Gambang Water Park ..again….Raya kedua tu, kiterang bertolak dah ke Kuantan. Jalan takde jam mana tapi alahai, kenapa la slow sangat orang bawak kereta. Jalan boleh 80 bawak 60. Stress dohhh. I tido je dalam kereta.Bila sampai Kuantan, singgah Parkson dulu. Makan dan beli barang sikit. Pastu terus ke Gambang. We all stayed kat Arabian Bay. Dulu duduk kat Carribean Bay, tapi sbb Carribean tgh baiki ke apa, so dia kasi Arabian. Saa je bilik takde beza. Yang beza Arabian, macam bau cat.
SO tak payah citer panjang, I tunjuk gambar kat waterpark yang sebelum kiterang basah. Pastu dah takde gambar dah sebab malas nak bawak phone . Kang kena air.
Muka orang tak sabar. Geram je dengan Rayyan ni. Nak swimming nak swimming
Posing lagi , menghabiskan masa menunggu kaunter bukak. Slow lah. Dah pukul 10 dah
semua takleh duduk diam
Rayyan kena bayar, dah lebih 90cm
Senarai harga tiket untuk ke waterpark
Kena beli E-Value. Senang untuk beli makanan, floater dan lain-lain lagi
Senarai harga barang sewaan
Tengok tu, terkedek-kedek berlari
Pastu mintak dukung. carry! carry! sebab dia lambat jalan. Bila dah dukung, dia buat muka manja sambil peluk Kheirul
signboard dalam park
Off course bebudak happy. Berapa kali ulang naik slide yang kat Kids Area. Mula-mula, I lah yang bawak Rayyan turun slide. Tapi kalau dah 50 kali kejap cakap nak lagi, nak lagi maka I suruh Abang n Kakak dia yang teman. so pimpin tangan dorang slide bertiga. I tunggu kat bawah. LEpas main slide pergi kat playground plak. Slide kat situ plak. and so on, so on… Pandai Ashraff and Afriena jaga adik. Cuma yagn menjadi kemusykilan, orang tua pun main panjat kat playground budak. Kalau teman anak takpe, naik couple turun. Hoi, sini budak punya la, Orang tua kalu, pergi kat Tree Top Hill Slide la. Baru syiok. And ada juga mangkuk hayun yang tak faham bahasa. Dah tulis dah, no smoking dalam Taman Tema, tapi tetap tak paham bahasa. Dah lepas smoke, buang je putung rokok atas jalan. Buat bebudak atau orang tua terpijak, tak ke naya sebab dalam tu mostly orang tak pakai kasut kan.
We stayed dalam tu till pukul 2.47. Dah cukup lama untuk menghitamkan kulit atau memerahkan kuli seperti udang bakar. Kiterang makan dalam tu. Not bad makanan dia. Rayyan n Afriena makan set nugget, licin dorang makan, Ashraff n Kheirul makan set burger and me, Nasi Minyak set. Haih…nasi lagi. Habis makan sambung main air lagi. Bebudak (anak I lah, anak orang lain tak tahu) kalau nak please dorang, nak kasi dorang happy, bawak je water park ke, pantai ke, taman ke suka lah dorang.Jangan bawak masuk shopping mall, they’ll make your blood go upstairs..hahahah
Note: Terima Kasih BIL sebab kasi voucher .