuk makan dalam train je. Kenyang sangat dah ni…Alhamdulillah

Halal Food In Hong Kong : Islamic centre Canteen

Ini adalah tempat yang wajip pergi kalau ke Hong kong. tak pergi nanti menyesal plak. unless anda bukan peminat dimsum. A day after disneyland trip kami ke Islamic canteeen Centre. Hari tu hari Jumaat. alang-alang sampai, fapatlah yang lelaki solat jumaat.Sebelum saya meneruskan ulasan mengenai makanan, moleklah kiranya, saya bercerita tentang suasana di masjid. Unutk pergi kesana, kalau dari Causewaybay, kami jalan kaki je. Dari Causeway Bay Station arah Times Square, jalan je teus cross he road heading to BOwrington Road, pastu jalan lah sampai ke masjid. Bila sampai masjid, jadi seorang yang beradab. Pakaian pun kena jaga. Jangan nak dedah sana, dedah sini. Kat situ dia dah cakap, be modest. Pakai lah yang menutup aurat. Kalau ke ruangan solat, Ramai jugak penduduk tempatan yang dah berusia yang islam. Alhamdulillah.

OK …sekarang kita citer pasal makan. KAli kedua kami kesini, dulu masa kesini adalah tahun 20o09. Boleh baca kat sini.. Rasanya masih sama.

Layan gambar je lah ye… Semua sedap. Nak nak masa makan tu, hari dia sejuk. Kena dimsum panas-panas, minum chinese tea panas..perghhh. Kami order jugak nasi dan mee untuk kongsi. Memang kena kongsi sebab quite a bid portion

Ada banyak lagi yang kami amik. Ada lebih kurang 15 bekas kot.. hehehehe, korang tengoklah anak-anak saya kalau makan, memang terkejut. Sekarang nak membesar, makan pun banyak dah masing-masing. Ini kira kena dengan tekak dorang. Chinese food, Japanese food, korean, western…ahhh semualah dorang makan.

Sekarang kita tengok muka masing-masing makan plak

Aqilah cakap best…. hahaha…Dia pun sama join suap makan.

Lepas makan, kami ke ruangan solat, Solat Jumaat. Lepas solat , patah balik ke Causeway Bay sebab nak pi Ladies Market, tapi sebelum tu kena panjat balik AirBNB dulu sebab Afriena tertinggal octopus card dia.

Keesokan harinya, .. Kheirul pi tapau nasi dan mee… yang tu takde gambar. Beli dua pack. Kenyang lah makan untuk supper.

Halal Food In Hong Kong: Wai Kee Duck Rice

Haa yang ni memang legend. Sebab sedap sangat. Patutlah orang cakap the best duck rice in Hong Kong. Kami makan tiga hari berturut-turut. Beli itik setengah ekor, cukuplah untuk kami berenam. OLeh kerana Bowrington Road Market cuma seberang jalan dengan AirBNB kami, panajnglah langkah.

Harus dicoba kalau ke Hong Kong.

Korang tengok gambar je lah…Jangan meleleh air liur sudah

Ni lah kawasan bawah dia… KAlau rajin boleh explore pasar dia. Best gak. Sempatlah beli few barang. Ada Pasar Indonesian jugak. Halal stuff ada kat situ. Kalau tak salah daging halal pun ada jual. Beli telur…5 biji telur harga HKD15, kau rasa. Pastu beli buah pisang. Ada gak buah-buah lain. BUah durian pun ada. Seulas dalam HKD75 kalau tak salah. Tapi pengalaman yang bagus. Saya suka pergi wet market kalau travel tapi dengan syarat pasar tu bersih tak berlendir lah.

Nampak kat atas tu dia tulis Cooked Food centre … situ lah. Naik tangga sisi tu

I

Inilah kedai makannya. NAmpak bersepah je… senang je cari..pergi pasar Bowrington, naik tangga atas tu. Dia ada tulis Cooked food centre. Pukul 11 pagi dah buka. PUkul 6 tutup tapi ikut nasib lah ada lagi ke tak lauk tu.

Ini menu dia…. korang boleh lah tengok tengok rega…Ni kira paling murah dah..

Masa tengah menaip ni..rasa macam air liur meleleh je tengok menu ni. Jangan lupa beli kari kambingnya. Tersedap lah.Lauk ni paling cepat habis.

Pada yang tak makan kambing dan itik, boleh beli yang ni. Sedap. Daging lembut, nasi wangi. Aqilah suka makan nasi saja. Makan cam gitu.

INi hero dia. Boleh menangis makan itik ni sedap. Selalu pi makan kat Chinese Restaurant kat Malaysia, Saya kurang suka. sebab ada rasa hamis tapi yang ni memang sedap. Ashraff yang tak suka itik, the next day mintak this menu. 3 hari kami tapau lauk ni. Tapi beli setengah ekor lah sebab lagi berbaloi. Sebab tukang makan ramai. Hari-hari ulang lauk sama dan tak lupa nasi kari kambing.. Lauk itik setengah ekor, nasi kosong yang wangi dua dan nasi kambing satu.

Balik Malaysia, berat badan naik. Adehhhh…

Tapi bukan selalu kan. Bukan senang nak makan itik yang sedap ni.