Category Archives: Uncategorized

Melawat Deoksu Palace

Part 9

21 Dec 2024

Pukul 5 lagi dah bangun, Subuh awal.. Selalu lepas Subuh memang susah nak tidur balik. So duduk tepi tingkap tengok keadaan kat lluar. sekali lepak sengsosang, nampak salji turun. PAgi tu memang lebat sali turun. kejut anak-anak, mmmm sorang je layan mama. Ysang lain tidur. sejuk sangat.so tidur lah dorang. SO sambil-sambil layan salji kat luar tingkap,

Masak simple macam ni

I masak lah untuk breakfast. Masak simple je. Masak ayam kicap, and telur dadar. Dah siap masak, kejut semua orang bangun makan. Lepas makan kerah semua pergi mandi nak keluar.

Mek jangok

Nak siapkan dorang ni lamb at. Berlapis- lapis pakai

Nak tunggu sengsorang siap ni..makan masa jugak. Stress mak.. Hari ni punya plan, adalah pergi ke Istana Deoksu atau Deoksugung. Senang je nak pergi tu naik train turun kat City Hall.

Tak berenggang ngan kakak

bergambar depan istana dulu

Sampai sana, kena beli tiket nak masuk. murah je…

Boleh tengok details kat bawah

Deoksugung, also called Deoksu Palace or Deoksugung Palace, is a former royal palace in Seoul, South Korea. It was the first main palace of the 1897–1910 Korean Empire. It is now a major tourist attraction. It has a mix of traditional Korean and Western architecture that reflects its history.

Tickets: KRW1000

Hours

Tuesday9 am–9 pm
Wednesday9 am–9 pm
Thursday9 am–9 pm
Friday9 am–9 pm
Saturday9 am–9 pm
Sunday9 am–9 pm
MondayClosed

Murahkan tiket masuk dia. Kat dalam tu, ada muzium dalam tu .

BIla dah masuk…budak-budak excited tengok memutih je..

bukan tebal mana pun…
3 beradik ni..excited… itu plan nak pergi lagi tu..

depan muzium
depan another museum
dalam muzium

Muzium dia sangat best sebab budak-budak boleh enjoy kat dalam tu.

Selain dari tu sebab pagi tadi salji turun jadi budak-budak lagi melayan snow. Lama jugak dalam tu. Nak tunggu dorang main snow dulu, pastu nak bergambar, masuk muzium dalam tu pun ada ada macam-macam yang menarik. tak boring lah.

berjalan kat taman..

2 jam jugak dalam tu..lepas tu baru keluar. Keluar pergi makan waffle , Leige waffle kat luar tu sebab budak-budak cakap lapar.

tunggu waffle.. Dia punya setup..

Sementara tunggu waffle masak, Afriena and Ashraff pergi beli bungeoppang untuk kedua kali kat taman kat situ. Dalam banyak-banyak bungeoppang, kat sini paling sedap kata budak-budak lah..

Selesai makan, Kami ke Seoul Plaza pulak. Kali ni nak main ice skating. its outdoor ICe skating. special request by Michiko. pandai dia buat itinerary. Till to the nest post…..

Our First snowfall in Seoul

Part 8, Jumaat 20 Dec 2024

BAlik dari Itaewon, dah kenyang kan semua.. maka balik tu tidur kor sampai petang. Masuk maghrib , solat. Semua macam tak nak makan, so dorang makan je apa yang ada. Ada yang makan roti,buah2 and noodle cup.

Dried persimmon. NI sapa kalau ada sembelit, memang patut makan. pelawasan yang menakjubkan

antara strawverry yang tersedap. manis, juicy dan besar

Lepas selesai makan, keluar kejap ngan Afriena and Ashraff, Keluar pergi Daiso and Olive young. Daiso depan airbnb je, hahahah senang sangat, Sapa nak pergi Seoul, duduk lah sini… dekat dengan Train, bus, Daiso, tempat makan, supermarket..Nak night stroll pun dekat. boleh layan street dance, buskers…

So kiterang pergi Daiso..look look see see… tiba-tiba balik bilik, barang dah banyak. Daiso yang best, murah lah..2-3 kali pergi Daiso, akhrnya banyak arang terbeli. skincare, mask, hair care..ahh macam-macam. terus tak masuk Olive Young. Kami sedar kami siap hahahaha…

Balik airbnb, lepak sekejap tepi tingkap..sekali budak-budak ni..eh eh I can see.. its snowing..

