Category Archives: Special Threads

Dream Big , Princess

Afriena adalah satu-satunya puteri yang saya ada. Biasalah , kalau dia sorang je puteri, manja tapi penuh cita-cita. Sebenarnya banyak cita-cita dia. Dari kecik lagi katanya nak jadi princess, tapi bila dah besar, nak jadi doktor, lepas tukar plak nak jadi cikgu. Mungkin cita-citanya akan bertukar lagi agaknya. Seperti sekarang, Afriena dah menunjukkan minat dalam bidang sukan. Saya sebagai ibu suka menggalakkan anak-anak dalam bidang yang mereka suka. Dulu Afriena takut air, tapi sekarang berenang pun dah laju dah boleh kalahkan mama dia. Dah pandai buat kuak lentang. Selain dari tu, dia minat dengan Taekwondo. Alhamdulillah sepanjang perlawanan dia masuk, dia mesti menang pingat. Terbaru, minat pingat emas mewakili Selangor dalam acara Kejohanan Taekwondo Kolej Komuniti. Kecil-kecil cili padi… nampak je dia lebut lemah gemalai, tapi kaki dia , tangan dia laju mencari mata dalam pertandingan. Insya Allah… akan saya latih dia betul-betul semoga dia laju dalam sukan minatnya. Ada juga dia bertanya tentang sukan Iron Man… nampaknya kena ada Iron Princess lah kot sebab dia dan Ashraff mula berbasikal dan Afriena kata, dia nak berenang laju macam abang dia, Ashraff. Kiranya Ashraff adalah inspirasi dalam sukan renang.

afriena

Tujuan saya bercerita tentang Afriena, sebenarnya saya ingin berkongsi tentang kempen “Dream Big, Princess”.  Disney telah melancarkan “Dream Big, Princess”, satu gerakan antarabangsa yang mendorong gadis-gadis di mana jua untuk yakin pada diri sendiri dan mengejar impian mereka dengan keberanian, keazaman dan penuh kasih sayang. Kempen 3 tahun ini menonjolkan ciri-ciri murni setiap Disney Princess yang ingin diterapkan dalam gadis-gadis masakini.

Dream Big Princess logo

Disney Channel telah memilih empat gadis berbakat di Asia Tenggara yang menonjolkan kualiti unik ini. Dari Malaysia, Aaliyah Hanifah, juara luncur air berusia 13 tahun akan berkongsi kisah semangat dan kesungguhannya dan bagaimana Disney Princess kegemarannya Ariel (dari filem “The Little Mermaid”) telah memberi inspirasi kepada beliau untuk mencapai impian besarnya. Video ini akan disiarkan di Disney Channel bermula 8 Jun.

MALAYSIA-Aaliyah Hanifah_Dream Big, Princess (6)

“Disney Channel adalah tempat kelahiran filem dan siri televisyen Disney Princess kegemaran ramai dan cerita-cerita yang tak lapuk dek zaman tentang pengembaraan, keberanian dan kebaikan untuk mengajar gadis-gadis erti kecantikan sejati. Kami harap Aaliyah Hanifah, seperti juga Disney Princess kesayangannya Ariel, akan memberi inspirasi dan memperkasakan gadis generasi baru untuk mencapai apa yang mereka impikan,” kata Natasha Malhotra, Pengurus Besar, Media dan Kandungan Berjenama, The Walt Disney Company Asia Tenggara.

MALAYSIA-Aaliyah Hanifah_Dream Big, Princess (7)

Aksi yang hebat dari Aaliyah

 

Siri video yang akan disiarkan di Disney Channel ini juga akan menampilkan kisah penyanyi/artis YouTube Jannine Weigel (Ploychompoo) berusia 16 tahun dari Thailand, peluncur ais bersemangat Sofia Guidote berusia 14 tahun dari Filipina, dan pemenang berbakat Junior MasterChef Indonesia berusia 14 tahun Syifa Hasan (Afaf) dari Indonesia. Mereka berkongi kisah dan puteri yang telah memberi inspirasi kepada mereka untuk berjaya mencapai impian mereka.

