Sleeper Train ni adalah satu pengalaman yang menarik terutamanya untuk anak-anak. Dulu masa kecil, selalu lah jugak naik sleeper train dari KElantan ke Singapore, Singapore ke kelantan. Cuma kali ni lagi best sebab, kami ambil soft sleeper . Apa itu soft sleeper?
Perjalanan:Shanghai ke Xi’an
Tiket beli dari : Trip.com
Harga : lebih kurang 300++
Jarak perjalanan: 1300 km
jangkamasa: 14 jam 46 minit
Jenis kelas : Soft Sleeper, 4 katil satu kabin
So lepas makan di Pin Hui Wei, kami naik Metro ke Shangahai Railway Station. Rupanya dekat je lah. Cuma bila dah sampai kena keluar ke permukaan bumi dan jalan menuju ke bangunan lain. Besar stesen keretapi dia. Nak masuk punyalah ramai. Macam biasa, nak masuk sana kena tunjuk/scan passport. Senang cerita passport tu kena simpan tempat senang nak dicapai tapi selamat. Masing-masing kena pegang passport sendiri, kecuali budak kecil dua tu. Dah scan passport, scan luggage then terus ke ruangan menunggu. Tiket kami dibeli menerusi Trip.com, maka kena lah baca maklumat perjalanan kat apps. Gate berapa, ruang menunggu berapa, cabin berapa. Maka tunggu lah kami dalam 2 jam lebih jugak. Takpe biar awal supaya tak kalut.

Sepanjang menunggu, rasanya kami je kot yang non-chinese speaker. Last sekali ada lah group Germans and Russians. Ahh lega bila dengar bahasa lain. hahaha.. kena sentiasa peka dengar announcement, tengok gate dah bukak belum. Sempat lah pusing-pusing kedai tapi takde pun kedai makanan halal. paling dekat keropok udang meow meow import dari Batu Pahat. Nak beli roti pun tak yakin. Nasib baik ada bekal roti beli tadi. You all.. kalau nak naik train, bawak maggi cup tau. happening gila dalam train. semua makan mee segera dalam train

Okay.. boarding time. Sekali lagi kena scan passport. Untuk foreigner, kena beratur kat line manual. LIne auto tu untuk penduduk China yang ada IC. Dah scan passport, boleh lah turun ke platform , cari coach dan cabin sendiri. Senang je. Passport tu lah sebenarnya ticket kita. Dah dapat bilik, lepak, then train jalan. Kami pun mula lah susun baeang, test katil, melawat bilik boys, tukar baju tidur, solat dan makan. Masing2 tak berapa nak makan dah kenyang dan penat nak tidur je.Suasana dalam train ok je, tak bising, keadaan toilet pun bersih je, takde bau sangat la. Ada dua jenis toilet, toilet cangkung dan duduk, No bidet, pandai-pandai lah nak istinjak.
sebenarnya, selain merasai pengalaman naik train, kami juga sebenarnya dapat menjimat belanja hotel. Boleh je kalau naik speed train, dalam 5 jam kot, tapi still kena bayar hotel kan. baik tidur dalam train. best gak.
Okay.. dah pagi. saja je set jam bangun pagi sebab nak tengok view sepanjang dalam dalam train. Sepanjang perjalanan bersih je kawasan dia. hujan plak hari tu. best. budak kecik dua tu belum bangun, so kita lepak lah dengan baju kelawar. dah dekat nak sampai baru siap-siap, susun bag dan turun train

Alhamdulillah dah sampai Xi’an.Next cerita kat Xian plak ye
















