Category Archives: Vegie & Salad

Juadah Berbuka Ramadhan Pertama

Alhamdulillah… selamat Ramadhan semalam. Makanan yang di masak ngam-ngam sampai sahur. OK semalam berbuka I masak simple je. Daging masak kicap, soup fishball dan sayur goreng. Kuih plak beli je.Kheirul beli bubur kacang dan puding sagu. Semua habis. Selain dari bubur, Ada tembikai. habis dorang makan semalam. Air plak buat nescafe je while kids air kosong.

Ni rupa sayur goreng. Goreng dengan oyster sauce and daging. Goreng sambil dukung Rayyan sebab dia nak tengok. Dia memang kepoci sikit. MEsti nak tengok orang masak then nak rasa gak. Dapat calit kat tangan pastu dia rasalah. Kalau tak nanti dia  dok oekik nak nak nak NAKKKKKKKKKKKKKKK.

Soup fishball ni plak untuk bebudak. Dorang suka soup.Memang sekali hidang habis dah soup ni. Rayyan pun suka. Dia makan 2 biji tapi kena potong kecik-keciklah sebab kang nanti tercekik .

Daging kicap. buat sempoi je tapi mesti ada kentang sebab semua suka. Selalu I masak daging kicap I tumis bawang putih merah, cili and halia dengan 3 serangkai tuh, tapi semalam I buat sempoi je sebab tak letak cili giling. Takit bebudak pedas tak nak makan plak. Resepi untuk daging ni ada kat sini. Boleh tekan sini.

FYI, Ashraff and Afriena puasa separuh hari je. Pukul 12 Ashraff dah dok komplen lapar-lapar then nangis senyap-senyap. Tanya kenapa? Lapar. So I kasi je dia makan roti pastu suruh minum air. Before off to Chinese school, I suruh lagi dia minum air bebanyak sebab memang takkan kasi dia bawak bekala macam biasa. Balik sekolah tetiba mengaku puasa plak. Siap citer kawan melayu dia tak puasa and boleh dia temankan kawan dia pi makan kat kantin??

Afriena plak pukul 3 dah terjelepuk kat sofa. Suara pun slow je. Tak tahan kot. Tanya lapar ke? senyap. Nak makan? senyap Nak bubur nasi? angguk. Dia makan jelah bubur nasik Rayyan tuh. Pastu makan choc chip yang dari tadi tanya Rayyan nak tak nak tak.

Rayyan plak, dari pagi sampai petang tak nak makan sikecik ni. Sarapan cuma 5 ketul koko crunch, lunch tak nak bubur jest sekeping choc chip. Petang pukul 6 baru mintak nak makan fish ball soup. Time orang bukak dia lagi bersungguh nak makan. Agaknya dia puasa gak kot, maybe dia tengok mama dia tak makan so dia tak makan.

 

Mashed Potato Recipe

I made mashed potato special for lamb chop. Sedap sebab very creamy. Apa taknya guna full cream milk and butter. Ashraff cakap cheese mash potato sebab rasa dia lemak-lemak sikit. So I nak  lah share resepi kat sini. I got from French at home.

INGREDIENT

  • 2 biji kentang russet
  • secawan susu penuh krim
  • 4 kiub butter/lepa susu
  • secubit garam dan lada hitam
  • sedikit thyme
  • sehelai daun bay

METHOD

  • kupas kentang, potong 4 dan rebus sehingga empuk
  • bila empuk, sejat air dan letak kentang kembali dalam periuk . Biarkan air didalam periuk kering dengan meletakkan kembali periuk diatas api
  • Bila air kering tutup api
  • Di dalam periuk laian,panaskan susu bersama thyme dan daun bay .
  • Bila susu cukup panas (bila nampak buih -buih kecil) tutup api
  • lecekkan kentang bersama butter sehingga hancur, rasakan dengan garam dan lada hitam
  • Selepas itu masukkan susu sedikit demi sedikit. kacau rata sehingga kentang nampak pekat.
  • Sedia untuk dihidangkan dengan kuah.

Note: saya pakai kuah Mc Commick.

Feta Cheese Salad

Sejak dua menjak nih…. Ada orang terasa dia dah put on weight. Kesian pulak esp bila orang tersayang dalam keadaan yang tak selesa kan. It’s him! my husband. Mungkin perubahan hormon or sebab bini suka masak atau sebab balik kampung hari tuh.So since dah terasa macam gemuk, I have to change menu for dinner

So now menu for dinner adalah.. sup sayur, bubur nasi,sandwich or salad. I lagilah suka kalau buat salad kurang membasuh periuk belanga. Ni nak share resepi buat salad.Ni resepi untuk 2 orang makan

INGREDIENTS

  • i ketul besar ayam (daging putih)
  • Feta cheese dalam 10 ketul kecil
  • Daun salad campuran (dalam 10 helai)
  • 5-6 biji tomato cherry
  • 3-5 biji buah zaitun hitam (lebih lagi bagus)
  • sesudu minyak zaitun
  • jus oren dari 1/2 biji buah oren (takde oren ganti dengan lemon)
  • garam dan lada hitam secukup rasa

METHOD

  • Ayam dilumur dengan garam,lada hitam dan rosemary dan digrill sampai masak
  • Hiris daging ayam
  • Campur semua bahan kecuali ayam dan rasakan dengan garam dan lada hitam
  • Ayam yang dihiris di letakan atas salad bersama feta cheese
  • sedia dihidang

Resepi ni bagus. FYI, Ashraff suka makan salad nih. Mungkin ada rasa cheese kot