Category Archives: SawaRecepe

Singgang Ikan Tongkol

Dah lama tak masak singgang ikan tongkol atau ikan Ayo/Aye. Ikan tongkol kalau nak daging yang lembut cari yang berbintik. Lagi sedap dari ikan tenggiri. Hari tu beli sekor dah dekat 2 kilo. Padat isi, berat besar. i hati dok berkira nak buat nasi dagang. Nak kena tunggu balik kampung dulu beli beras nasi dagang. Hari tu I ada share resepi Nasi Dagang Tanak, kali ni nak try nasi dagang kukus la pulak. Tengok jadi ke tak. Oh ok ini resepi  Ikan Singgang , sesuai untuk yang berpantang tapi kena lah tukar ikan, Ikan tongkol tak boleh. Buat dengan ikan selar atau apa-apa ikan yang boleh di makan. Ikan tongkol ni macam gatal sikit. Kuah singgang ni kalau nak sedap, masak hari, besok baru makan baru rasa dia sedap. Tak caya cer try..

image

 

RAMUAN

  • 2 keping ikan tongkol
  • 3 keping asam keping
  • 1 inci halia – jgn hiris biar seketul
  • 1 inci kunyit – jgn hiris biar seketul
  • 1 inci lengkuas -hiris
  • garam secukup rasa
  • cili padi ikut rasa
  • 3 biji bawang merah – dihiris
  • 1 biji bawang putih -dihiris
  • sedikit gula melaka/manisan (optional boleh ganti ngan gula tak pun ajinomoto
  • 3-4 biji bendi

 

CARA-CARA

  • Rebus 3 cawan air bersama bahan-bahan di atas kecuali garam, gula,cili dan ikan
  • Bila mendidih masukkan ikan
  • Bila ikan agak masak , rasakan dengan garam dan manisan dan cili
  • Reneh sebentar, suaikan rasa, kalau tak cukup masam dan masin tambahlah apa yang patut
  • masukkan bendi dan biarkan bendi masak dengan kepanasan yang ada.(boleh tutup api)
  • Sedia dihidang dengan nasi kosong

Resepi Kari Sotong Yang Sedap

Kat dalam freezer ada sotong. Beli dah lebih 2 minggu kot. Tengah dok pikir nak masak apa. Rasa macam pernah nampakmember kat FB masak kari sotong tapi tak ingat sapa. So Tengah hari semalam datang angin nak masak untuk awal. So masak lah awal sikit supaya Rayyan boleh makan nasi. Masak nasi  siang-siang untuk malam terus. So takdelah kelam kabut nak masak time petang tu kan.

Resepi masak kari sotong tak susah pun, I guna resepi kari ikan yang I buat je pun. Senang dan sedap kari sotong ni. Ingat balik kampung ni nak masaklah for my mum. Mesti dia dah boring masak sambal sotong, sotong rebus. Masak kari plak. Kena plak dengan sotong ada telur, menangis kooo

image

 

RAMUAN

  • 7 ekor sotong saiz medium – ni dua orang makan je
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 serai- tumbuk @ titik
  • 1 Bunga lawang
  • 1 sudu kecil Biji sawi
  • 3 Bawang kecil -mayang halus
  • 2  Bawang putih   -mayang halus
  • seinci Halia -mayang halus
  • 2 sudu Cili kisar – bancuh dengan air
  • 1 pkt  Serbuk kari ikan + 1 sudu serbuk kari daging
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1 Asam keping
  • 1 tomato
  • air 1 cawan
  • garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA

  • Tumis daun kari , biji sawi dan serai sampai naik bau
  • Lepas tu masukkankan bunga lawang ,bawang yang dimayang dan halia , tumis lagi sampai layu
  • bila dah layu masukkan cili kisar yang dibancuh dengan serbuk kari dan air – tumis sampai pecah minyak
  • Bila dah pecah minyak, masukkan air dan santan,asam dan garam gula
  • bila dah mendidih, masukkan sotong
  • Masak lebih kurang 15 minit dgn api pelahan
  • Bila dah masak, masukkan tomato.Tutup Api
  • Biar je sayur masak dgn kepanasan yang ada
  • siap untuk dihidangkan

So semalam 2 kali makan nasi. eee tak suka tak suka hehehe mengada-ngada kan. Makan je lah. Rayyan plak dah masak lauk sedap nak jugak nasi kicap telur. Tak muak ke Rayyan ? Oh ya masak kari sotong ni air jangan taruk banyak sebab sotong nanti keluarkan air lagi. Kang cair plak kari. Kari sedap kalau dia pekat likat gitu.

image

Semalam punya lunch. Nasi perang, sayur kobis+ celery, ulam timun, kari sotong, sambal tempoyak dan ikan masin. Sedap.

 

Resepi Shepherd’s Pie

Kat umah ni tak leh makan nasi hari-hari nanti ada yang mengomel. Ala boring lah nasi.  Mesti ada pasta, mee, roti atai sebagainya. Kali ni I buat shepherd’s pie. Ni bukan first time lah dah berapa kali buat. Bebudak sukalah dengan rasa creamy potato dan daging tu. I tak berapa. So Isnin hari tu masak shepherd’s pie kat dorang while we the parent makan ketupat and rendang. I masak rendang banyak hari tu so yang lebih tu I freeze senang nanti nak makan panaskan. Bukan panaskan pakai microwave tau, panaskan pakai kuali. Tambah air sikit, masak sampai kering. I buat rendang daging and paru. Rendang makin lama simpan makin rasa rempah ratus dia.

Oklah …back to the shepherd’s pie. I guna resepi dari buku masakan Ashraff. Tiru sebijik. Senang kan bahan semua dah ada..masak je lah. Masak satu tray tu tinggal lagi sepotong tak habis 3 beradik tu makan. Lagi sepotong simpan n panaskan untuk Rayyan makan esoknya. Masa nak bakar…I cuma tambahkan mozarella cheese saja nak habiskan cheese. So you alll try lah

image

Yang gelap tu cheese terlebih bakar. Ok je budak makan.

image

Inilah resepi nya.

 Selamat Mencuba