Category Archives: Uncategorized

Birthday semua orang Musim PKP

Aduhai..lamanya Tak update blog. Sejak PKP dia rasa macam takde excitement. Masa PKP jugaklah sepupu Saya yang duduk seberang tambak meninggal Dan kami di sini Tak boleh ziarah.

Okay la… Meh Kita citer pasal birthday. Masa PKP ni.

Birthday Rayyan

Masa ni baru start PKP. Nàsib baik ada kek jual Kat AEON. Senyum meleret sebab semua orang ingat boleh celebrate makan Kat luar.

Birthday Aqilah aka Michiko aka Princess

Michiko nak Frozen cake. Nàsib baik ada Kat kedai dekat rumah. Dia punya sengih meleret sampai telinga.

Birthday Ashraff, Afriena n Mama

Sekali kena PKPB plak so, mwreput lagi sekali Kat rumah. Tapi sebelum tu sempatlah celebrate semua birthday untuk tahun 2020 Dan jugak our anniversary Kat Shangri-la. So birthday just beli cake makan Kat rumah

kek untuk Ashraff n Afriena. Dorang ni setiap tahun share cake sebab macam kembar.tapi beza tahun. Umur beza setahun 3 Hari je.

Then birthday Queen mama Kat rumah. Makan kek lagi aduiiii. Thank you papa..

Next birthday Adleena aka Mei Mei

Resepi Udang masak Tempoyak

Assalamualaikum

Apa khabar semua wahai pembaca blog sekalian. kes Covid19 makin meningkat, semalam as at 5 Oct 2020, kes jadi 432. Fuhh Kat Selangor je 34 rasanya. Tengok Kat JKN Selangor, Rawang Ada kes. Maka dengan paksa rela terpaksa cutikan anak² dari pergi sekolah. kesian plak. rasa bersalah plak . Ada yang Tak puas hati Tak dapat pergi sekolah merajuk terus Sambung tido, Ada yang mundar- mandir tengok tingkap tengah fikir nak buat apa, Ada yang macam hip hip hooray secara membisu main game.

Oklah semalam, lambat sikit masak sbb macam nak cutikan anak² dari pergi mengaji, macam biasa petang² , Saya bersenam manja² buat skipping sikit, berlari anak sikit, kick boxing sikit, lepas tu main hide n seek plak ngan Michiko.macam tulah guna Masa berrsama si kecik while Mei Mei tgk dari dalam, habis bersenam pi kebun kutip daun kesum n daun kunyit sebab nak masak Tempoyak Udang.

Sedap rupanya udang masak tempoyak.kalau Ada daun Kayu lain akan ku tambah dlm ni.

Panjang bebelan,

Oklah ni resepi,simple sangat tapi sedap . Bebudak hantu tempoyak siap bertambah nasi. Ganding kan dengan ayam goreng kunyit campur sayur buncis, lepas tu goreng bendi ngan telur, hmmmm bayangkan lauk tu Udang plak Saya guna udang kertas besar tapak tangan beli Kat Hero harga RM39sekilo Kalau uolls nak guna udang galah lagi sedap. Masak nya simple je

Bahan ²

8-10 ekor udang saiz XXL

7-8 Biji cli api

Satu mangkuk kecil tempoyak

Daun kunyit di hiris halus

Daun kesum segenggam

Garam Dan gula

Air secukupnya untuk kuah

Cara masak

Blend cili padi , tempoyak Dan air

Jerang dalam periuk, perasakan garam gula. Bila mendidih,masukkan daun kunyit Dan kesum Serta udang, tunggu mendidih kejap tutup api. Jangan lama masaknya takut udang overcook kang keras plak.

Dah siap masak.

Best Pizza in Town @Fahrenheit 600

assalamualaikum wahai pembaca sekalian

susah betul nak update blog sekarang. Masa dipenuhi dengan aktiviti kokurikulum melayan budak kecik dua orang.

baiklah… Saya nak update pasal tempat makan best. Sejak PkP ni nak keluar makan pun kena pilih tempat makan yang betul ² tepi Jalan supaya Tak payah Masuk Mall. Dengan new norm sekarang ni, Kita follow je SOP tapi masih dapat menjalani Norma biasa. Kena jugak keluar rumah ooiii..kalau Tak boleh kemurungan..

Oklah nak citer pasal tempat makan pizza paling sedap.. Kat Mana? Kat Fahrenheit 600 @Publika. Ini bukan posting berbayar Tau, ini ikhlas Dari hatu. Since kids bugging for pizza for few times dah.. Mak taknak lah order PH atau DMN… Boring n sometimes makan hati makan pizza Kat situ sbb kurang memuaskan hati. So tgk Ada org share info pasal best Pizza so apa lagi??

Kami pun pergi Publika, parking betul² depan kedai, dorang ambik suhu n dpt table, terus order

New York Style 🍕

I tak terlibat dlm pemesanan makanan, so I follow je hahaha sebab Masa sampai tu Meimei buat Kuih so mencari toilet dulu. Yang ni kids yang order. NY style ni mmg biasa dlm mana² kedai pizza kan tapi yang ni memang sesuatu. Sedap, Cheese dia bergabung dengan pepperoni n 🍅 sauce dia Bila Masuk dlm mulut kena plak crust yang chewwy, memang macam Ada party dlm mulut.

Henry The Duck…nama pizza Tau bukan Salah tulis

yang ni paling sedap antara yang tersedap.Sedap rasa unik. Anak2 cakap, next time datang kena order yang ni lagi.Sangat special topping dia

Topping: 🍅 sauce, smoked 🦆, lychees,cream cheese, caramelised onions,cherry tomatoes, guacamole n chili flakes.

apa rasa dia? Dengan crust dia yang chewwy tu lepas masuk mulut dgn segala topping yang Ada macam meletup² mulut sbb letupan laici tu telah memberi satu impak rasa yang maksima dgn gabungan guacamole. Seriously tersedap terhebat lah rasa.

Yogi and Friends Dinner

ini Rayyan yang order,Basically ini adakah bolognese tapi dia Kasi up level rasa dia. Dorang cakap lagi sedap Dari mama masak… Apecer? Tak puas hati nak rasa sendiri lah . Memang sedap. Share ramai2 makan sebab banyak sebenarnya. Michiko makan sampai sememeh Muka dia. Spaghetti tossed in Bolognese lepas tu campur plak beef bacon then topped with urugula salad. Mmmm I think semua menu Kat sini mmg sedap lah

Mediterranean 🍕

nampak tak apa topping dia? I loved this 🍕, sangat artisan.

Toppings:minced beef, black olives, mushrooms, caramelised onions, garlic, lepas tu Ada baked 🍅 and 🍆. Dia tabur plak feta 🧀,

bayangkan semua tu Masuk dlm mulut, bergabung rasa, Masa makan tu ..Allahu Akbar sedapnya. Pizza ni is MUST order at least for me lah kan sbb most of my fav veggie Ada dlm tu. Sprinkle some chili flakes..memang kena.

so bila dah habis makan, Ashraff cakap.. Tak nak order PH dah hahaha..it’s true you won’t order PH or DMN bila dah makan Kat Farenheit 600.

pasal harga, I Tak sempat baca menu dia tapi harga pizza dlm RM25 – RM35 untuk pizza bergantung pada toppings Dan saiz, untuk pasta dlm RM20-RM30, bergabung kepada apa yang di order. Mungkin Mahal sikit tapi sangat berbaloi. Tepuk dada Tanya selera

Sekian..