Masya Allah…its snowing…bdak dua tu..first time nampak snow..melompat-lompat nak turun..padahal masa tu dah pukul 9.30… Dah kena sarung baju, warmer jacket, turun bawah, mulanya..turun nak lepak depan je…mmmm dorang ajak sampai ke seberang jalan, sampai street market.

Dah sampai situ siap video call cousin doran glagi

Siap video call cousin dorang lagi sbb nak sampaikan khabar berita. Pastu dorang siap bersembang ngan local lagi.. so lepak layan satu dua lagu… lepas balik lah esok ada tempat nak lawat lagi

dia macam, dream come true. first time dorang experince snowfall, walaupun tak lebat, tapi seronok. termasuklah mama dia..

Alpaca World, South Korea

Part 4

19 Dec 2024

Hari kedua kat Seoul, dah ada aktiviti. Kami ke Alpaca World. Trip ni kami booking kat Klook. Harga masa beli kat Klook adalah MYR260.65/pax. Beli 2 bulan sebelum. Mungkin sekarang murah lagi memandangkan pertukaran matawang Korea Selatan menurun. Pakej kami Alpaca World-Gangchon Rail bikeNami Island.

So hari tu ber,ula dari pukul 5 pagi dah bangun, getting ready solat subuh, laundry dan siapkan bekal sandwich unutuk ke Alpaca World. Pick up time kat seberang jalan je, sekejap je, yang lambat nak siapkan budak-budak kecik nak pakaikan baju berlapis-lapis, nak kejutkan anak-anak yang dah tua ni sebab dorang sambung tidur balik. Padahal kan, dalam bas boleh tidur dalam sejam dua.

Sampai je kat pick up venue, terus naik bas dan teruskan perjalan, pick up orang lain lagi kat Myeong Dong dan Dangdaemun. lepas tu teruskan perjalanan ke Alpaca World. Layan ah view luar tingkap, pastu tidur, pastu layan view pastu baru sampai.Alpaca World ni terletak ni Gangwon-do,katanya daerah tersejuk.

Ni dia tengah bagi briefing. Pastu pakat panggil alpaca. berlari semua alaca dalam barisan. memang disiplin betul

Actually, kalau ada anak-anak memang disarankan ke Alpaca. MEmang sangat fun lah untuk dorang. Dorang boleh beramah mesra dengan Alpaca, bagi makan. Kalau budak 5 orang ni semua animal friendly, especially budak kecik dua ni.

member lama

Alpaca tu dorang buat macam kucing, Yang alpaca pulak macam attention seeker. asal datang je mintak belai. Mama nya risau takut kena ludah ke kena tendang ke..

semua excited, yang Rayyan tu tengah dok komplen, alpaca makan kat tangan dia melelh air liur. nak cuci glove..geli..

Sessi dengan alpaca kurang lebih dalam 30 minit, lepas tu kami pi tengak binatang lain pulak. ada burung helang,arnab,capybara,, guinea pig. macam-macam lah tu pun tak habis nak pi tengok. Malas nak panjat bukit.

Afriena melayan alpaca.. but me.. erhati je. I am not that friendly

friendly kan

lawat arnab

Dah habis masa melawat binatang.. turun bawah. Since tak jumpa tempat makan kami buka bekal. Makan sandwich telur dan sardin, pastu ada yogurt, susu dan air suam. semua bekal. makan kat luar tempat sejuk, sambil berjemur..memang lalu makan. habis licin lah Dah settle cukup ahli bas, baru naik bas bertolak ke Gangchon Rail bike.

Yang ni kita update lain ye.. part 5