Citrus Roasted Chicken

Saja nak share resepi untuk surirumah eurirumah jelita yang tetiba rasa malas nak masak bila husband takde kat rumah.   I masak roasted chicken je. Kat rumah ni, ni kira masakan paling malas, tapi sedap , berkhasiat dan sangat simple tak payah nak cuci kuali perouk bagai.  Normally kalau Kheirul balik lambat ke, dia akan cakaplah, dia tak makan malam ke kan, so I mula lah malas nak masak. So masak bendi gini je lah. Pastu buat mashed potato. senang kan?

image

 

Ini adalah citrus roasted chicken. Guna lemon dan orange  untuk bakar ayam. Resepi dia senang je.

Bahan-bahan

  • Ayam setengah ekor
  • 1 orange
  • 1 lemon sebiji
  • 5 biji bawang putih
  • 1 sudu kecil rosemary
  • 1 sudu kecil mixed herbs
  • 3 sudu minyak zaitun
  • pepper and salt

 

Cara-cara

  • Bersihkan ayam – potong kepada saiz yang anda gemar, taknak potong pun takpe
  • campurkan garam dan pepper bersama minyak zaitun , rosemary dan mixed herb
  • perap ayam dengan miyak campuran dan citrus yang di hiris nipis
  • tabur bawang putih sebij-sebiji macam tu je
  • perap selama 2 jam ke
  • Lepas tu bolehlah bakar dalam suhu 180-200 untuk setengah jam

 

image

Macam I , pukul 4 dah perap, pastu amik budak sekolah, pukul 6 sampai rumah, terus bakar. Lepas maghrib boleh makan dah. Sos  plak, sbb I  malas, I just beli serbuk sup cendawan, tu, lepas tu tumis bawang dengan butter then letak mushroon sup  tu, talaa jadilah gravy. Itu kalau malas. Tapi sebenarnya kalau tak nak buat buat gravy pun takpe sebab , jus ayam yang diabar tu pun sedap. Rasa masam-masam gitu.

image

Lepas tu buat, mashed potato dan makan dengan romaine lettuce ni. Senangkan?

Birthday’s week, month

Dua minggu ni memang dok celebrate  birthday je. Macam biasa takdelah sambutan yang pelik pelik. Takdelah main tabur tabur gandum, baling baling telur. hahah itu mengarut, membazir namanya Bebudak biasanya suka lah dengan birthday ni. As for Ashraff n Afriena, dorang request nak bawak party pack untuk kawan-kawan dorang. Ok jugak instead of cake kasi packed gift. Ada cupcake/muffin, jelly and other titbits. No sweets. Jimat masa bebudak, Tak payah guna masa belajar dorang.  Dorang cerita, amasing-masing excited lah nak dapat party packed. Semua cepat-cepat siapkan homework.

Last minute preparation.  Not bad

Last minute preparation. Not bad

Well semalam birthday I, Dah 36 tahun dah. Alhamdulillah. Semoga I sentiasa sihat, dipanjangkan umur, murah rezeki, sentiasa dirahmati Allah dan istiqomah. Ameen… . mmmm Bulan depan ada grading Taekwondo…berdebar plak. Hehehe berdebar takut lupa step. Selalu buat tak lupa tapi bila depan ramai orang terus lupa. Haaa begitulah konsep dia. Oh ye last week I ada buat lada solok.

image

dapat makan ngan nasi kerabu…perhhh sedap wooo

You all pernah makan atau mungkin cuba masak lada solok? I ingat susah nak buat dia, rupanya senang. Setelah bertanya kepada MIL dan my mom. Jadi jugak lada solok. Lada tu my sis, beli kat Kelantan. Biasalah lada ampung tu selalunya kat kelantan je jual. Lada tu dia ada satu bau dan rasa yang sedap, berbanding cili yang jual kat kedai.

Toys ‘r’ Us Plakkkk

sambungan citer hari Sabtu…Lepas habis KidZania, pergi solat zubur then, ke Toys r Us plak. Masuk Toys r us untuk beli hadiah birthday. Kalau masak dalam ni memang berejam lah dorang duduk. Semua mainan nak try. Lepas satu satu dorang test, pastu decide barang. Ashraff n Rayyan biasalah budak laki, kalau tak beli kereta, beli gun. Lately dorang suka sangat lah nak menembak. So dorang beli pistol. Afriena plak nak beli doll. Not barbie doll, dia nak baby doll. Hah memula dia nak yang doll yang boleh makan minum tukar nappy tu kan, ha yelah lah…elok elok mama papa dah lama tak spend duit beli nappy dia plak nak kena beli nappy doll plak… Pot pet pot pet…last dia amik doll yang tak payah nappy bla bla….

image

Tengah mencari anak anak ang berkeliaran

image

Sopan je anak dara…. Dia dapat spent lebih sikit sebab dapat nombor tiga masa ujian pertengahan penggal

Blur dah tak tahu nak mana satu

Blur dah tak tahu nak mana satu

 

Tengah dok mencari cari

Tengah dok mencari cari

 

image

dah dapat dah…sorang satu

 

image

Afriena pilih ni

So balik rumah masing -masing kilik mainan masing-masing. err Actually, I pun test gak pistol dorang. Bebudak nilah suruh main mama papa main lawan-lawan. Buat masa ni, setiap kali tidur mesti pistol kat bantal. Dah siap guna wat tembak cicak. Kena putus ekor lagi.. Afriena plak, doll dia tu siap tidur sebelah. Kasi minum susu, tukar0tukar baju. Kadang dalam kereta boleh teringat, alamak baby tak minum susu lagi. Rayyan kalau kakak dia takde  rumah, dia masuk bilik dia koreng-korek biji mata…nasib baik anak patung bukan baby betul