Banjir Di Kampung Kerilla

Semalam terasa bagai hari yang panjang. Rasa bimbang dihati bila memikirkan keadaan banjir di kampung. Pertama kali seumur hidup ini, Kampung Kerilla di landa banjir. Seingat saya… last banjir yang air naik masa umur 10 tahun kot. Tapi air cuma sampai ke dapur dan kami tak perlu pindah. Tapi semalam masa called kampung, I hanya mampu bercakap sekejap sebelum talian terputus. Masa telefon semalam, air dah masuk sampai rumah bahagian bawah. Masa tu parents dah kemaskan barang penting. Barang -barang letrik dah bawak naik ke bahagian atas rumah. Lepas tu memang tak tau .

5

pagi pukul 9.55 air dalam rumah

4

pukul 10.54 air dah nak ke jalan dah…… my parents dah kemas barang penting je.

Info yang dapat semalam dari my mom, as at 11am, dia cakap rumah mak sedara belakang rumah dah nampak bumbung dah. Last photo dapat dari my brother kat kampung, Air dah naik ke jalan. Seharian…melekat kat phone …cari nombor telefon, tanya sesapa yang boleh mintak tolong tentang bantuan… My friend lagi kesian, dia kat Batu 30 dari 2 hari lepas sebab balik untuk urusan pengebumian ayahnya, Dia tak sempat tengok ayahnya buat kali terakhir, Rumah parents dia pun dah tenggelam, anak- anak berada di kampung.

update dalam family group... pukul 6.32 tapi tak tau gambar ni di ambil pukul berapa. Ini sekolah yang jadi kawasan pemindahan

update dalam family group… pukul 6.32 tapi tak tau gambar ni di ambil pukul berapa. Ini sekolah yang jadi kawasan pemindahan

ni update dari wasap jugak... air dalam kawasan sekolah

ni update dari wasap jugak… air dalam kawasan sekolah

Info waktu petang, mangsa banjir ada kat pusat pemindahan banjir di SK Kanmpung Kerilla, dan sekolah tu tingkat bawah dah tenggelam. Bekalan makanan pun dah takde. Ada jugak penduduk kawasan seitar berlindung di atas bukit. Teringat kisah Nabi Nuh, Inilah ujian Allah, dia nak kita jangan lupa dia. Ada hikmah dengan semua yang berlaku.

kampung bila air dah naik ke jalan

kampung bila air dah naik ke jalan

Semalam sebelum tidur, my sis called, dia cakap…her husband managed to speak to mangsa banjir kat kampung.  No food no electricity. Tapi our family members and other mangsa selamat. Dorang amik makana dari kedai sebelah sekolah yang tenggelam… Tuan kedai suruh amik buat alas perut. Semoga Allah permudahkan urusan mereka semua, dipermudahkan urusan menyelamat dan mereka dalam keadaan tenang.Juga sapat update dari kawan dan juga adik yang bantuan akan sampai hari ni Insya Allah dengan Helikopter sebab air deras bot tak boleh lalu.  Air banjir datang dari atas iaitu Kuala Krai, dari Sungai Kelantan yang dah melimpah dan dari Bukit Besi yang sangat mengarut pengurusan dia.  Askar juga sudah masuk ke Temangan. Cuma kampung kami dan kampung berdekatan je belum sbb air deras.

Semoga segalanya di permudahkan. Habis banjir, masalah lain plak akan timbul. Macam mana keadaan rumah yang rosak, motor kereta, barangan keperluan harian yang takde, pakaian… Besar dugaan mereka.

Cold Sunday with Hot Dish

Biasalah… musim winter macam ni. sejuk je kan. Winter lah sangat…. musim bah. Sepanjang last week , dok follow update dari member-member pasal banjir kat Kelantan. Memang besar jugak banjir kali ni. Iru lah kuasa tuhan. Tapi kesusahan ada kesenangannya. Apa yang terjadi ada hikmahnya. Ikan senang dapat. Tahan pukat je dapat ikan. Dulu kalau masa kecik-kecik dulu time banjir je, mesti dapat makan ikan sungai. Tak ikan sungat ikan darat. Sebab senang dapat. Kalau ikan dara tu…siap boleh nampak dalam dalam parit.

Kiterang tak balik kampung pun. Hujung-hujung tahun macam ni, suami busy je lah… so lepak kat rumah. Paling jauh keluar rumah pi kedai mamak makan nasi daun pisang. Kiterang jumpa restoran nasi daun pisang yang sedap. Rupanya dekat ngan rumah je. Nama restoran tu Maulana Daun Pisang. Restoran tu kat Equine. Kalau dari Serdang, AEON sebelah kanan, tapi restoran ni  kena masuk junction kiri. First masuk akan nampak Maulana food court, tapi bukan yang tu…masuk lagi sikit baru jumpa. Takde plak koordinat dia. Senang-senang cari kat GPS tu hah

image Rasa dia? Selalu kiterang makan kat Devi’s Corner Bangsar..kira dah sedap dah tu tapi yang ni lagi sedap. Sebab kuah dia memang power. Mamak yang tuang kuah senyum je bila I mintak kuah banjir. This is me kalau makan kuah kari. Itu je yang I makan. Selalu I akan amik ikan goreng tapi kali ni takde ikan yang memikat kalbu. so makan ni je and sangat sedap. Cuma satu je… pedas sikit untuk I. Bebudak lak order maggi…amboi sindir mama nampak mentang-mentang mama tak kasi beli maggi letak kat rumah, dorang order maggi. Makan lah dua beradik tu. Rayyan yang order roti canai, dia switch makanan dia ngan Afriena sbb dia nak maggi  and Afriena plak nak roti canai. Korang ni pelik tau… habis dorang makan.  Harga makanan kat sini murah sikit lah dari Bangsar. Dah jumpa port baru syok lah nak makan sini.  Sekali sekala boleh lah kan.