Kanak-kanak di Asia Tenggara juga boleh mendapat inspirasi daripada Disney Princess kegemaran mereka melalui pertandingan Disney Channel “Create a Dream”. Dari 1 hingga 30 Jun, mereka boleh melayari www.dreambigprincess.asia untuk mencipta ‘Dream Meme’, cara kreatif untuk mereka meluahkan inspirasi besar mereka menggunakan imej, ikon dan font Disney Princess. Semua ‘Dream Meme’ kemudiannya akan diabadikan ke ‘Dream Wall’ di laman web tersebut. Meme paling kreatif dan penuh inspirasi bakal memenangi koleksi lengkap patung Disney Princess oleh Hasbro setiap minggu dan juga Hadiah Utama – percutian sekeluarga yang menyeronokkan ke negara Jerman untuk 4 orang termasuk lawatan dan penginapan di istana.

BRAVE

#DreamBigPrincessAsia

Peminat juga boleh mendapat rangkaian lengkap produk patung Disney Princess oleh Hasbro di semua pusat membeli-belah di Malaysia. Pada 25 Jun, penonton Malaysia boleh menonton filem Tangled untuk melihat impian Rapunzel menjadi kenyataan di Disney Channel (Astro Ch 615).

TANGLED_

KidZ & Tech Program @ KidZania During this School Hols!

Kanak-kanak hari ini menggunakan teknologi dengan pelbagai cara berbeza untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan mempelajari kemahiran-kemahiran baharu. Kita mampu menarik minat kanak-kanak ini dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan menerusi Program KidZ & Tech,” kata Susanah Abdul Rani, Gabenor KidZania Kuala Lumpur. “Dengan kepakaran rakan-rakan kongsi kami seperti Microsoft Malaysia, Sasbadi Holdings, Panasonic, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Universiti Multimedia, Program KidZ & Tech ini adalah cara kami untuk menonjolkan aplikasi-aplikasi teknologi yang praktikal agar kanak-kanak dapat menghargai potensi sebenar teknologi, dan bukan hanya sekadar sumber hiburan.”

Secara asasnya, aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan minat di kalangan kanak-kanak di samping memberi peluang untuk mempelajari tentang dunia di sekeliling mereka dan mempelajari bagaimana sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (science, technology, engineering and mathematics – STEM) akan terus menghasilkan pembaharuan di dunia ini.

Keempat-empat aktiviti utama yang dijalankan oleh rakan-rakan kongsi program ini melibatkan sains dan teknologi menerusi cara berbeza:

  • Pengekodan: “Hour of Code” memperkenalkan asas-asas pengekodan dan pemprogaman komputer, menerusi permainan komputer terkenal Minecraft;
  • Robotics: Terokai asas-asas kejuruteraan robotik dan pemprograman menerusi WeDo daripada LEGO® Education;
  • Realiti Berperantara: “Dinosaurs Come to Life” memberikan gambaran tentang bagaimana teknologi realiti berperantara boleh merangsang pemikiran di masa hadapan;
  • Holografi: Melangkah ke dunia unjuran holografi dan belajar menghasilkan piramid tayangan 3D – sebuat alat mudah yang membolehkan anda menonton hologram 3D dan video-video di telefon pintar atau tablet.

Di Microsoft, misi kami adalah untuk memperkasakan setiap orang dan organisasi untuk mencapai lebih lagi. Ini termasuklah melengkapi kanak-kanak dan warga belia dengan kemahiran pemikiran pengkomputeran dan penyelesaian masalah untuk berjaya dalam dunia masa kini yang berteraskan mobiliti dan sistem awan. Selari dengan misi kami, kerjasama dengan KidZania merupakan langkah yang tepat, dan kami kekal komited untuk memastikan kanak-kanak dari setiap lapisan masyarakat mempunyai akses kepada STEM seterusnya memberi dorongan kepada mereka untuk menjadi generasi pemimpin seterusnya,” kata Jasmine Begum, Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perundangan, Microsoft Malaysia dan Pasaran Baharu. “Menerusi Minecraft dan Code.org, kami ingin menjadikan aktiviti ini  lebih santai, dengan usaha sama dan menyeronokkan – selari dengan matlamat KidZania untuk Program Kidz & Tech.”

