Mengidam nak masak-masak

Boleh rasa mengidam nak masak-masak. To be exact nak makan kot. Bulan puasa ni belum lagi berkesempatan masak makanan kegemaran keluarga. So far anak-anak takde komplen lagi makan lauk sama masa berbuka kat masjid. Nampak laju je makan. Habis je nasi dalam pinggan. Rayyan pun sama. Walaupun dia dah kenyang  makan kat rumah, sampai masjid, mesti dia nak beratur amik nasi. Alhamdulillah, takde yang komplen dapat lauk banyak ke sikit. Moga-moga inilah adalah cara yang terbaik untuk kami merasa nikmat ramadhan. Merasa macam mana orang susah yang nak makan nasi satu hari sekali pun susah, apatah lagi lauk-lauk yang sedap. Nak makan buffet Ramadhan lagi lah jauh nak merasa melainkan ada orang sponsorlah kan. Harap cara ni berkesan untuk anak-anak tengok keindahan ramadhan. Bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga. Macam kata Ashraff lah..

Mama… bulan puasa ni kena sabar tak boleh marah-marah. Hahahaha pandai eh.. Ashraf oi… nak marah pun mama tak larat tau. Oklah sekarang ni I mengidam nak masak asam pedas ikan . Tak kira ikan apa. Ikan pari ke, terubuk ke atau merah. Pastu nak masak kari ikan. Itu lauk wajib I yang kena ada seminggu sekali.

Asam pedas terubuk…. my fav

Suka masak kari ikan, sebab memang hit. Semua suka.

Sedap nih… tapi nak buat dia banyak kerja. Nak masak kuah, nak buat kari ayam kering, nak buat sambal. Tapi berbaloi lah…

Selain tu teringin nak masak menu kegemaran suami.. Nyonya Laksa. Tuinggulah ye bang tunggu time takleh ke masjid.

budak-budak suka sangat makan laksam. Kalau beli tak berapa puasa hati.

Budak-budak plak… laksam dan roasted chicken. Dah ada dah plan ni. Macam sekarang ni since tak masak apa-apa yang menarik, I just buat kuih berbuka. Semalam buat cream puff. Pagi lagi dah buat filling dia. Baru nak buat shell dia sekali takde letrik. Lama plak tu. Pukul 2.45 baru ada terus panaskan oven buat cream puff shell. Takleh sbb dah janji ngan bebudak so tak sampai hati lah kalau tak buat. Nasib baik Rayyan ada boleh tolong rasa filling and dia tolong habiskan filling yang ada lagi semangkuk. Biasalah sikecik tu kan…

Apa menu buka puasa you all?

Oh ya kalau nak resepi masakan yang I mengidam nak masak tu, boleh lah click gambar dia

Rayyan puasa tak?

Rasanya ni baru nak update kisah bulan puasa. dah 5 hari kita pusa. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Ashraff and Afriena ok je. dah  besar.  Rayyan je belum. Cikgu-cikgu Rayyan tanya, Rayyan tak puasa ke. So I cakap lah, dia kecik lagi. Tunggu bila dia ready nak puasa. Macam Ashraff umur 9 tahun baru betul-betul dia puasa. Solat dulu yang diajar. Afriena umur 8 tahun sebab dia nak ikut Ashraff. Actually semua tanpa paksaaan dan tanpa janji dapat upah puasa. Kat rumah ni takde pun sistem upah kecuali I cakap, kalau sapa nak duit RM1.. tolong cuci pinggan, tapi sekarang tak payah upah dorang makan dorang cuci sendiri. Kadang Rayyan pun cuci pinggan dia. Yang tu rasa pening-pening lalat dia cuci pinggan dia lama sangat. RM2 untuk sapa yang cuci toilet. Tapi sekarang Ashraff buat sendiri je sebab toilet dia. Macam Afriena nak bertudung pun takde paksa, dia sendiri yang cakap nak pakai. Alhamdulillah nampak lekat kat kepala tu. Gunakan terma ini Jangan paksa tapi didik.

Puasa ni belum lagi ke Bazar Ramadhan.Ramai bebenor orang kat Bazar, sampai jalan pun dok jem je. Puasa kali ni kiterang buat kelainan. Bebuka di masjid. Idea datang masa  sehari sebelum puasa. Kheirul cakap, kita berbuka kat masjid je. Masak dan pack.  So masa first day tu , I masak Meat Pasta bungkus. ingatkan kiterang je kat situ berbuka, rupanya punyalah ramai. Siap ada katerer. Jadi makan lah apa yang ada kat situ. Hari kedua pun sama, Hari kedua buat roti jala yang di jala oleh Ashraff. Buat lebih sikit  sbb boleh kongsi dengan geng sebelah. Begitulah hari-hari berikutnya. Masak satu benda je. Ada masak sayur je, buat onde-onde je… macam tu lah. Menu kat masjid sangat simple. satu lauk, sayur dan sambal belacan. Suprisingly, budak-budak suka dan excited. Afriena yang tak berapa makan nasi boleh habis sepinggan nasi. Rayyan n Ashraff tak payah cerita. Memang makan banyak lah. Seronok berbuka ramai-ramai. Sambil tunggu azan bebudak pi main kat tepi kolam ikan, sambil tengok keindahan senja. Selalu bulan-bulan puasa budak-budak mintak nak makan itu ini, tapi kali ni dorang makan je apa yang ada.  Agaknya selalu sangat tengok gambar orang-orang susah dalam FB kot. Harap dorang terus istiqomahlah dengan kesederhanaan.

