Sebelum kita bercerita lanjut, marilah kita cakap tahniah kat Rayyan. Yeay dia dah besar, dia dah pandai. yo yo lah… Dah 3 tahun lenih baru nak start diaperless. Kalau compare dengan anak orang lain kira lambat lah Rayyan ni. I buat ikut rentak dia. Kalau dia betul-betul ready baru buat.
Kiterang start since early this year, masa first time try, tak sampai 15 minit dah terlepas tau. So dia jadi takut move around tanpa nappy. So kita KIV dulu sampai dia dah betul-betul ready. So few months ago, kiterang start with diaperless kat rumah je. Tapi masa nak poo poo dia nak nappy. Ok takpe. Slowly, sampai dia dah ready nak poo poo dalam toilet. Rayyan cuma pakai nappy time keluar dan tidur. Then bulan lepas, dia dah refuse nappy masa keluar. risau jugak kot dia nak terkencing dalam kereta kang. Ada once happen, dia nak kencing masa I tengah drive nak pergi sekolah. nasib baik sempat kencing kat sekolah. And last week , diaper habis and we decided tak nak beli diaper dah. Rayyan pun macam dah ready sbb bila bangun tidur, nappy dia tak basah. So kiterang start. Dah seminggu tido tanpa nappy cuma sekali je, katil basah iaitu malam tadi. Mungkin sebab dia minum air banyak sangat kot sebelum tidur, dan 2 kali basah masa nap. Rasanya masa dia nap tu, hari hujan , sejuk kot.Takpelah… tak boleh marah dia, tapi kalau Ashraff ke Afriena yang kencing memang marah lah sebab dah besarkan?
Sepanjang tak pakai nappy, ada 3 kejadian lucu berlaku.2 kejadian membabitkan poo poo. Ni masa dalam kereta lah. Hari Sabtu and Ahad. Yang Sabtu dia nak terberak, nasib baik masa tu kat Petronas, so tak kelam kabut cari toilet.Yagn hari Ahad, masa ni kat Jalan TAR, dia tunggu dalam kereta. Bila I dah habis beli jubah Afriena, masuk kereta je, dia cakap nak toyet (read:toilet), sambil pegang punggung dia. yak yak…. hahahah mana lah nak cari toilet kat sini. Kalau ada pun mesti kotor. haih drivelah papa dia dia penuh tenang + panik cari toilet sekali teringat kat KTM ada toilet. Haih tak pasal-pasal mama dia dukung dia sambil berlari ke toilet. Alhamdulillah toilet bersih jugak takde berlendir ke hancing. Masuk toilet, bukak seluar pastu boleh plak dia amik masa pakai selipar balik, cangkung terus keluar. hadoi…nasuib baik tau. ngam ngam masa keluar tu.
my baby busyuk busyuk is graduate
Yang satu lagi kejadian masa kenduri my friend hari tu, dia terjumpa nappy dalam kereta so dia mintak pakai. Sampai kat kenduri, dia nampak kucing, so main-main lah dengan kucing. kejar kucing gosok kucing, haih nasib baik dia tak tarik ekor kucing dan hayun kucing macam yang I nampak hari tu kat kampung. yang kucing tu plak relaks je, macam enjoy je orang hayun dia . So tengah leka main, tetiba dia nangis sbb dia terlupa yang dia terkencing dalam seluar dan pada masa yang sama dia terlupa yang dia pakai nappy. puas pujuk sbb dia rasa bersalah kot. Nangis sambil mintak toyet. So I bawak dia ke another corner, then bukak seluar tunjuk ada nappy kat dalam tu. Dia tengok, dia tanya I.. tak asah (read: tak basah)?.. I jawab tak..terus tukar mode kepada emosi ceria. apakahh?????
So gitulah cerita budak yang dah graduate dari nappy. You all kalau nak train anak, make sure dorang ready dan yang pasti you al pun ready :)