Photo Book from FotoZZoom

BUlan-bulan puasa tengah hari sangatlah free, bosan jugak takde buat apa-apa.. jadi masa terluang tu, I beleklah gambar-gambar lama kat dalam PC ni. Tengok gambar Ashraff dan Afriena zaman kecik, gambar travel, gambar Rayyan masa baby. Bila tengok gambar-gambar ni, terbit lah idea nak buat photo book. Selalu ambil gambar then kita pergi kedai cuci je gambar, tapi yang ni nak buat photobook. Bolehlah lah compile gambar letak dalam satu buku, kiranya buatlah satu cerita. So I macam biasalah surf dalam internet kot kot ada service macam tu kan. Selalu US based website ada buat service ni tapi mahal sebab nak kena consider kat shipping rate. Mahal lah sangat shipping rate dia. Lagi mahal dari service.  So, bila surf , finally jumpalah FotoZZoom

mmm menarik jugak pakej dalam ni. Pulak tu senang je cara nak order phto book. Sekarang ni semua main online, lepas knock knock orang hantar depan rumah. sempoi…. So mari , I tunjukkkan caara nak buat photobook dengan FotoZZoom dengan cara yang sangat senang.

1. PILIH REKAAN PHOTO BOOK YANG BERKENAN DIHATI

pening kepala jugak lah nak pilih rekaan dia,sebab adalah 99+ rekaan  dalam tu. Hai berpinar mata tengok. Semua catik dan setia rekaan  sangat unik. Macam I, I pilih  ” Together Sweet Home” Nampak cute je dan sesuai untuk yang bertemakan famili.

2

2. PILIH JENIS DAN SAIZ PHOTO BOOK

Bila dahberkenaan dengan rekaan tu, preview untuk tengok dengan lebih dekat. Bila dah berkenan, pilih book type and size lepas tu tekan “Choose This Photo Book“. Actually ada macam-macam size dalam tu. Hish macam terasa nak buat untuk gambar kahwin plak. Kena tanya fotozzoom ni, dia buat tak untuk gambar yang zaman guna negatif filem tu.

34

3. NYATAKAN CERITA BERKENAAN GAMBAR

senang je ni. Tick je mana yang berkenaan macam gambar kat bawah ni..

5

4. TAJUK DAN COVER PHOTO

haaaa… siap boleh buat tajuk lagi. Boleh lah nak add gambar untuk cover photo book tu..

6

5. MAKLUMAT PERIBADI DAN BAYARAN

biasalah .. bila dah buat online order tu kenalah isi maklumat ni. So sapa ada voucher ke, boleh lah diisi

7

6. PERIKSA RINGKASAN PESANAN

bila dah isi semua maklumat, nanti akan dapat ringkasan pesanan beserta harga.

*IMPORTANT* The summary price does not include GST 6% & shipping charges (if any)

7. UPLOAD GAMBAR-GAMBAR

Ha apa lagi,  upload lah gambar..

I upload gambar dari tahun 2007 sampai 2014. Alahai comel-comel bebudak masa tu.

DSC_0238

tengoklah gambar dorang ni… comel jer…. Sayang kalau tak buat photobook.  Nanti boleh tunjuk kat dorang bila besar. Oh ya, sementara I dok taip ni, I baru je siap submit order, siap bayar dah. Sekarang cuma tunggu email dari Foto ZZoom untuk I review photo book yang I order before printing. nanti boleh lah tambah apa-apa yang patut. Ohh tak sabar nye nak tengok photo book tu, Nanti I share ye gambar photo book…

Tips bersama anak di masjid

I know , I know I dah cerita pasal berbuka puasa dia masjid.  Kiterang pergi ke masjid yang berbeza. Masing-masing ada keistimewaan sendiri. Ada masjid yang bersih, toilet tip top, tempat wuduk bersih ada mesin jual air tapi takde nurseri. Tapi kalau untuk family kiterang ni takpelah.  Yang penting toilet , tempat wuduk dan bilik mandi bersih dan ada aircond dah cukup bagus. Pasal Rayyan sap sap soi je jaga dia. Dia bukan buat bising pun kat masjid. Paling nakal pun dia lari-lari tapi selalunya dia akan alas kain, amik bantal dia dia baring. Tapi kalau mood ustazz datang, dia solat sama. Macam hari tu dia solat terawih dan witir . Memang dia buat tapi tergedik-gedik dia dok lompat sambil solat. Pasal berbuka kat situ makan je apa yang ada. Pernah makan nasi dengan lauk je tau, tapi dorang tak komplen pun.

