Tag Archives: Asam Pedas

Makan Asam Pedas Melaka

Masa pi Melaka hari tu… kiterang makan asam pedas kat Dataran Pahlawan. Ala area Downtown Melaka, Newton Foodcourt. Kalau dari Mahkota Parade to, haaa kat belakng tu je. Dah rasa macam orang Melaka dah, kalau mencari tempat makan kan? Sebenarnya, tak tau nak makan apa, since duduk town area, driving is no no, so jalan kaki cari makan lah . Sekali nampak Newton Foodcourt. Masuk jalan dalam tu… boleh kata banyak gerai jual asam pedas. Kiterang tgk mana yang menarik hati je lah, Last last makan kat gerai asam pedas JR… ye kot tu nama dia. Tak ingat.

Bebudak makan masakan panas gerai hujung, kiterang je makan asam pedas. Lapar ni, lunch cuma makan kuih nyonya yang beli kat Baba Charlie. hahaha tu je.  So I ambil asam pedas ikan pari, Kheirul plak, ikan parang. Lapar sangat, malaslah nak amik ikan parang…menguji kesabaran je. Rasa sikit je,

IMG_0488

Ni lah rupa set asam pedas. Ada telur masin dan ulam. Kheirul amik kupang. Kupang tu sedap tapi sebab over cook, jadi tak sedap lah… BIla overcook, kupang jadi kecut dan keras. Kalau asam pedas tu, kalau tanya Kheirul, dia kata bini dia masak lagi sedap… hahahhaha

Forme not bad lah… takdelah wow factor tu biasa je, sebab normally my asam pedas mesti ada daun kesum, sebab rasa daun kesum tu sedap, pastu ada bendi… Tapi asam pedas ni ok dah… cuma terlebih masin..mungkin sbb banyak belacan. Asam pedas ni, overpowered by belacan. Kena kurang kan belacan sikit…

Habis lah kena lahabau sat lagi, komen asam pedas orang Melaka…Maafkan saya.. mungkin citarasa saya lain … citarasa orang lain plak lain… Tapi hari tu makan asam pedas kat gerai tepi jalan masa konvoi tu, sedap plak.. apa nama tempat tu pun dah tak ingat heheheheIMG_0491

Tengok muka Ashraff dah macam kucing tengok ikan… My kids memang ..kalau asam pedas , sekarang main hirup je kuah.. Dah pandai makan asam pedas.  Memang licin lah kuali tu, Ashraff hirup kuah asam pedas…Kira sedap lah untuk dia… :)

Harga dia pun boleh lah tahan, kalau town area… boleh lah… bergelas kiterang order air, pedas giler …

My Mom’s Asam Pedas

Last week kiterang balik kampung. Biasalah cuti sekolah.  Semua excited sebab last balik kampung adalah masa cuti raya puasa.This time balik kampung senyap je cos my sibling all dok KL abiskan cuti sekolah with my sis n bro . Selalu rumah ada orang . Tapi yang best mintak jelah nak makan apa semua mak kita masakkan untuk kita. Belum sampai kampung lagi, kiterang dah start banyak makan. First kite makan kat RnR Temerloh. Kheirul la ni… ni kira brunch ni.

Ha ni namanya masak tempoyak. Kheirul amik Patin tempoyak… I amik Ikan Baung masak tempoyak. Sedap sampai licin I makan and kuah dihirup. suap Rayyan sikit lepas dia tak nak dah sbb dia makan roti dah and makan pau lagi. Pastu dia buat “kuih lepat” Rayyan..Rayyan mana pergi esti nak tinggal cenderamata.

