Category Archives: SawaRecepe

Kek Karamel

Semalam sapa tengok bola??? mesti semua tengok. kat rumah ni semua minat bola kecuali Afriena. Orang pekik goll pun marah. Ashraff semalam masuk keter je, “mama, tonight Chelsea vs Malaysia right?” me jawab, yes. Then dia ckp, “I finished up my homework at school, so no home work tonight”. wah excited giler anak aku nih. Bola punya pasal. Siap plan balik, mandi,makan, ipad then watch football. Rayyan plak, sambil minum susu sambil tu pekik gol. Dia team Chelsea sebab bila Chelsea pegang bola je pekik gollll. Imaginela punya bising rumah kalau tengok bola.

Ok back to tajuk sebenar, hari rabu lepas I buat kek karamel. Since kek ni begitu popular dalam internetkan. Cake of the month. Buat pun senang je.Buat puding caramel and sponge cake. Rasa dia? Cake dia lembut selembut kapas, rasa yang halus . Cake dia ala ringan kena plak dengan caramel dia kat atas . Rasa karamel yang meresap masuk dalam cake tu..peghhh sedap. Semua suka makan. Rayyan lagi best tengah dok mengadun dia dah standby pinggan nak jugak. Afriena kejap-kejap pi tengokkat oven. Katanya cake tu lawa.

Nilah rupanya bila di potong. kat atas karamel, kat bawah kek. Resepinya diambil dari Dapur Kakzu. Terima kasih Kak Zu. Tapi semua dah tukar sukatanlah sebab I pakai cawan. gula jugak dikurangkan sebab nak jaga kesihatan.

RESEPI

Karamel

2 @ 4 sudu besar gula…jadikan gulakan gula hangus.ratekan pde keseluruhan loyang supaye kek tak melekat pade loyang

Bahagian atas (kastard)

  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2cawan gula castor
  • 1 sudu besar vanilla (saya lebihkan sebab suka rasa vanilla)
  • 3 kuning telur
  • kacau sebati..kacau dengan perlahan. Jangan kasi bebuih

lapisan kek span (A)

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 gula castor
  • 3 kuning telur
  • 135 ml air
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3/4 cawan minyak

METHOD

  •  ayak tepung dgn baking powder
  • pukul telur kuning,air dan minyak hingge kembang
  • masukkan gula..pukul kembang lgi hingge naik skali ganda
  • masukkan tepung berselang seli dengan air
  • pukul hingga kembang

meringue (B)

  • 6 telur putih
  • 70 gm gula castor
  • 1 sudu teh krim tar2 (saya ganti dgn 1 sudu lemon jus)

METHOD

  • pukul hingge kembang dan tak menitis
  • campurkan A dan B..KACAU DNGN TANGAN..kaedah kaup balik
  • bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan
  • masukkan kastard dalam loyang yang berisi gula hangus…
  • masukkan adunan kek yng telah diwarnakan.
  • Masak kaedah double boiler…40 minit pertame gune api bawah..selebihnye gune api atas bawah hingge kek masak…apepun bergantung pade suhu kepanasan oven masing2.
  • Bila kek dah masak biar sejuk dalam oven,
  • Bila kek dah sejuk, dengan sendirinya dia akan nampak merekah kat tepi.
  • terbalikkan bila dah betul sejuk kalau tak nanti karamel dia pecah
  • sejukkan dan hidangkan

senangkan??? buat masa ni saya tak amik tempahan lagi, nak tunggu master dulu.

Note: anda boleh warna kek sesuka hati. masa letak adunan kedalam loyang berisi karamel (gula hangus + kastard) , jangan risau, adunan kek takkan bercampur dengan cecair itu sebab adunan kek tersangatlah rigan. dia cuma terapung-apung je.

 

Pancake for breakfast

Musim cuti sekolah ni, bangun pagi je kena masak. Selalu hari sekolah buat yang simple je. sandwich paling senang paling berkhasiat. BUt bila cuti takkan nak sandwich lagi kan. So bebudak ni request nak pancake. Dorang ni peminata pancake termasuklah mak budak. Kalau kat Mc D, pancake dua keping dah 4.50, and 2 keping mana cukup untuk dorang. So I made it myself. Selak je resepi kat memana.

Bukan susah pun buat pancake ni, asal ada tepung, susu and telur boleh je buat.

Tengok resepi kat bawah ni

INGREDIENT

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar gula halus (saya kurangkan manis)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar minyak zaitun (takde minyak zaitun boleh je pakai minyak jagung, miyak kelapa sawit or melted butter)

METHOD

  • Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Make sure adunan tidak pekat sangat dan tidak cair sangat.
  • SImpan sekejap dalam peti sejuk dalam 30 minit gitu
  • Bila nak makan, panaskan kuali non stick (Saya pakai periuk tefal), then sendukkan adunan
  • masak pada api sederhana, bila nampak buih-buih, balikkan pancake
  • Masak untuk seminit dua
  • Angkat dan hidangkan dengan jem atau butter

Our, favourite will always butter and honey. Honey is MUST kat rumah. every morning telan madu for me. Tak pun makan dengan butter and maple syrup. Tapi kat rumah takde .Next time le beli.

So kengkawan selamat mencuba resepi mudah ini. Berkhasiat untuk anak-anak. Makan petang pun boleh.Makan dengan ice cream.

 

 

Resepi: Ikan Merah Tauchu

Dah lama rasanya tak makan ikan masak taucu. Last rasanya masa duduk kat Singapore meaning after SPM la kot. Duduk with my auntie. After SPM I duduk sana and kerja. My mom pun jarang masak ikan masak taucu sebab my abah tak berapa suka. Bila tengok kat twitter ada orang masak ikan masak taucu, dok terbayang 2-3 jam. Tak boleh jadi ni, kena masak jugak. So petang u pergi cari taucu and balik rumah terus masak. Since kat dalam fridge ada stok ikan merah, so jadilah Ikan merah masak taucu. Tengok bahan-bahan nye dia bawah ye

INGREDIENT

  • 3 keping ikan merah – di goreng
  • 2 sudu taucu yang dah hancur (kalau pakai yang kasar sila tumbuk)
  • 1 cawan air
  • 1 bawang besar – hiris besar
  • 1 bawang putih – hiris
  • 1 inci hali muda – hiris
  • 1 biji lada hijau – di hiris (tapi I pakai cili padi letak sebiji – biji baru syedap)
  • sedikit gula

METHOD

  • Panaskan minyak
  • tumiskan bawang dan halia
  • bila bawang layu, masukkan taucu dan kacau
  • Masukkan air, kacau hingga mendidih
  • Masukkan ikan dan cili
  • Gaul sebati, rasakan dengan sedikit gula.
  • Sedia untuk dihidang

Kalau masak taucu, tak payah pakai garam sebab dah masin. Just balancekan dengan sedikit gula. Kaau nak letak timun pun ok sedap gak. Semalam pun masak ikan masak taucu lagi.. ngeh ngeh