Category Archives: Vacations & Outings

Express Tailor in Hat Yai

Sebelum sampai Hatyai lagi kiterang dah plan nak tempah seluar. Especially Kheirul. Dia nak jahit seluar kerja. So , masa jenjalan nampak few kedai jahit seluar. Tapi kiterang pergi yang dekat dengan hotel jer

Nilah keadaann kedai dia. Penuh dengan kain jer. Pergi sana pilih je nak fabrik camner then dia jahit.Kiterang pilih wool. Since encik suami tersayang belanja I satu seluar so I pilih je kain mahal sikit.Kalau beli yang dah siap kat KL ada 200 – 300 selai tapi kat Hatyai ni boleh dapat dibawah rm100 sehelai. And Kheirul buat 2 lai kata nak test sedap ke tak. Kalau sedap next time boleh tempah lagi.

Ada banyak lagi kain jenis lain. Tapi macam old fashion jer. Maybe next time kalau sampai Hadyai nak jahit seluar 2-3 lai lagilah….

Memang betul apa yang dijanjikan dan seluar siap dalam masa 24 jam. Siap hantar ke hotel lagi tanpa extra charges.

Memang puas hati, jahitan memang kemas dengan tiada kecacatan langsung. Seluar yang ditempah memang sedap dipakai.

Sesiapa yang nak tempah bolehlah tempah kat kedai ni…

Chokthavee Textile

Halal Food in Hat Yai

Sawanila.com memang tak sah kalau tak citer pasal makan. makan…hihi mana pergi mesti nak test makanan. Being us yang suka sangat makan…kan there you go.

first restoran yang kiterang jumpa adalah Hamid restaurant. Ni famousla kot kat Hat Yai sebab mana-mana blog dok citer pasal Hamid kan.Kitatang makan kat Hamid for Breakfast.

Ramai gak Malaysia yang datang makan kat sini. I thought Hamid ni orang India muslim. Orang siam rupanya dia.

Set American breakfast for Kheirul and kids

and me makan nasi lemak. Giler lapar lagipun dah lama tak makan nasi lemak. Maklumlah I kan menyusu badan so tahap kelaparan adalah tahap ke max.Makanan kat sini not bad. I suka nasi lemak tapi sambal dia mak aih, pakai cili padi ker??? berdesing telinga ku. Nasi dia best sebab pakai beras wangi.

Hotel yang kiterang duduk Novotel tu opposite dengan Lee Garden Hotel. So senanglah kiterang cari makan. dalam Lee Garden adalah tidak diketahui ada tempat makan halal ke tak kedai ice cream swenson adalah. Kiterang makan ice cream dalam tu. Mc D kat situ tak halal sebab dorang serve Pork. Tapi ada artis Malaysia tu selamba kodok makan Fries. Mungkin pakai minyak lain but me, very particular about it.

Ha ni plak gerai jual pulut mangga.Ada few tempat yang jual pulut mangga, tapi i rasa yang ni paling sedap sebab ramai sgt beratur membeli.Harga dia ikut saiz mangga. 50baht and 60 baht.

Nilah rupa pulut mangga. first time I makan terus jatuh cinta. Giler sedap macam nak nangis. Mangga dia sedap and sgt manis. Mangga tuh bila masuk mulut je mmacam cair jer dalam mulut. Tak payah kunyah.Pulut dia sedap tak muak. Lemak manis. santan dia not pekat sangat. Masa makan tuh, hish siap pekik sedapnyaaaaaa!!!!!!!!. Budak-budak pun suka. Yang afriena suka pulut and ashraff suka mangga. 2 malam berturut-turut makan pulut mangga as a dinner disamping makan tuna sandwich.

On the second day, kiterang had lunch kat Salma Restaurant.Kiterang cari pakai GPs jer. rupanya dekat jer dengan hotel.Tengok apa kiterang makan

Hani gambar restoran dia. dok sebelah 7-11.

Masa kiterang masuk, tak ramai lagi orang makan sbb still early

Kiterang order drinks ; Air laici, choc drink and air kelapa

Ulam dengan sambal belacan, telur dadar 5 rasa – hehehe telur ni sedap sebab ada segala jenis lauk. udang sotong ayam, sayur and bawang

Ni plak tomyam putih. sedap cukup rasa masam manis dia. Kalau nak compare kat sini, jauh beza. cepatlak tuh dia masak. tomyam putih campur kurang pedas.Isi dia, ada mussel, ayam, udang, sotong and sayur.

Yang nih tangkap leleh punya siakap masak masam manis. Sedap giler syok nak nangis makan. sebab Ikan dia fresh pastu dia goreng garing cam keropok tapi moist tetap ada. light taste. bebudak pun suka makan.

As usual, orang siam nih peramah, masa I makan , dorang siap tolong jagakan Rayyan. Dok dokonglah dorang dalamkedai makan tuh. Rayyan apalagi happy la dia. Kat sini, super class layanan kalau you all cakap kelantan dengan dorang. Cakap english pun ok tapi bila cakap kelantan dorang rasa happy.Total makan kat sini takdelah mahal sangat.