Sampai rumah plak..memang selalu stop rumah I dulu sbb paling dekat, mak kita masak nasi kerabu. Hish macam tetahu je. Semua dia dah siap masak nak tolong goreng chiken wing untuk cucu je.  Sorry takde gambar. Nasi kerabu kelantan ada 2 jenis, satu nasi kerabu biru yang takde kuah tumis and satu lagi nasi kerabu putih yang ada kuah tumis. Mak kita and MIL suka and sangat pandai buat.Kang I nak try buat la.Breakfast pun I bedal nasi kerabu. Macam biasa nasi kerabu saya mesti banyak kerabu dari nasi. macam-macam daun ada, daun samak, daun kesum, bunga kantan, kacang panjang,timun and entah apa daun lagi. Besok tu I masak tengah hari , masak biasa je, goreng ayam and ikan , sup sayur and panaskan kuah nasi kerabu. Lepas makan tengah hari keluar ke Kuala Krai tengok tok sedara sakit, sian dia, Sakit kanser darah. Now tgh kemo , baru 2 kali kemo while abah plak ke Kota Bahru sbb ada org mintak tolong hantar pi spital tgk ayah dia sakit. Sian plak dgn budak ni. Mak dia pun sakit, ada kat rumah, ayah dia pun sakit kat hospital. Mamat nilah yang kerja cari rezeki dgn adik laki, balik masak, uruskan mak. Bila tengok keadaan dia, terus rasa bersyukur..jgn selalu nak merungut. itu la yang I ingat. err belum kahwin lagi. bila mak tanya bila nak kahwin..dia cakap.. ada ke orang nak kat saya yang tak berduit ni???

banyak menceceh plak I ni kan…ha inilah asam pedas mak . Dia buat Asam pedas ikan kerisi. Seekor bawak pi rumah MIL sbb MIL suka asam pedas. Actually nak masak 2 ekor je sbb ikan dia besar, tapi dekat nak masak sekali ikan hilang sekor??? kucing curi. aiyoo..terpaksa tunggu van datang beli ikan kerisi lagi. Kat rumah banyak kucing..kucing jiran selalu mintak makan.

Asam pedas ikan kerisi, sayur kacang dengan udang dan ikan goreng. Semua fresh, Nak masak asam pedas, terung amik kat belakang rumah, lengkuas, kunyit, serai, daun kesum pun sama. syok kan duduk kampung. Balik kampung rasa tenang je jiwa.

Next entry, I citer pasal jenjalan kat Rantau Panjang. citer pasal makan le…

Ramadhan 8 :Asam pedas terubuk

Ni juadah berbuka untuk hari Isnin hari tuh. Since Kheirul cuti untuk settlekan sekolah Afriena, so sesambil tuh singgah la pergi pasar untuk cari ikan terubuk. Hari tu dia pergi, ikan tak berapa segar. Alhamdulillah ada gak ikan terubuk . Oklah segar lah jugak. Kiterang ke Pasar Borong Seri Kembangan. First time gak lah Rayyan masuk pasar and as for me dah berzaman tak pergi pasar. Selalu Kheirul yang pergi, kang dia balik siapkan semua and me tunggu masak je. :) Rayyan plak masuk pasar macam blurr je sebab banyak ikan kot. Senyap je. Lepas pi pasar pi amik Ashraff kat Sekolah Agama then bawak balik rumah kasi mandi, rest kejap then ke Sekolah Cina plak.

Petang lepas settlekan urusan daftar haji, balik tidur sat pastu bangun masak asam pedas. I suka asam pedas esp ikan terubuk sebab rasa lemak ikan tu masuk dalam kuah. memang superb. sedap kuah tu hirup-hirup je.Ni kalau MIL tengok ni, mesti dia suruh masak. :) Resepi asam pedas boleh lah tekan kat sini. Yang ni I buat ikan pari, so you all tukarlah ikan kegemaran memasing. Nanti nak try ikan parang plak lah…

Selain ikan terubuk, kiterang beli sotong gak. Perghh sotong mahal gak..nak cari yang fresh tu susah betul. Kiterang buat sotong goreng tepung. Yang ni Kheirul lah yang buat sebab I takut meletup. Tapi tak meletup pun. Sotong banyak ni, Ashraff jelah makan.Sotong ni goreng pakai tepung kentucky.

Pastu I buat puding sagoo. Kheirul favorite.  Terlembik sikit, tapi sedap plak bila lembik. Sagu makan dengan santan dan gula melaka. Kalau nak tau, Rayyan habis semangkuk kecil sagu ni. Dia suka rupanya. Memagnlah sikecik ni kuat makan. Sekarang pun dah macam tembam sikit. Nak dokong pun ada penat sikit. Resepi Puding sagu ada kat sini. You all nak buat kaler apa-apa pun boleh. Kali ni buat kaler hijau and putih plak.

Oh semalam tak amik gambar pun for makan-makan. Semalam masak Sambal Udang dengan Petai, Petola masak air dan keli goreng. Pastu I buat agar-agar gula melaka. Hari ni plan nak masak nasi ayam jer. tetiba suami cakap, Hari nasi ayam boleh tak? Sehati sejiwa betul..