Tag Archives: camping

Perkhemahan di Tepi Pantai 1.0

Tapak Khemah : H&n Campsite, PD

Masa Pacak: 11 Dec – 13 Dec 2020 3H2M

Sewa Tapak : RM 38 satu malam , untuk kanak² ada tambahan sedikit.

Jenis Khemah : Khemah Unta saiz L

Bilangan Ahli : 4 dewasa , 2 kanak2 , 1 bayi comel

Kemudahan:

Parking dalam kawasan, macam kami 10 langkah je dari khemah

power source : boleh tarik cable .. caj tak pasti sebab kami bawa power box hasil ciptaan encik suami yang sangat berbakat.

tandas Dan bilik Mandi 3/5 . Kena Kasi sental sikit dinding sebab berlumut, pintu toilet perlu baikpulih, sbb susah nak kunci, nak termenung Tak tenang.

Sinki ada dua, memang kena Kasi sental..berlumut. tong sampah ada tersedia

Pantai: 4/5 boleh Mandi, anak2 kecil boleh main air Dan pasir. Selain dari tu malam boleh tangkap ketam Dan boleh jugak cari kulit siput masa air surut. Boleh memancing, mancing depan khemah je time air pasang,

Pemandangan? Sangat priceless… boleh layan sunset, sunrise .

Suasana, panas berdenting di tengah Hari, tapi berangin, kadang hujan, kadang berangin kuat. Waktu air pasang, angin kuat,ombak cantik, boleh layan ombak, time ombak tinggi sikit, percikan air laut boleh sampai depan khemah ( kami pacak khemah tepi tebing) Time panas bedenting tengah hari, kami masuk kereta pusing PD, singgah bungkus cendol kat Famous Cendol Port Dickson.. bawak balik minum kat khemah. Bayangkan sejuk je cendol lalu dalam tekak.

Overall kami bagi ⭐⭐⭐⭐

Pemandangan waktu semua
Pemandangan waktu pagi
pemandangan dalam khemah

khemah siap pasang by a man n 2 boys

Menu untuk perkhemahan kali ni

Day 1

Lunch -Sampai je, masak maggi.. sepatutnya bungkus tapi malas nak keluar, malas nak masak sbb baru settle pasang khemah.

Dinner – Sup Ayam, nasi putih, telur dadar dan ulam

Supper… makan biskut ciak air milo. tak kuasa nak makan, best tidur awal dalam khemah

Day 2

Sarapan -Big breakfast – sausages, baked beans, saute mushroom , scrambled egg, toast

Lunch -BBQ – chicken, lamb and salad and cut fruits

Tea time – Tapau cendol pulut, makan sate

Dinner – Percik Ayam, Nasi putih, telur dadar dan salad

Day 3

Sarapan – maggi kari, french toast, milo

Seriously, masa camping memang kena bawak banyak makanan sebab perut asyik lapar je. Kami juga bawa sikit titbits, air kotak, fruits . Maggi kalau makan masa camping serious sedap dia lain macam, padahal kat rumah , I tak pandang maggi pun.

Semua makanan yang nak dimasak, kami rancang awal, siap cuci, perap dan pack. Sayur cuci sesiap sbb senang jimat masa. Rencah untuk masak pun , I blend sesiap. Masa camping nilah boleh ajar anak masak. Okey letak itu letak ini, masak nasi..ok tengok keluar wap tak.. Tak suka leceh leceh masak time vacation.

Looking forward to next camping vacay

Insya Allah, semoga apa yang kita buat sentiasa dirahmatiNya.

Ameen

Camping: Sungai Kuali Campsite, Janda Baik

Ini dikira kali kedua untuk kami sekeluarga berkhemah. Kalau untuk Rayyan yang comel itu, kali pertamalah untuk dia. Dulu masa Ashraff dan Afriena kecil lagi, seumur 1- 2 tahun kami pernah berkhemah di tepi pantai balok. seronok tau… Sebenar nya, rancangan untuk berkhemah dibuat pada saat-saat terakhir. Lusa nak pergi berkhemah, malam nak tidur tu baru cakap. Esok petang baru pergi cari barang. Cari barang pun tak banyak, cuma beli sedikit, makanan dan BBQ pit. Senang bawak yang sendiri punya. Barang lain semua dah ada. Khemah plak, khemah yang 10 tahun lepas beli masa untuk berkhemah tepi pantai.

img_0757

sungai kuali…

Jadi, hari Jumaat lepas solay Jumaat, makan yang ringan je, terus kami ke Janda Baik. Hari hujan, harap bila sampai sana tak hujan lah. Alhamdulillah sampai sana hari tak hujan. seronok anak-anak… turun atas tanah terus berlari. Sambil-sambil tolong pasang khemah. Dah siap pasang khemah, Rayyan dah merengek lapar. Biasalah kat tepi sungai sejuk, perut mesti lapar je kan. MUjur ada mee goreng lebihan dari rumah. Haaa makan yang ni dulu ye.  Sambil dia makan, sambil dia lari. Nampak kucing, nampak angsa seronok, nampak ayam pekik.

