Ini Adalah Posting Berbayar
Sabtu, 30 November 2013. Sekali lagi saya dapat jemputan untuk menghadiri hari perlancaran Southville City yang akan dimajukan oleh Mah Seng Group Berhad yang terletak di Bangi Selangor. Sebelum saya cerita panjang, mari kita tengok apa yang menarik dengan Southville City ini.
Southville City dibangunkan diatas tanah seluas 420 ekar yang berstatus pegangan bebas (Free Hold). Ianya dibangunkan dengan bercirikan kehidupan moden dan mempunyai segala kemudahan asas dan perkhidmatan didalam satu bandar yang dirancang dengan rapi. Hanya 15 minit sahaja untuk ke kotaraya Kuala Lumpur melalui rangkaian lebuhraya Utara Selatan.
Bukan itu sahaja, pemaju juga masih lagi mengekalkan konsep hijau dengan memelihara sejumlah 20 ekar hutan hijau didalam kasawan persekitaran Southville City yang berpagar keseluruhannya dengan kawalan keselamatan yang sempurna. Selain daripada itu kemudahan-kemudahan lain tidak dilupakan seperti jogging track, laluan basikal, kemudahan rangkaian kedai, sekolah, surau, masjid dan sebagainya.
Jika kita tengok kepada master plan Southville City seperti gambar diatas ini… ianya sungguh menakjubkan. Kepada sesiapa yang ingin melabur dari segi hartanah, ini adalah lubuk emas masa hadapan.
OK… kalau nak cerita semuanya…. Tentu panjang ceritanya. Kali ini saya hanya nak cerita pasal Suites Eksekutif Savanna. Ia merupakan rangkaian 4 blok Suites Eksekutif 28 tingkat yang dilengkapi dengan segala kemudahan. Nyatakan sahaja apa kemudahan yang ada….. Kolam renang, Jacuzzi, gym, kawasan mainan air, taman refleksologi, dek yoga, taman herba, kawasan BBQ, dewan serbaguna, nursery kanak-kanak, taman permainan.. bla.. bla.. bla… huuhhh…..
Mari kita tengok pula setiap unit Suites Eksekutif ini.. Ia berkeluasan 956kp untuk Type-A dan 1017kp untuk Type-B serta 960kp untuk Type-C. Harga pula bermula dari RM34x,xxx dan keatas.. ngehh!! Ngehh!!
Dibahagian sebalah bawah setiap blok pula ada rangkaian kedai-kedai yang menawarkan barangan dan perkhidmatan kepada penghuni Suites Eksekutif yang serba mewah ini.
Tengok gambar atas tu… Floor plan untuk Type-A. Cantik susunan dia. Dan sebelum saya mengundur diri, mari kita tengok beberapa gambar yang sempat saya ambil dari rumah contohnya.
Ruang Dapur dan Ruang Makan
Bilik Bacaan
Bilik Utama dan Bilik Persalinan
Sebagai penutup, sekiranya ada dikalangan anda yang berminat boleh terus melayari:
- http://www.southville-city.com/
- http://www.mahsing.com.my/index.php?option=com_property_details&id=37
Segala maklumat terdapat pada link diatas.
Sekian.