Category Archives: SawaRecepe

Ikan Cencaru Sumbat

Hari ni kita resepi pulak ye ibu-ibu, bapak-bapak sekalian. Mudah , senang dann sedap. Resepi ni, I dapat from MIL. Hihi, hari tu balik kampung dia masak, I pun ngendeng-ngendeng tanya macam mana nak masak. So dia cakaplah macam mana…Since we all ni suka sangat makan ikan kan, macam-macam caralah kena belajar untuk menikmati ikan.

Resepi dia adalah seperti berikut

INGREDIENT

  • 3 ekor Ikan cencaru , bersihkan belah belakang tapi jgn tembus
  • semangkuk kelapa, goreng tanpa minyak tapi jangan gelap
  • 2 batang serai – hiris
  • 1 inci halia -tumbuk
  • 2 ulas bawang putih -tumbuk
  • 4 biji bawang merah – hiris halus
  • 1 sudu cili giling
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1 biji telur

METHOD

  • campurkan semua bahan kecuali ikan
  • bahan campuran tuh sumbatkan dalam ikan
  • Bakar ikan sehingga masuk, jangan overcook nanti tak moist

Selamat mencuba. I made 2 version swith/without chili takut bebudak nak makan. tapi dorang tak makan pun, dorang makan sup sayur jer. Rasa dia sedap sebab ada rasa serai. Kalau tak nak letak telur pun takpe, tapi kenalah letak air sikit dalam kelapa tuh.

Sekian

Resepi: SoyLamb Chop

Resepi: SoyLamb Chop

Bahan-Bahan:

  • Daging kambing potong
  • Bawang Putih satu labu (dicincang halus)
  • Kicap Pekat Manis 2 sudu besar
  • Kicap Lea&Perrin 1 sudu kecil
  • Lada Hitam ikut suka
  • Mixed Herb Secubit

Bahan-bahan lain

  • sayur-sayuran celur
  • kentang putar

Cara Hidangan:

  • Perapkan daging kambing dengan bawang putih cincang, kicap pekat manis, lada hitam secukupnya dan secubit mixed herbs.
  • Apabila sudah sebati, titiskan kicap Lea&Perrin, sapukan.
  • Pan fried dengan api sedernaha sampai masak.

Resepi: Pengat Pisang Bersagu

Dah lama rasanya tak makan pengat pisang. Hari tuh Kheirul pergi pasar dia beli pisang Abu untuk buat pengat pisang. Ni kirakan favorite Ashraff and off course me. Dia makan bertambah. Dahlah bertambah setiap kali me or Kheirul makan, dia pun join. Afriena tak berapa sangat. Kalau kek ke, roti ke dia jalanlah.

I rasa I tak pernah share lagi resepi pengat pisang ni kot. Kalai ni I letak sagu supaya kuah dia rasa pekat and berisi sikit.

INGREDENT

  • Sesikat pisang abu dalam 10 biji, buang kulit belah dua
  • santan sekotak
  • gula melaka / manisan 2 ketul/kerek
  • 1/2 mangkuk sagu
  • secubit garam
  • daun pandan simpul

METHOD

  • Masukkan santan dengan secawan air, daun pandan dan gula melaka
  • Masak dengan api kecil sehingga gula melaka larut
  • Kacau santan jangan sampai santan mendidih
  • selepas itu masukkan pisang, sagu dan garam
  • Masak sehingga sagu nampak jernih
  • Sedia untuk dihidangkan