Category Archives: Special Threads

Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015

Sambutlah Hari Kesihatan Mulut Sedunia dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia dan pengkumur mulut nombor satu di Malaysia*, LISTERINE®, dan bersama-sama mencipta rekod di Malaysia Book of Records untuk “Acara Kumur Mulut 12 Jam dengan Paling Ramai Peserta” untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan rutin pembersihan mulut harian yang lengkap! Butiran berikut:

MBR_EFlyer

 

Anda hanya perlu mendaftarkan diri dan berkumur, untuk mendapatkan sebotol LISTERINE®, baucar diskaun dan sijil khas, di samping merebut peluang untuk memenangi hamper Johnson & Johnson yang akan diberikan sepanjang hari! Sertailah acara mencipta rekod istimewa ini dan bersama membantu menyebarkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan mulut! Roadshow Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015 akan mempamerkan informasi kesihatan mulut, aktiviti berpendidikan dan pemeriksaan gigi percuma, di samping acara berkumur sepanjang hari tersebut.

 

Roadshow Hari Kesihatan Mulut Sedunia ini disokong oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk maklumat selanjutnya tentang Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015, sila layari Facebook LISTERINE® Malaysia di Listerine Malaysiaa dan anda juga boleh mengesahkan kehadiran ke acara ini di https://www.facebook.com/events/745909945517042/.

Jumpa di sana!

‘Pirate and Princess: Power of Doing Good’ Disney Junior

Bermula 9 Disember 2014, Kempen ‘Pirate and Princess: Power of Doing Good’ Disney Junior diperkenalkan kepada kanak-kanak yang berusia antara 2-7 tahun bertujuan mengenengahkan idea dan nilai-nilai cinta terhadap – alam semulajadi, haiwan dan saling bantu-membantu. Kempen ini juga akan memperkasakan kanak-kanak prasekolah untuk turut serta dalam aktiviti sukarela yang digalakan ibubapa dan disokong oleh masyarakat

Key Visual - Power of Doing Good

Kami mengharap kekuatan cerita dan watak kami boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membayangkan dunia yang lebih baik dan membantu mereka memahami, melalui setiap langkah prihatin terhadap persekitaran dan komuniti, yang mereka berpotensi membuat perubahan positif terhadap dunia ini. Kempen “Power of Doing Good” di Disney Junior memperkasakan kanak-kanak dan keluarga mereka dengan maklumat dan peluang untuk bekerjasama dengan kawan-kawan, keluarga dan komuniti mereka untuk meninggalkan kesan positif kepada alam sekitar mereka. Kami berterima kasih kepada rakan-rakan kempen kami – WWF (World Wide Fund for Nature), SPCA Singapura dan Selangor, dan Majlis Alam Sekitar Singapura – di atas sokongan mereka,” kata Natasha Malhotra, Pengurus Besar, Branded Media and Content,  Walt Disney Company Asia Tenggara.

WWF gembira menyokong kempen “Power of Doing Good” Disney Junior. Kanak-kanak perlu belajar dari usia muda lagi untuk mengambil berat terhadap alam sekitar, haiwan dan masyarakat. Ini akan banyak membantu dalam memupuk generasi yang lebih bertanggungjawab dalam membentuk planet yang sihat,” kata Elaine Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, WWF Singapura.

Watak popular Disney Junior Jake (dari Jake and the Never Land Pirates) dan Sofia (dari Sofia the First) akan menjemput kanak-kanak dalam pengembaraan yang memperkasakan diri melalui kempen ‘Power of Doing Good’.

Best tak?

So apa kata masa cuti sekolah ni, yo all penuhkan dengan aktiviti berfaedah ini.

Nak tau macam mana cara dia?

Ibubapa perlu memuat-turun senarai aktiviti-aktiviti menyeronokkan dari laman web – www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com yang berasas dari empat tema  – Komuniti, Haiwan, Alam Sekitar dan Penceritaan. Sijil dan lencana penghargaan online akan diberikan kepada mereka yang telah berjaya menyempurnakan semua aktiviti dan belajar etos berbuat kebaikan. Selain itu, kanak-kanak dan keluarga mereka akan berpeluang membuat “power promises” (janji berbuat baik) online.

 

Disneyland… tunggu kami datang

http://www.youtube.com/watch?v=dNveuDy7RrY

 

Dah lima tahun sejak kami ke Disneyland. Rasa nak pergi lagi. Sebab Rayyan tak pernah pergi lagikan. Kalau ke Disneyland, for sure, mak bapak macam budak budak balik. I know, you all pun mesti nak pergi . So apa kata rebut peluang keemasan ini. Mesti semua nak pergi lebih-lebih lagi untuk yang sangat minat dengan Frozen kan kan… Sapa nak jumpa Princess Elsa dan Princess Anna? Haaa apa lagi,  sertailaha peraduan ………..

 

 

 

Macam mana caranya?

frozen

 

Dan ada juga hadiah harian

hadiah

 

 

Untuk maklumat lanjut, lawatilah http://www.disneychannel-asia.com/holiday/