Category Archives: Chicken & Meat

Citrus Roasted Chicken

Saja nak share resepi untuk surirumah eurirumah jelita yang tetiba rasa malas nak masak bila husband takde kat rumah.   I masak roasted chicken je. Kat rumah ni, ni kira masakan paling malas, tapi sedap , berkhasiat dan sangat simple tak payah nak cuci kuali perouk bagai.  Normally kalau Kheirul balik lambat ke, dia akan cakaplah, dia tak makan malam ke kan, so I mula lah malas nak masak. So masak bendi gini je lah. Pastu buat mashed potato. senang kan?

image

 

Ini adalah citrus roasted chicken. Guna lemon dan orange  untuk bakar ayam. Resepi dia senang je.

Bahan-bahan

  • Ayam setengah ekor
  • 1 orange
  • 1 lemon sebiji
  • 5 biji bawang putih
  • 1 sudu kecil rosemary
  • 1 sudu kecil mixed herbs
  • 3 sudu minyak zaitun
  • pepper and salt

 

Cara-cara

  • Bersihkan ayam – potong kepada saiz yang anda gemar, taknak potong pun takpe
  • campurkan garam dan pepper bersama minyak zaitun , rosemary dan mixed herb
  • perap ayam dengan miyak campuran dan citrus yang di hiris nipis
  • tabur bawang putih sebij-sebiji macam tu je
  • perap selama 2 jam ke
  • Lepas tu bolehlah bakar dalam suhu 180-200 untuk setengah jam

 

image

Macam I , pukul 4 dah perap, pastu amik budak sekolah, pukul 6 sampai rumah, terus bakar. Lepas maghrib boleh makan dah. Sos  plak, sbb I  malas, I just beli serbuk sup cendawan, tu, lepas tu tumis bawang dengan butter then letak mushroon sup  tu, talaa jadilah gravy. Itu kalau malas. Tapi sebenarnya kalau tak nak buat buat gravy pun takpe sebab , jus ayam yang diabar tu pun sedap. Rasa masam-masam gitu.

image

Lepas tu buat, mashed potato dan makan dengan romaine lettuce ni. Senangkan?

Sweet Sour Ayamas Drummet

herworld4

  • 7 ketul drummet ayamas original
  • 1 mangkuk nenas segar, potong sebesar ibu jari
  • 1/2 biji capsicum -potong sebesar ibu jari
  • 1/2 biji bawang besar – potong 4 then leraikan
  • 1 ulas bawang putih – cincang
  • 1/2 inci halia – mayang
  • 3 sudu madu
  • 3 sudu sos cili
  • 4 sudu sos tomato
  • minyak masak
  • 1 cawan air
  • 2 sudu cuka epal- kalau takde cuka biasa pun ok

METHOD

  • goreng isi ayam dengan minyak panas sampai ayam rangup
  • Panaskan 1 sudu minyak,  tumis bawang putih  bersama  capsicum dan bawang  kacau goreng sampai nampak layu bawang
  • Bila dah masak, angkat dan asingkan
  • panaskan 1 sudu minyak, tumis halia, masukkan sos tomato dan cili kacau, masukkan air dan cuka, kacau sampai mendidih,
  • masukkan madu dan sayur masak sampai kuah mendidih
  • akhir sekali masukkan ayam
  • kacau sampai kuah menyelaputi semua ayam
  • Sedia untuk dihidang

Note: Tak payah letak tepung jagung untuk pekat sebab sos dah boleh pekatkan kuah.

Asam Pedas Ayam

Jumaat lepas, makin lama makin buntu nak masak lauk apa. Tengok dalam fridge ada ikan, ayam, paru and sotong. Ok sotong …kita boleh buat sotong goreng tepung. Ayam plak… Memula nak masak kicap je tapi ala boring nya asal ayam masak kicap, kari kurma… so rwefikir nak buat asam pedas ayam.  Respi dia senang je… resepi asam pedas inkan… tapi ganti dengan ayam.

 

asam

Bahan-bahan

  • 4 ketul ayam potong kecil
  • 2 senduk cili kisar
  • bawang merah 8 biji/bawang besar 1 biji – kisar
  • bawang putih 2 ulas -kisar
  • belacan sebesar ibu jari – kisar
  • serbuk kunyit satu sudu
  • lengkuas 2 inci – ketuk
  • halia 1 inci
  • serai 2 batang – ketuk
  • air asam jawa – semangkuk kecil
  • sedikit minyak untuk menumis
  • segenggam daun kesum
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  • panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai dan lengkuas
  • kacau hingga garing dan masukkan serbuk kunyit
  • bila tumisan nampak garing, nasukkan air asam jawa
  • kacau seketika, tunggu hingga mendidih
  • Bila mendidih masukkan, ayam.
  • Bilaayam garam dan gula dan daun kesum

 

Note: I masak ayam tu lama jugak. Dalam 45 minit sbb nak suruh ayam tu resap rasa asam pedas.