Ha .. kot kot you all ada plan nak makan kat hatyai boleh rujuk di sini or else pakai GPS. Selain tempat dia atas, ada few lagi restaurant macam Sulaiman restaurant tapi kiterang tak pi. Selain makan kat kedai kiterang ada buat sandwich sendiri sebab my kids kan tak suka nasi sangat. Tuna ada yang dibawa from KL and ada dibeli kat supermarket top dekat ngan hotel. Kat Tops supermarket ada gak makanan halal. Kalau you beli canned food kenalah baca halal ke tak. Tapi kat sana, banyak makan halal. even air mineral pun cop halal. :)

Aktiviti Di Hat Yai

Sampai-sampai jer ke Hat Yai.. kami terus menuju ke Novotel Centara lebih kurang jam 9:45am waktu Malaysia, 8:45am waktu Siam.Oh ya , hah jerrga hotel semalaman murah jer tapi kena buat booking awallah sebab dia selalu ada promotion. Kiterang dapat RM313nett for 2 nights with breakfast. Tapi tak makan pun breakfast sebab nampak bab tergantung kat situ.Yakke

Masuk-masuk jer Yatie pun terus ke check-in counter tapi agak terharu sebab waktu pun belum jam 9 pagi so takbleh nak check-in lagi. Mintak nak early check-in pon tak dapat pasal bilik semua belum ready.

Sementara menunggu tu, bebudak dah start perangai dia dah.. mulalah dua orang tu kacau adik dia.. Dalam kepala dah ingat bilik tidur dah.. nak lelap sekejap, maklum lah dah driving almost 8 jam dan penat pasal tak tido semalam…. tapi terpaksa menunggu sampai jam 12 tgh baru boleh check in…

Sementara menunggu jam 12 tgh tu.. kiorang decide nak pi breakfast jap.. biasalah… first time sampai Hat Yai ni kan.. so selok belok bandar tu tak tahu lagi… then pakai redah ikut kaki jer… redah punye redah sampai kat pasar pagi Hatyai…

Kat Pasar Pagi Hat Yai ni macam kat Malaysia gaks la.. semua benda ada jual… tapi harus diingat… benda yang tak halal pon ada jual so kena jaga tangan bebudak tu takut diorang pegang benda yang tak sepatutnya pegang. At the same time, terdapat juga gerai-gerai muslim… Kebanyakkan orang muslim kat situ boleh berbahasa melayu dengan pelat Kelantan.. so takde masalah sangat dalam berkomunikasi….

Pusing punya pusing satu restoran halal pon tak jumpa… raser penat gaks la dekat setengah jam berjalan kaki dari Pasar Pagi tu hingga ker tah kemana perginya.. then decide nak balik menuju ke hotel aja dan cari 7-Eleven… Alhamdulillah.. on the way balik tu ternampak Restoran Hamid…. huh… lega rasernye.. then kitaorang breakfast kat situ….

Habis breakfast kat Restoran Hamid tu.. terus pi balik ke hotel… tunggu jap… request for early check-in alhamdulillah… Jam 12pm waktu Malaysia.. jam 11 waktu siam… kita orang dapat masuk bilik.. lega rasernya bila dapat early check-in.. kalu tak kene mengunggu lagi sejam…. Tengok tu.. muka Rayyan bila dapat tahu boleh masuk bilik dah….

Bilik kat Novotel Hat Yai nih kira ok lah.. agak luas gaks la. Masuk jer bilik… bebudak terus pi berendam dan mandi.. saya tak ingat menda lain dah dan terus tidor…. Sedar-sedar jer hari dah hampir petang dan Yatie ajak pi keluar jejalan…opps… semua terbongkang actually. bangun jer semua lapar.

First thing bila keluar kat pekan Hat Yai.. nak pi cari tailor.. Pagi tadi masa tgh sesat kat pekan hatyai tu dah aim satu kejai tailor yang boleh tempah seluar dengan cepat so kitaorang pi serang kedai tu… Nanti Yatie akan buat posting pasal express tailor kat Hat Yai ni… Lepas tu kitaorang pi jejalan kat sekitar hotel jer.. tak nak pi jejauh sangat pasal badan masih letih dan penat so lepas makan malam… terus tidor aja…

Hari kedua kat Hat Yai.. kita orang keluar hampir tgh dah… jalan dalam dua tiga langkah.. kasut Afriena plak dah jadi macam lidah boya… tapak tercabut plak dah… so nampak Lee Gardens Plaza (kat depan hotel jer) utk cari kasut Afriena ler…

Kat Lee Garden Plaza ni ada satu kedai kasut.. naik rambang mata kalu tengok kasut kat situ.. semua ada.. dari sekecil-kecil kasut sampai le sebesar-besar kasut ada jual….

Afriena dah paw satu kasut dan satu slipper…  cuma kasut tu dia tak reti lagi pakai kasut tumit tinggi… jalan macam kartun.. sbb tu ler pi beli satu selipar lagi… harga kat kedai tu amat berpatutan… tapi bukan yang branded la.. brand siam laa….

Lepas shopping kat Lee Garden, kitaorang pi lunch kat Restoran Salma plak. Makanan kat situ semuanya sedap-sedap belaka yang paling syok diorang semua boleh bercakap dalam bahasa melayu dengan fasih….

Pada hari ketiga, pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk check-out dan menuju ke destinasi seterusnya yakni Phuket.  Lepas early check-out tepat Jam 8 pagi kami dah berlepas meninggalkan Hat Yai….

Oh ya, citer panas.. masa kat Lee Garden sambil makan ice cream kat Swensons, kiterang nampak sorang artis malaysia kat situ. Tak dapat dipastikan dia lepak dengan bini ke awek ke or else?? Dia dok makan kat McD yang jelas terpampang ada jual pork burger. yakke… Nantilah ye kiterang letak citer tuh..