nurseri

So ada kawan -kawan tanya macam mana nak kawal anak-anak dalam masjid

Kalau ikut pemerhatian I, Ini tips dia

  • Bawa alat mainan yang tak bising, yang melekakan seperti lego,small board game macam ular dan tangga yang version kertas. Tapi jangan bawa pistol ke senapang ke… ha tu memang mak pak nak kena tembak
  • Bawa buku mewarna untuk kanak-kanak. Yang ni kalau kat masjid Uniten ada parents buat. Memang senyaplah dorang. Siap ada kawan-kwan yang join. Tapi make sure ada sorang yang monitor kang tak pasal-pasal habis dinding masji ada kesan mural
  • tegas tapi mendidik, kalau anak jenis melompat menjerit, tegur elok-elok. Cakap kat dia kat sini tak boleh bising.  Tapi kalau tak makan saman yang jenis kacau orang lain solat, rasanya ibu atau ayah, jangan bawa sbb kadang-kadang, I boleh tengok naik juling mata jemaah lain kalau budak yang jenis pekik-pekik, pastu baling-baling barang, taarik telekung solat orang
  • Kalau anak-anak yang dah bersekolah macam umur 7 tahun tu, ajak solat sama. Suruh berdiri kat sebelah kita. Biar dia ikut kita sekali. mmmm btw, takde istilah putus saf ye kalau budak kecil satu saf ngan orang dewasa. Dengan cara ini, insya allah boleh kurangkan gangguan yang dilakukan geng-geng yang akan terbentuk. BTW, I pernah tengok budak sekolah menengah buat bising masa terawih, tarik-tarik member sebelah solat gelak-gelak kat member sebelah … masa tu lepas solat abang imam terus marah and offer penampar. hahahah yang tu memang lah dah besar nak jadi bapak orang kacau orang solat kan
  • Kalau anak kecik plak, kalau dia nangis ibu boleh je dok lepak kat belakang tenangkan dia, bagi minum susu. Ada jugak ibu-ibu yang saya tengok dia baringkan anak kecik dan dia solat sebelah. Yang ni kena cari masjid yang berhawa dinginlah sebab budak kecik dia kena selesa kan…
  • ada masjid yang buat nurseri… haaa boleh lah jengok-jengok tengok. Kalau takde mungkin, ibu-ibu boleh berpakat buat babysitting group kat masjid dgn syarat you all kenal lah sapa orang tu, Jangan korang main serah anak je. Boleh baby sit kat belakang and kasi buat drawing, puzzle ke atau apa-apa yang rasa logiklah

Harap tips ni membantulah..Kalau you all ada tips blh share kat sini ye

Mengidam nak masak-masak

Boleh rasa mengidam nak masak-masak. To be exact nak makan kot. Bulan puasa ni belum lagi berkesempatan masak makanan kegemaran keluarga. So far anak-anak takde komplen lagi makan lauk sama masa berbuka kat masjid. Nampak laju je makan. Habis je nasi dalam pinggan. Rayyan pun sama. Walaupun dia dah kenyang  makan kat rumah, sampai masjid, mesti dia nak beratur amik nasi. Alhamdulillah, takde yang komplen dapat lauk banyak ke sikit. Moga-moga inilah adalah cara yang terbaik untuk kami merasa nikmat ramadhan. Merasa macam mana orang susah yang nak makan nasi satu hari sekali pun susah, apatah lagi lauk-lauk yang sedap. Nak makan buffet Ramadhan lagi lah jauh nak merasa melainkan ada orang sponsorlah kan. Harap cara ni berkesan untuk anak-anak tengok keindahan ramadhan. Bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga. Macam kata Ashraff lah..

Mama… bulan puasa ni kena sabar tak boleh marah-marah. Hahahaha pandai eh.. Ashraf oi… nak marah pun mama tak larat tau. Oklah sekarang ni I mengidam nak masak asam pedas ikan . Tak kira ikan apa. Ikan pari ke, terubuk ke atau merah. Pastu nak masak kari ikan. Itu lauk wajib I yang kena ada seminggu sekali.

Asam pedas terubuk…. my fav

Suka masak kari ikan, sebab memang hit. Semua suka.

Sedap nih… tapi nak buat dia banyak kerja. Nak masak kuah, nak buat kari ayam kering, nak buat sambal. Tapi berbaloi lah…

Selain tu teringin nak masak menu kegemaran suami.. Nyonya Laksa. Tuinggulah ye bang tunggu time takleh ke masjid.

budak-budak suka sangat makan laksam. Kalau beli tak berapa puasa hati.

Budak-budak plak… laksam dan roasted chicken. Dah ada dah plan ni. Macam sekarang ni since tak masak apa-apa yang menarik, I just buat kuih berbuka. Semalam buat cream puff. Pagi lagi dah buat filling dia. Baru nak buat shell dia sekali takde letrik. Lama plak tu. Pukul 2.45 baru ada terus panaskan oven buat cream puff shell. Takleh sbb dah janji ngan bebudak so tak sampai hati lah kalau tak buat. Nasib baik Rayyan ada boleh tolong rasa filling and dia tolong habiskan filling yang ada lagi semangkuk. Biasalah sikecik tu kan…

Apa menu buka puasa you all?

Oh ya kalau nak resepi masakan yang I mengidam nak masak tu, boleh lah click gambar dia