Tag Archives: Bangkok

Novotel at Siam Square Bangkok… Nice hotel to stay…

Masa dok kat Bangkok kiterang stay kat Siam Novotel. Nak perginya bulan 6 tapi hotel dah di booking 2 bulan sebelum. Sebabnya,kalau booking in advance bolehlah dapat harga murah. Kiterang amik 2 queen bed. Masa kiterang sampai kat Airport, terus amik cab pergi ke hotel. Masa check in, budak 3 orang dapat gift from hotel. Dapat gajah sorang satu. heheheh sukalah dorang walaupun cuma soft toy kan.

Ha masa ni tengah tunggu mama dorang buatkan check in. senang je, just bawak confirmation letter then tunjuk credit card.Tengoklah muka memasing yang excited dan penat.

Ni lah gajah yang dapat as a free gift untuk bebudak 3 orang tu…. seronok diorang

Ha nilah rupa bilik kiterang. Oklah tak besar sangat. cukup untuk tidur 5 orang atas katil. Cukup untuk Rayyan berlari sana-sini,dan cukup ruang untuk kiterang sembahyang. Kiterang rapatkan katil masa tidur.

Ni plak tv dalam bilik. Banyak gak channel best best, ada SyFy, Diva universal (astro), dan macam-macam lagi. Tapi kiterang tak tengok sangat pun TV, aktiviti pack sangat.

I dok nak gantung anak gajah hadiah memasing. Sambil menerangkan kat anak-anak, Minuman dalam botol tu haram untuk diminum.Nampak tak wardrobe kat belakang tuh? Rayyan suka sangat main dalam wardrobe tuh. Kalau dia nak makan or minum secara sembunyi, dia akan nyorok dalam tuh sesenyap makan roti or minum air.Tapi Rayyan ni satu bagus, nyorok kat mana pun kalau mama dia panggil dia menyahut.

Ni bilik air dia. Suka bebenarlah bebudak 3 orang tuh. Kalau mandi berejam. Pas sesorang masuk berendam. Selalu kalau pepagi, Ashraff mandi dulu then Rayyan dengan mama dia then Afriena and last papanya. Setiap kali balik hotel semua bergegas nak mandi main buih. Rayyan siap menyelam dalam tuh. geram betul dia. Pastu asal kentut je, dia caj kata berak sebab dia nak mandi. Mulalah bukak baju pastu korek pusat jalan sesana sini.Apa-apa pun bilik air dia bersih.

Setiap kali balik hotel naik teksi, mesti driver taxi cakap, you chose good hotel. Memang pun sebab… MBK, Siam Paragon, night market semua walking distance. Pastu kat kawasan hotel tu ada banyak lagi kedai untuk diterjah. Belum citer Saloon, Spa,Kedai nak inject Botox, Restaurant, pub dan memacam lagi. Perghh pening kepala bila I terlepas jalan sengsorang.I terlepas pergi Mango Tango. Nanti I citer apa itu Mango Tango. Sapa ke Bangkok harus ke Mango Tango.

Huh ni Siam Paragon. Jalan kaki je ke sana.

Nak naik train? pun dekat je. sebelah hotel. Setiap pagi dok ngadap train . Rayyan sukalah dok tepi tingkap dok bye bye train. Tapi kiterang tak naik train pun. Bebudak nak naik Tuk Tuk. Gila laju Tuk Tuk.

Pada yang dok Hotel ni, sini lah map dia. Depan Hotel ada Universiti. Jalan sikit lagi ada Pasar Malam.

Apa yang best kat Hotel ni?

  • Very closed to various shopping complexes… such as Siam Paragon, MBK Plaza, Centre Point, Siam Discovery, Tokyu, dan macam-macam lagi.. semuanya walking distance….
  • Hotel ni best gaklah sebab, dorang ada Halal Kitchen. Memang dia ada mentioned halal kat Menu dia. So kalau nak Room servie malas nak keluar makan boleh order je.
  • Internet? Internet free, tapi kenalah mintak password semua. Internet laju gile samapi kiterang boleh layan citer Nora Elena setiap malam. Gila tak gila penangan Nora Elena kan.
  • Tailor , Pun ada tailor kat bawah tu. Murah dalam USD99 for 1 Suit = RM300 / B3000. Harga lebih kurang sama dengan tailor kat shopping complex
  • Masa kiterang book hotel ni, Kiterang just bayar for 2 nights je sebab lagi satu malam adalah free. So kalau nak good deal, book hotel 2-3 bulan sebelum.