image

Inilah pemandangan yang dapat kami tengok setiap hari. Ni gambar semalam sebab Rayyan tunjuk… mama tengok tu moon. Cantiknya. Sempat snap, masa tengah kemas tempat makan.

image

Lauk yang simple. Penuh pinggan tukang cedok kasi .  Nampak biasa tapi mengenyangkan. Bila tanya bebudak, sedap ke makan? Sedap mama. Best tak buka puasa kat sini? Best. Senang berbuka kat masjid, boleh terus naik solat kat atas. Rayyan siap mandi lagi. Haihhhh sikecik ni memang lah. Tapi yang bagusnya belum Isyak lagi dia dah zzzzzzzz sampai esok pagi.

image

Ni hari first puasa. Tengok Rayyan tu… Dia dah sibuk makan dulu. Takpe asalkan dia senyap. Dia makan dulu, orang dah habis dia tak habis-habis lagi.

Ashraff cakap bulan puasa ni tak boleh marah-marah mama nanti kurang pahala. Lepas tu bulan puasa dorang sibuk nak menolong kat dapur, katanya nak dapat pahala. Rayyan pun tahu, puasa tak boleh makan tak boleh minum. Tanya dia macam mana tau? Dia kata Abang cakap.  Ashraff dia panggil abang, Afriena dia panggil Afriena jugak. Reason? Dia pi masuk bilik Afriena dia tunjuk name tag Afriena dia eja… A-F-R-I-E-N-A.. Afriena mama bukan kakak… huhuhu nasiblah kan… anak baru masuk tadika.

Ok got to go… nanti kiter citer pasal sahur ye

Insya Allah

Oh ya… bila tanya Rayyan

Rayyan nak puasa tak?

Rayyan kecik lagi, tak puasa nanti penat…

Kelab Taekwondo Darul Fuqaha

Tak pasti , I dah bercerta pasal kelas Taekwondo kat sekolah Ashraff dan Afriena.  Actually kelas ni dah start dari bulan 2 lagi. First grading pun dah buat. Kelas ni Kheirul yang ajar. I plak tukang tolong mana yang patut lah sebab dalam kelas tu jugak pelajar perempuan maka, sentuhan wanita diperlukan di situ. Ye lah nak betulkan kaki, tangan, badan mana boleh cikgu laki yang sentuh.So dalam tolong Kheirul ajar, I pun sambil-sambil belajar jugak. Belajar benda basic yang kadang -kadang I selalu lupa.Pagi pergi kelas belajar macam biasa, petang belajar yang basic. Belajar dengan orang yang berbeza , for me sangat untung sebab setiap instructor/ senior ada kelebihan masing-masing.

okay…. as of now,pelajar ada dalam 42 orang . Alhamdulillah adalah dalam 30% dari peljar sekolah yang join. I pun dah bleh ingat nama-nama orang. Dan tau perangai masing-masing. Ada yang suka melompat,  kacau orang, tidur dlm kelas, suka nangis, banyak cakap. Macam-macam la tapi dorang ni menghiburkan. Spend time dgn orang macam spend time dgn anak sendiri gitu. dioang panggil kiteorang cikgu . Pengetua sekolah tanya, kenapa tak suruh pangill mama je? Hish rasa pelik plak kalau panggil mama. Baru berkesempanatan amik gambar last week. Last class before Ramadhan. Iu pun dorang nak suru ajar masa bulan puasa. Tak ramai datang hari tu sebab baru lepas cuti tap semua excited sbb nak sparring.

Dorang ni dah lama dah dok tanya bila boleh sparring. Bab ni mmg menyeronokkkan lah. Melompat-lompat dorang.

image

Cikgu Kheirul tengah menerangkan cara pakai sparring gear. Lepas tu sambung ajar teknik sparring. Dah abis belajar teknik baru boleh mula sparring.

image

baru boleh sparring. Bila dah sparring ramai plak budak-budak yang turun tengok termasuklah warden. Insya Allah bila buat macam ni ramai lagi yang akan join. Taekwondo ni bukan saja untuk mempertahankan diri,kecergasan tapi disiplin dan meningkatkan keyakinan diri.  Itu yang pengetua nak serapkan tu.

image

Ni Ashraff yang sparring. Saja nak tunjuk macam mana nak sparring. Kasi idea sebab ni kira first time dorang sparring.

image

Ni time nak habis kelas dah. Kelas habis pukul 7. Budak-budak ni bagus tau, sebelum start kelas dorang berkumpul kat dewan solat asar berjemaah. Tak payah cakap, dorang pi sendiri bentang sejadah pastu iqamat. Alhamdulillah.. tarbiyah cikgu-cikgu disini sangat berkesan. Perkara yang paling penting, solat. Tu belum lagi terpaku bila dorang solat atas kenderaan masa jam balik camping hari tu. Kalau kita mesti nak turun cari surau kan , tapi dorang naik bas siap wuduk sbb takut jalan jam. Alhamdulillah. Semoga istiqomah.

Anw, terbaru kecoh pasal ratu gimnas pasal pakaian, quite sad kan. kesian dia. Tak patut buat macam tu kat dia. Yang tukang komen pun kalau nak tegur ada caranya. Akhlak dalam menegur perlu ada. Kementerian Sukan pun perlu ambil berat pasal ni. Kaji dress code dia. tengok pasukan hoki dan bola jaring, dulu pakai skirt sekarang dah pakai seluar panjang.I mean , semua ni boleh kautim lah.. Anyway, pelajar perempuan dalam kelas taekwondo kat sini, semua berstokin, yet dorang baru sekolah rendah. fuhhh dakwah yang bagus dari dorang.