Indoor Campers

Ini adalah idea yang diberi oleh Afriena, Afriena ni bagus. Dia suka melayan Rayyan, dengan syarat Rayyan boleh melayan dia main tea party game. Semalam dorang main game apa tah pastu Rayyan cakap nak tidur ngan kakak dia. Puas pujuk tido dalam bilik sendiri taknak nak tido ngan kakak jugak. Ok…tido lah

Sekali tak sampai 5 minit, dah datang bilik I. Mama nak tido ngan mama. kan….. betul tak mencari mama jugak. So I ajak tidur dalam bilik dia. SO tertido la kiterang. Dalam pukul 1 I sedar tengok dia hilang, takde kat sebelah. Cari bawah katil kot jatuh ke kan, takde plak. Hai…nervous plak…rupanya dia masuk bilik I cari I dalam bilik. mama, mama, mama. Eh Rayyan bukan ke Rayyan tidur dengan mama tadi. Tak larat lah nak bawak dia masuk tido bilik dia and teman tido, sakit badan . Katil sempit la.

Last I ajak tido sekali ngan I dalam bilik kiterang. Dia tido tepi sekali. I tanya dia nak she she tak, dia kata no. Ok tido sini, dengan harapan I bangun boleh hantar dia masuk bilik dia. Harapan dia tinggal harapan sbb I sedar dah pukul 6. hehehe. Nasib baik dia tak kencing atas katil. Dah pesan dah jangan sheshe atas katil mama tau.

oklah..meh citer pasal Rayyan n Afriena camping. Hari Sabtu kan hujan petang tu, nak pi swimming pun takleh, maka dorang main dalam bilik jelah. Main camping konon. Boleh lah asalkan tak kacau I masak. Khemah tu sebenarnya tempat simpan mainan Rayyan. So tak lah sepah nanti kalau simpan dalam box.

image

 

Jogging oh jogging

Macam biasa Sabtu adalah hari untuk bersenam. Bersenam maksudnya kena keluar pergi jogging.  So macam biasa bangun pagi, solat subuh, mata I dah tak boleh nak tidur dah. Main game, keluar masuk pi dapur, sebab semua sambung tido and I am so boring takde apa nak buat.  So agak-agak dah boring sangat, I pi rebus telur kat dapur untuk buat sandwich telur, masak air untuk buat kopi O.  Pastu sambung main game atas katil. Rayyan tido bilik sendiri so takde harapan nak kacau peluk-peluk dia. Malas nak tumpang katil dia. Sempit sbb dia suka tidur terkangkang melintang gitu. Pastu tetiba dia bangun plak, datang baring sebelah I, peluk-peluk kiss kiss, sambil cakap mama busyuk. Amboiii Rayyan, dia sedar tak yang dia tu bau asyem?? Orang dah cuci muka gosok gigi tau. Dah abis golek-golek peluk-peluk dia kejut abang dia main kat hall.

Pastu tetiba Kheirul cakap,

tak yah lah gi jogging hari ni, papa rasa macam nak demam je

Ala papa masuk minggu ni dah 4 sabtu tak pi jogging

Memang dah 4 minggu dah tak pi jogging. 1st sebab bebdak ada kem motivasi kat sekolah, 2nd sebab I period pain, 3rd sebab KHeirul ada kursus jurulatih Taekwondo and 4th sbb demam. Tapi takpe lah  sbb hari ni banyak plan nak kena buat ni. Lagipun sekarang, setiap Ahad I ada workout jugak. So masuk dapur buat breakfast, buat kopi. Kopi O ni macam dah satu ketagihan plak. Mesti nak kopi gak dalam satu hari kalau tak gila bayang. Ye lah terbayang kopi je. Layan bebudak makan pastu suruh mandi and bersiap turun. Tapi Kheirul turun dulu ngan Rayyan, settlekan hal bayar maintenance. Bila I dah siap, baru turun dgn Ashraff n Afriena. Lama jugak nak tunggu siap kat management office, so I bawak bebudak pi main playground kat rumah.

image

cari mana Rayyan… gambar yang sesaja kabur

image

Sekarang dah berani, main slide sendiri. Naik sendiri slide sendiri pastu datang kat mama dia, high 5  then kiss.

Dah settle baru lah keluar. Keluar pi cari barang  je pun. Kena cepat-cepat lah sebab Tesco nak datang hantar barang dapur plak. So macam lah jogging sangat. So you all buat apa hari Sabtu?

Lasagna : Pesanan dibuka

Hi semua, dengan ini saya ingin memaklumkan bahawasanya saya telah mula ambil order untuk lasagna. Jadi kepada sesiapa yang nak order lasagna bolehlah order di SINI.

lasagna

gambar ilustrasi

Inilah rupa lasagna, tapi untuk jualan , lasagna dibakar dalam bekas aluminium seperti di bawah

image

Harga setiap satu (dalam bekas aluminium )

Saiz besar : 8x8x3 – komen untuk harga

Saiz keci l :8x4x3 – komen untuk harga

Setiap pesanan boleh diambil di meeting point kawasan Serdang Raya, Bukit Serdang atau Merab.Sebarang penghantaran kawasan Lembah Klang akan dicaj RM10 dan cuma dilakukan pada hujung minggu sahaja.

Tempahan mesti lah dibuat minimum 2 hari sebelum tarikh ambil

Kandungan Lasagna:

Daging,lobak merah, celery, cendawan,keju mozzarela, Parmesan dan cheddar . Buat masa ini lasagna yang dijual adalah lasagna daging. Lasagna yang dimasak, tidak mengadungi MSG dan bahan pengawet lain.

Sila nyatakan jika anda ingin lasagna anda panas atau beku.

lasagna2

ilustrasi sahaja