Dah selesai pasang khemah, kami hidupkan api BBQ. Mula nak masak..sambil tu bersedia untuk mandi sungai. Nanti bila mandi sungai, mesti sejuk terus nak makan…haa boleh terus makan.

img_0761

masa untuk memasak

img_0763

budak yang tak sabar nak mandi sungai

img_0762

ni kolam ikan boleh nak mancing…. sikecik ni tak sabar nak mandi tengah tunggu abang dan kakak siap

img_0764

Sungai yang jernih..air tak dalam cuma banyak batu

img_0768

kita mandi sungai dulu

Untuk perkhemahan kali ni, kami dah buat menu siap-siap, supaya tak bawak barang yang tidak diperlukan. Nanti saya buat buat senarai menu ye. Ni makan lepas mandi kira makan malam lah. Lepas makan malam sambung mandi, lepas tu tukar baju bersedia untuk solat maghrib. Lepas solat maghrib , duduk tepi BBQ, sebab masing-masing sejuk dan sambil tunggu kopi siap sebab nak makan biskut cicah kopi, Biskut cicah kopi bukan makanan yang selalu kami jumpa kat rumah tapi bila berkhemah, makanan ni jadi sedap. Sambil makan, lepas tu seronok-seronok buat asap keluar mulut.

20a5b623-5fcc-4aed-ab2f-6fe80cade9d3

BBQ time… kat sebelah tu masak maggi kot…

Habis je makan, kami semua beramai-ramai pergi toilet hahahaha..maklumlah hari tu cuma kami je kat tapak khemah tu. beratur pergi toilet, amik wuduk solat,

09ddb215-11fa-4a6e-985e-80170981b9f6

peneman kami sampai lepas ISyak… dia tunggu je..

62be611d-2269-4236-b196-d0c7c86a4310

kucing yang friendly

lepas tu Rayyan ajak masuk tidur. Penat sangat lah tu dia. Seronok anak-anak dapat tidur dalam khemah ramai-ramai. Saya susun atur siap-siap tempat tido, Ashraff-Rayyan-Afriena-Mama-Papa… tapi pagi tu, tengok Rayyan dah tukar tempat ngan Afriena. Mama dia jugak dia cari tau. Malam tu tidur punyalah sejuk, PUkul 12.30 dah bangun sbb nak pergi toilet. Ashraff boleh pergi toilet sorang je, dalam 10 meter jalan kaki… kalau suruh mama dia, huhuhu memang terkucil tengah jalan. Dia biasa je.

026a0e73-20f4-41c4-825d-53e145f65f2d

suasana pagi

Pukul 6 masing-masing dah bangun. Bangun untuk solat, dan masak. Masak semasa berkhemah adalah sesuatu yang menyeronokkan. Buat kopi panas, masak sausage, baked bean, scramble egg dan bake potatoes. Lepas makan tu semua sambung masak Chicken, lamb and sausage dan jugak maggi. Sebab bila dah pergi celup badan dalam air, memang sejuk lepas tu lapar. Kami kat sana sampai pukul 12. Lepas tu kemas barang dan balik. Sepanjang berkhemah  dapat merasa makan madu segar sebab ada orang datang jual. Madu tualang. Dapat semangkuk honeycomb. Sedap.