Pendidikan STEM sangat penting di abad ke-21 dan ia menyediakan kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran pada masa akan datang,” jelas Law Yi Chian, Pengarah Eksekutif/Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi, Sasbadi Holdings Berhad. “Pendekatan secara langsung dalam mempelajari konsep STEM merupakan kaedah yang berkesan kerana kanak-kanak boleh mendapat pemahaman yang lebih baik apabila mereka mengalaminya sendiri. Aktiviti robotik dan pemprograman dalam Program KidZ & Tech adalah kunci utama dalam membentuk generasi pencipta yang seterusnya.”

KidZ & Tech Launch (1)_

Bengkel-bengkel yang telah dijadualkan ini disokong oleh aktiviti-aktiviti dalam talian di www.kidzania.com.my/kidz-and-tech. Menerusi laman tersebut, kanak-kanak boleh mengetahui lebih lanjut tentang individu-individu terkenal dalam teknologi seperti seperti Bill Gates dan John Lasseter dalam bahagian khas “Hall of Tech”; mereka juga boleh menguji pengetahuan mereka dalam teknologi dalam Peraduan Facebook Tech Geek of the Week yang menawarkan hadiah mingguan iaitu Gogel Realiti Maya dan Hadiah Utama iaitu sebuah pen 3D Doodler; dan sebagai tambahan, para penggemar teknologi cilik boleh menjawab beberapa soalan mudah untuk mengetahui siapakah personaliti teknologi mereka!

KidZania Congrezz member Chloe Soh Ke Er (right), 8, from SRJK Yuk Chai and Lishyen Shischir Indran, 12, from Tenby International School demonstrating about Robotics

Tambahan lagi, sebahagian daripada 100 pengalaman lakon peranan di KidZania Kuala Lumpur akan diadaptasikan agar melibatkan aspek berkaitan teknologi. Contohnya, kanak-kanak akan mengadakan perbicaraan tentang kes-kes yang membabitkan penggodaman sistem awam di Mahkamah; mempelajari bagaimana untuk menulis artikel tentang Kanak-Kanak & Teknologi untuk KidZania Post; mendapatkan wallpaper telefon KidZ & Tech ekslusif dengan menggunakan hashtag #kidZtech2016; dan mendengar program secara langsung oleh Zupervisor DJ di KidZania yang akan membincangkan tentang Kanak-Kanak & Teknologi dan memainkan lagu-lagu yang bertemakan teknologi; berseronok di City Parade, Tarian Robotik di City Clock, dan aktiviti Lukisan Muka yang berkaitan dengan teknologi dalam kehidupan moden hari ini. Mereka juga berpeluang untuk mengalami sendiri sesi mewarna Realiti Berperantara dan menyaksikan karya mereka menjadi 3D!

Jangan lepaskan peluang yang mengujakan ini di Program KidZ & Tech KidZania Kuala Lumpur (28 Mei hingga 12 Jun) – untuk masa terhad, diskaun istimewa bagi tiket biasa turut disediakan, oleh itu layari  www.kidzania.com.my untuk maklumat lanjut!

 

Mother 2.0 Lifetime

“Siapa kata kanak-kanak tidak boleh mendengar muzik rock?”

 – Lifetime: Kata-kata Hikmat Mother  2.0

 Mother 2.0 Words of Wisdom_Dolls

“Hanya kerana saya pergi bercuti, tidak bermakna saya ibu yang jahat. Itulah maksudnya cuti!”