Semalam .. lepas Teakwondo, balik rumah lunch cuma goreng pisang. Bebudak ni lah request goreng pisang cheese. I guna pisang tanduk. Kalau beli 2 bekas pun tak cukup, So baiklah buat sendiri. Ha makan lah korang kenyang-kenyang. Petang lepas asar baru lah I masak dinner. Memang early dinner semalam. Rayyan makan bertambah-tambah.  Dia kata sedap. Dah lah pagi tu dia citer, dia keluar ngan papa…padahal turun makan sarapan kat bawah je. Tanya dia makan apa? Makan roti canai..I tanya makan berapa..makan dua. I tanya Kheirul…Kheirul cakap bukan roti kosong, roti telur dua…gulp… banyak betul dia makan. Pastu tanya dia..minum air apa…dia jawap air tak tau… hahahaha…

I masak simple dish semalam.

image

Taugeh masak air , terung sambal requested by Ashraff, Sambal udang petai and ayaym goreng kicap.

Masak sikit-sikit…and alhamdulillah habis. Udang sambal tu , I guna udang kecik je. Dulu kecik-kecik my mom kalau buat sambal udang guna udang ni je. Rasa dia lagi sedap. Kalau udang besar manis dia kurang. Semalam ingat nak beli udang besar sekali sekila RM30, nampak udang murah ni, amik je lah udang ni. Jarang jumpa udang kecik ni… kat kedai tulis udang sayur…. Nanti nak beli lagi lah… Buat sambal nasi lemak pastu bungkus daun pisang… pehhh mesti sedap.

Ayam goreng kicap tu masak simple je. Bebudak suka lah….Selalu ayam kicap rebus tapi sebab dah boring…buat camni plak. Nanti I buat lagi sekali amik gambar sopan sikit, then I share resepi ye. Insya Allah.

image

Ayam goreng kicap sempoi

 

Penyelesaian Rambut Gugur

LAtely rambut asyik gugur je. Dah letih dah try macam-macam syampu kat kedai tu .  Agaknya rambut gugur ni sebab faktor umur kot. Entahlah… Tapi I teringat balik apa yang PAed cakap masa Afriena ada masalah rambut gugur hari tu. Doktor cakap, masalah berkaitan rambut gugur ni sebab kurang zat dalam badan, masalah hormon dan kandungan kimia dalam shampoo. Paed tu cakap…. shampoo yang jual kat kedai banyak kandungan kimia. Dia kata kalau tak caya cuba buat cuci toilet. Memang bersih toilet, Betul cakap doktor ni. Kurang zat dalam badan penyelesaian dia..makan lah makanan seimbang. Amik supplement… ok yang ni dah settle. Masalah hormon… kena lah kawal hormon sendiri.  Masalah shampoo… I cari shampoo organik.

Dulu kalau pakai shampoo biasa, Bila cuci rambut, rambut gugur ada dalam 20 helai kot. Banyak. Kalau berteruan macam boleh botak . So I decided to use this shampoo selepas baca banyak review yang meneyedapkan hati. Beli online je. Harga boleh tahan lah. I guna selang 2 hari kecuali kalau hari-hari yang aktif macam baru lepas training ke, joggingke…tengok lah. Hasil dia..Alhamdulillah berkesan. Sekarang kalau cuci rambut, helaian rambut yang gugur dah kurang. Paling banyak 5 helai je. Tu pun rambut yang halus-halus je.  Bau shampoo ni ada macam halia sikit, pastu rasa berangin sikit kepala. Shampoo dia pekat, guna sikit pun dah berbuih. I tak guna conditioner pun… Sebab tak suka. Tapi bila rambut kering, I sapu rambut dengan minyak zam-zam ni. NI beli untuk Afriena dulu sebab rambut dia gugur kan, so kiterang kongsi je la.  amik sikit je then sapu kat rambut. Bau dia pun wangi je.  TEringat dulu masa duduk dengan my Mak Long, Dia selalu sapu kat rambut I sambil dia bebel…kita perempuan kena jaga rambut ni, makan jangan makan merepek..bla bla.. And my mak pulak dia dulu sapu minyak rambut cap Madubala. Dia dalam botol kaler hijau. Yang tu bau boleh pening. Tapi bagus untuk hitamkan rambut.

 

image

MInyak rambut yang sangat legend

So sapa -sapa yang ada masalah ni…boleh lah cuba kot mana tau menjadi. Rambut gugur ni meresahkan hati jugak sbb takut botak kan…