Update From Bangkok – Day 3

Salam semua,

Just a very short update untuk hari ni… seperti yang telah dirancang semalam, kami ambil tour ke Dream World… sememangnya seronok betul bagi budak-budak.

Secara ringkasnya Dream World ni lagi menarik jika dibandingkan dengan Sunway or Genting sebab ride dia banyak dan lagi ganasssss……

Lepas pi Dream World, tour guide tu bawa juga kita ke kilang batu permata… tapi biasalah sekadar tengok -tengok jer bermacam-macam jenis batu permata yang dijual disana… kita tak beli pon sebab harga mahal nak mampos….

Lepas balik hotel, mandi sepuasnya.. sebab badan sungguh ‘harum’ sekali selepas berpanas terik satu hari… then solat jamak jap terus bersiap untuk serang Restoran Farida Fatornee…..

Alhamdulillah… makanan sungguh sedap dan menyelerakan.. paling tak lupa sambal belacan dia.. sekali makan lekat bau kat tangan 3 hari punye.. gerenttiiiiiii…

Nanti kami akan cerita in details pasal makan halal kat Bangkok ni.. tengok gambar tu….. hehehhehehehehheh sendiri tengok tentu dah tahu kan sedap yang amat sangat tu……

Esok dah hari ke-4 dan hari untuk pulang ke KL….. raser macam tak cukop jer hari kat sini….. ok lah.. tunggu update dari kami ye

Update from Bangkok – Day 2

Sambung skit jer pasal kaki sudah penat sangat nih… Hari nih adalah hari yang paling penat dan paling seronok…

Pepagi lagi kita sekeluarga dah keluar. Dalam jam 9 pagi tour guide dah tunggu depan lobby hotel untuk pi melawat Thailand Grand Palace dan Bangkok city tour. Mula-mula ingatkan ikut group tour tapi kami bertuah dapat private tour guide dengan harga B500 (RM50) aja siap ngan transportation (van) sekali… tapi kami kene keluarkan B700 (RM70) untuk tiket masuk Grand Palace (RM35/pax).. nasib baik tour guide kami tu baik siap sembang ngan pegawai tiket tu supaya tak kenekan bayaran untuk kids….. so free entry for the kids….

Kami spend half a day round grand palace + city tour and make it short pasal bebudak dah penat sangat berjalan dalam komplex istana tu, tambah pula dengan cuaca yang sangat panas…. tunggu cerita pasal Grand Palace ni ye.. sbb memang banyak cerita nak dikongsi bersama nanti…

On the way back to the hotel, kami bargain ngan tour guide untuk package Dream World plak.. So we secure with B3800 (RM380) untuk family package + food, transportation and the entry fees… untuk lunch tomorrow,  the tour guide buat special arrangement for halal food which we requested. Tips…. bargain gila-gila ngan tour guide sbb boleh dpt murah….

Lepas tour.. kami balik kejap ke hotel untuk lunch dan lepas tu kami buat shopping tour plak…… maklumlah.. sekarang nih seluruh Bangkok tengah Mid Year Sale… so mana-mana shopping malls ada sales….

Untuk hari nih aja.. kami starts from Siam Paragon…. then naik tuk-tuk ke Platinum Fashion Mall…. then naik tuk-tuk lagi ke MBK Plaza… so far MBK is still the best… berbakul-bakul beli barang kat sana.. kalu iman tak kuat….. sendiri mau ingat lah… tengok sana nak beli tu.. tengok sini nak beli ni… at last bebudak dah merungut sakit kaki dan lenguh kaki.. so thats the stop time for us from going on shopping….

Balik shopping almost Maghrib then had a very good simple dinner with Chef Wan Kurma Ayam dan Daging Masak Kicap… heheh beli dlm tin dan panaskan aja.. makan ngan nasi kosong yang beli kat MBK plaza tadi… sedap gaks…add on with pulut mangga… peerrrggghhh.. the best pulut mangga la… better than last time kat Hatyai…. kat sini lagi sedap…. huhuhuhu….

ooppsss… it almost 12 midnight dah nih.. esok ada tour lagi ke Dream World plak… nak bagi bebudak tu happy skit main air + themepark….. ok tunggu updatenya nanti ya…..