6b42864f-d79f-42b9-a9fd-a71cc35630de

marilah kita masak sarapan… pembantu dah lapar..makan roti+nutella dulu

339d257d-9736-4618-a45d-0d8385a53d72

pagi yang sejuk..memang kena pakai jaket.. Afriena ada dalam khemah tengah layan novel…

ee81a9e0-3e4f-4382-b6e3-c881dbb4108b

masak yang ni dulu… breakfast sausages

df7ef5f5-bc38-4432-a755-d14830eff70e

Kopi dalam periuk, panaskan baked beans, masak telur hancur dan potato bake

4a801cfc-144c-4738-bfe9-cffccb38216b

scramble egg dah siap…

Info tempat berkhemah

Tempat: Sungai Kuali campsite

Harga tapak: RM20

Kemudahan : Ada tandas bersih, sungai yang bersih, kawasan yang terjaga elok, ada tempat memancing, ada gazebo dan chalet. Tuan punya tempat plak sangat peramah

No telefon :  0139620089

Pelan Menu Berkhemah

Makan Malam

BBQ – Chicken Wing, Lamb Chop and sausages

Maggi kari

Minum malam

Kopi O’ dan Biskut Jacob

Sarapan

sausages, baked beans, baked potato ,scramble egg  dan kopi O. Ada jugak yang layan biskut ngan kopi.

Makan tengah hari

BBQ – Chicken Wing, Lamb Chop and sausages

Maggi Ayam

Kami jugak bawak sebungkus roti dan nutella. Bawak sedikit sayur untuk campur dalam maggi, 10 biji telur untuk masak maggi dan sarapan. Untuk pengetahuan semua, maggi ni macam makan mewah untuk anak-anak sebab bukan selalu dapat makan. hehehehe. Untuk air minum plak, kami bawak 12 botol air 1.5L. Air nilah kami guna untuk buat kopi, minum dan masak. Untuk BBQ, sebab kami buat dua bekas, satu untuk malam satu untuk sarapan. Untuk sarapan makanan yang diperap kami simpan dalam kotak putih ais tu. Tahan . Pagi esok tu bukak masih beku sikit-sikit. Jadi makan tak rosak. Air minum kami waktu pagi macam air dalam peti sejuk…punyalah sejuk pagi tu.

Perasaan berkhemah? Bagi yang suka adventure memang sesuai. Kalau yang bawak-bawak anak-anak, pastikan mereka selesa. Cukup bantal selimut dan makan minum. Dan lepaskan mereka untuk berlari. Sekarang kami sedang mencari campsite baru pulak untuk rancangan akan datang.

Barang yang kami bawa

2 biji periuk ,  satu utk masak kopi, satu lagi untuk masak Maggi

aluminium foil- sgt berguna –  boleh guna untuk masak telur, tutup periuk, masak ubi kentang

Makanan yang perlu saja- rancang menu dulu

cawan dan pinggan- bawa yang bileh guna semua bukan jenis polisterine sbb tak mesra alam.  Saya memang tak suka polisterine

khemah, sleeping bag, bantal dan selimut

baju cukup utk 2h1m

jumlah perbelanjaan cuma RM100 termasuk tol

duit petrol… tak masuk takut minyak asyik naik

Indoor Campers

Ini adalah idea yang diberi oleh Afriena, Afriena ni bagus. Dia suka melayan Rayyan, dengan syarat Rayyan boleh melayan dia main tea party game. Semalam dorang main game apa tah pastu Rayyan cakap nak tidur ngan kakak dia. Puas pujuk tido dalam bilik sendiri taknak nak tido ngan kakak jugak. Ok…tido lah

Sekali tak sampai 5 minit, dah datang bilik I. Mama nak tido ngan mama. kan….. betul tak mencari mama jugak. So I ajak tidur dalam bilik dia. SO tertido la kiterang. Dalam pukul 1 I sedar tengok dia hilang, takde kat sebelah. Cari bawah katil kot jatuh ke kan, takde plak. Hai…nervous plak…rupanya dia masuk bilik I cari I dalam bilik. mama, mama, mama. Eh Rayyan bukan ke Rayyan tidur dengan mama tadi. Tak larat lah nak bawak dia masuk tido bilik dia and teman tido, sakit badan . Katil sempit la.

Last I ajak tido sekali ngan I dalam bilik kiterang. Dia tido tepi sekali. I tanya dia nak she she tak, dia kata no. Ok tido sini, dengan harapan I bangun boleh hantar dia masuk bilik dia. Harapan dia tinggal harapan sbb I sedar dah pukul 6. hehehe. Nasib baik dia tak kencing atas katil. Dah pesan dah jangan sheshe atas katil mama tau.

oklah..meh citer pasal Rayyan n Afriena camping. Hari Sabtu kan hujan petang tu, nak pi swimming pun takleh, maka dorang main dalam bilik jelah. Main camping konon. Boleh lah asalkan tak kacau I masak. Khemah tu sebenarnya tempat simpan mainan Rayyan. So tak lah sepah nanti kalau simpan dalam box.

image