– Lifetime: Kata-kata Hikmat Mother  2.0

Mother 2.0 Words of Wisdom_Holiday

 

Ibu-ibu zaman sekarang sememangnya penyayang, penyabar dan sangat berdedikasi; mereka juga sahabat baik, penasihat, teman membeli-belah dan bersenam, teman bercuti dan mentor anak-anak mereka. Ibu-ibu yang telah ‘dinaik taraf’ dan diberi nama “Mother 2.0” oleh Lifetime ini melalui perubahan mengikut peredaran zaman – mereka ini turut menguasai kemahiran-kemahiran mengagumkan seperti ashtanga yoga, kebolehan ubah-suai diri dalam masa 5 minit, menjalankan pelbagai tugas serentak dan banyak lagi.

Untuk menghargai ibu-ibu Mother 2.0 ini, Lifetime dengan bangganya mengadakan kempen Hari Ibu bagi meraikan wanita-wanita istimewa dengan prinsip tersendiri yang telah melawan tradisi dan mengubah stereotaip untuk menjadi ibu dengan cara yang mereka sendiri tentukan. Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada revolusi Mother 2.0 Lifetime:

 

Kata-kata Hikmat Mother 2.0

Kongsi kisah anda dengan Lifetime dan berikan inspirasi kepada yang lain menerusi pengalaman anda! Hanya poskan Kata-kata Hikmat Mother 2.0 (Mother 2.0 Wisdom) versi anda di https://www.facebook.com/LifetimeAsia/posts/351184638338965 dan lima kisah paling asli akan memenangi peluang untuk menghadiri sesi tayangan ekslusif ‘Mother’s Day’ (set empat tiket wayang) pada Ahad, 8 Mei di TGV Sunway Pyramid bersama personaliti-personaliti Mother 2.0! Peraduan ini akan berakhir pada 5 Mei.

 

Kisah Video Mother 2.0

Bagi menunjukkan yang seorang ibu juga  boleh meneruskan minat mereka, empat personaliti Mother 2.0 akan berkongsi kisah dan pendirian mereka di laman Facebook dan laman web Lifetime Asia! Kenali ibu-ibu ini dan kongsi kisah mereka dengan ibu-ibu lain:

  • Puteri Kirana, seorang pelagak ngeri motosikal yang sukakan adrenalin;
  • Nisa Hadian, seorang jurutera pelantar minyak yang suka membuat kek;
  • Ammetta Malhotra Bergin, seorang jurulatih peribadi dan pemilik Target Fitness Gym; dan
  • Jayvy Chin, seorang ibu bertatu yang meminati seni tatu.

Ibu-ibu ini dan ramai lagi ibu-ibu lain, membuktikan yang kehidupan seorang ibu bukanlah terhad seperti yang ditetapkan oleh tradisi lama; apa yang lebih penting, menjadi ibu tidak bermakna seorang wanita harus melupakan minatnya dan menghalangnya daripada menjadi individu dengan keunikan tersendiri.

Mother 2.0 Rencana Senarai Ringkas (‘Listicles’)

Sepanjang kempen ini, Lifetime juga akan memaparkan rencana-rencana senarai ringkas di Facebook yang akan memaparkan aspek-aspek ibu-ibu Mother 2.0 daripada pelbagai sudut berbeza. Terdapat ide-ide pemberian hadiah Hari Ibu dan aktiviti-aktiviti menarik untuk ibu-ibu Mother 2.0, dan juga petikan-petikan kata dan maklumat untuk ibu-ibu moden!

Sertai kempen ini sekarang – hargai ibu-ibu Mother 2.0 dalam hidup anda yang memberikan erti sebenar menjadi seorang ibu – kongsi kata-kata hikmat Mother 2.0 Wisdom anda dengan mereka; galakkan mereka untuk turut berkongsi pengalaman mereka; sebarkan semangat positif menerusi kisah video dan rencana senarai ringkas Mother 2.0 yang penuh inspirasi. Kesemua ini boleh didapati di www.facebook.com/LifetimeAsia dan www.lifetimeasia.com!