Category Archives: Special Threads

Semifinalist for Astro Blogger Masterchef Contest

Semalam dapat invitation utk semifinal Masterchef blogger. Hahaha terus cuak siap mimpi masak tuh.Sememangnya saya cuak sebab first time masuk contest masak-memasak. Takut lauk ku tak cukup masin ke, lempeng ku hangus ke.

Doakan saya yang terbaik. Walaupun masuk contest ni memain je…namun kecuakan tetap ada. apa lah dorang suruh masak ni….Dah orang lain semua terror masak and otai. I setakat masak untuk beberap orang makan boleh lah. Bak kata my cousin asalkan asam rebus tak jadi asam pedas cukup la

 

 

my signature dish… or click sini untuk my Master Chef entry

Blogger MasterChef Yang Pertama

Hari tu kan…I ada ckap nak masuk MasterChef , tapi tak masuk pun sebab takut tak boleh memenuhi syarat-syarat dia. Dah isi borang siap dah tapi bila mengenangkan takut kena duduk asrama macam Akademi Fantasia, berjauhan dengan anak yang masih menyusu. Tapi kini tidak lagi!!! sebab Nuffnang telah membawakan satu contest Blogger MasterChef Yang Pertama.Macam dah nampak bayang-bayang anugerah Blogger MasterChef Yang Pertama. Harus kena berangan sebab tanpa angan-angan tiadalah cita-cita, dan tanpa cita-cita, tiadalah usaha.

 

Tapi bila memikirkan ramai blogger memasak yang power-power ni….buat I takut dan nervous. Tapi takpa, bila lagi nak mencabar diri sendiri? Kata nak buka Restoran kan.So let me introduce my signature dish… yang tak pernah dijamu kepada orang lain. Yang pernah rasa cuma suami je ye. Resepi yang senang tapi sedap dan menarik sampaikan Chef Celebrity terkenal, Bobby Chinn pun tanya apa rahsia kuah dia. Tak caya ? sini mari tengok.

Kalau Chef terkenal dah tanya macam ni apa lagi tunjuk skill la. My best ever Sweet Sour Chili Crab . Satu hidangan yang istimewa dengan rasa ketam yang manis, kuah yang sedikit pedas , sedikit masam dan manis dan jugak lemak-lemak. Mesti you all nak tahu macam mana nak masak kan???? Adalah rahsianya. tu yang I kena masuk  Blogger MasterChef Yang Pertama, baru boleh nak tunjuk skill.

Tapi I show-show la sikit camner nak masak ….mesti ada ketam, secret sauce, secret cooking style and ready

pekena plak dengan mantau ni kan peghhh sedap tu…

Walaupun I tak dapat nak masuk MasterChef Malaysia, Tapi I begitu tak sabar nak tengok rancangan dia.

Nak tau bila Masterchef start? sila tengok details di bawah

MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!

So, kengkawan amacam, layak kah saya bergelar Blogger MasterChef Yang Pertama ? Kita tunggu!!!!!!!!!!!!!!! kerana saya ingin mencabar diri saya sendiri dengan menyertai pertandingan ini.Walaupun saya tak lah pandai sangat nak buat benda pelik-pelik , tapi oklah janji boleh telan.

 

Makan kenduri adik Sumijelly

Ni Sabtu lepas ni bersamaan 10/9, ada jemputan kenduri dari Sumijelly sempena perkahwianan adik dia, Cik Norpa. So macam biasalah, hari Sabtu bangun bermalasan buat sandwich  for breakfast then baru siap-siap. Keluar pun dah lambat dalam pukul 12. Jalan jam tak payah citer. Tak paham betul KL ni. Oh ya, masa bangun pagi tuh, my brother dah SMS, yang bini dia masuk spital. So after kenduri lah ke hospital.

Dah siap-siap, terus ke kampung siSumi ni, sampai je melulai cari parking jap. nasib baik bawak keter kecik senang nak mencelah parking. Then terus call Sumi. “akak dah sampai ni….”. Sampai je cari tempat duduk, ramai orang time ni peak hour. last sekali dapat seat kat hujung sana. I like. Amik makanan semua. I suap je budak 3 orang tuh. Yang bersungguh makan Rayyanlah. Abang ngan kakak dia, biasalah kalau makan nasikan… nampak kerepek terus tak nak nasi. abis 2 belas kerepek. Lepas kerepek makan bubur pulut hitam, memang favourite dorang so makan je lah nak.

Masa tengah makan cik Amy pun sampai, heheh dari jauh dia tersenyum. hehehe bila dah dekat baru I tegur sebab silau lah tak nampak, nampak Ika je. Pastu lepak kejap lagi, Kak Red pulak sampai. So, makan-makan, pastu bergambar dengan pengantin plak.

Ni dah nak balik ni.. harus takleh tunggu lama sebab nanti Rayyan buat kenduri tu macam kenduri dia. BTW, Thank you Sumi for the invitation. To Cik Norpa Selamat pengantin Baru ye